Loading...

Lelaki kena penjara 4 bulan kerana muatnaik gambar edit PM

SEORANG pekerja kilang dijatuhkan hukuman penjara selama 4 bulan oleh Mahkamah Majistret Melaka kerana kesalahan memuat naik gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah diubah suai (edit) di Facebook miliknya bulan lalu.



Majistret Mohd Azali Ibrahim dilapor menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Hamizan Ghazali selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan itu hari ini.

Lelaki berusia 24 tahun itu dituduh memuatnaik 1 gambar Najib yang telah diedit di akaun Facebook miliknya yang menggunakan nama Leyzan Ghazali dengan niat menyakitkan hati di Jalan Melati 2, Taman Paya Rumput Perdana, Melaka Tengah di antara jam 12.01pm pada 20 Oktober dan 5:30pm 22 Oktober lalu.

Kesalahan Itu tertakluk di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun, atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hamizan yang tidak diwakili peguam memohon hukuman diringankan dengan alasan dia telah direman selama 5 hari.

Bagaimanapun timbalan pendakwaraya Abu Arsalnaa Zainal Abidin menggesa mahkamah mengenakan hukuman bersifat mencegah dijatuhkan terhadap tertuduh.

"Dia tidak patut memuatnaik gambar edit yang boleh mencemarkan imej pemimpin negara," katanya.

Post a Comment

3 Comments

  1. Judi Bola Taruhan Bersama Kami Bolavita
    Mari Daftarkan Diri Anda Sekarang Kami
    Deposit & Withdraw Hanya Rp,50.000
    Segera Kunjungi Website di www(titik)bolavita(titik)org
    Bisa juga hubungi , info :
    BBM : D8C363CA
    wechat : bolavita
    whatup : 6281377055002
    Email : cs@bolavita .com

    ReplyDelete
  2. Rakyat marhaen dimangsakan. Semoga tabah dan minta doa semoga dipermudahkan. Doa mangsa kezaliman tiada hijab

    ReplyDelete
  3. Dengan Pelayanan Terbaik, Costumer Servis Yang Ramah Dan Profesional, Dan Siap Melayani Anda 24 Jam NonStop Setiap Hari.

    Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di :
    wechat : bolavita
    line : cs_bolavita
    whatup : 6281377055002
    BBM: D8C363CA (NEW), D1A1E6DF (NEW), D889B99C (NEW)

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda