Selepas ketiadaan Menteri Dalam Negeri dan timbalannya untuk menjawab soalan di parlimen hari ini, Mohd Rashid dilaporkan berkata menteri-menteri dan timbalan perlu menyelaraskan program mereka supaya dapat hadir di Dewan Rakyat.
"Menteri dan timbalan sibuk dan mereka mempunyai jadual masa bila harus hadir di Dewan Rakyat, terutama ketika persidangan.

"Tapi mereka perlu berdisiplin dan menyusun masa, jika menteri tak boleh hadir jadi timbalan patut hadir," kata beliau kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.
0 Comments
Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda