Kebakaran hutan di California musnahkan seluruh pekan

SERAMAI 63 orang dilaporkan maut dalam kebakaran hutan di California bahagian utara yang memusnahkan seluruh pekan, sementara sejumlah 631 orang masih hilang dan tidak dapat disahkan oleh pihak berkuasa.

Salah seorang jurucakap, Mr Honea dilaporkan memberitahu, jumlah asal mangsa hilang yang diumumkan sebelum ini seramai 130 hanyalah kiraan sebahagian.

Selepas pihak berkuasa menyemak kembali semua panggilan kecemasan dan laporan tentang kehilangan individu sejak minggu lepas mereka kini mempunyai angka yang baru.

kebakaran hutan california

"Senarai itu mungkin termasuk segelintir mereka yang telah terselamat dari kebakaran namun tidak sedar bahawa nama mereka telah dilaporkan sebagai orang hilang," katanya.

Beberapa orang yang terselamat berkata, ketika mereka menerima amaran kebakaran, api besar yang marak sudah terlalu dekat, mereka hanya dapat lari sehelai sepinggang.

Manakala sebahagian lagi berkata mereka langsung tidak menerima sebarang amaran.

kebakaran hutan california

Salah seorang wanita, Reeny Victoria Breevaart berkata dia tidak dapat sebarang amaran kerana telefon bimbit tidak berfungsi, kerana tiada liputan, sebelum akhirnya kehabisan bateri.

Pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran melalui 5,227 email, 25, 643 panggilan telefon, dan 5,445 sms selain pengumuman di media sosial dan penggunaan pembesar suara.

kebakaran hutan california

Oleh kerana perkhidmatan telefon tidak berfungsi, pihak berkuasa telah pergi rumah ke rumah untuk memberitahu orang ramai supaya menyelamatkan diri.

Ribuan orang kini terpaksa tinggal di kawasan perlindungan.

Pada hari Khamis, pihak bomba melaporkan mereka sedang melawan kebakaran di kawasan seluas 220 meter persegi yang memaksa seramai 52,000 orang terpaksa berpindah, dan memusnahkan lebih 9,500 rumah.

kebakaran hutan california

Dianggarkan 40 peratus kebakaran sudah berjaya dikawal kata pegawai Bomba.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan