Diskaun Saman Polis 50 peratus bulan ini

PIHAK Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun saman polis sebanyak 50 peratus bulan ini bagi saman-saman tertunggak sempena Program Hari Bertemu Pelanggan di beberapa cawangan.

Iklan berhubung perkara itu turut disiarkan di laman facebook PDRM. Antara cawangan yang menawarkan diskaun saman itu ialah IPD Kulai, Johor.

Diskaun saman polis 50 peratus IPD Kulai

Diskaun saman polis 50 peratus IPD Kulai

Orang ramai yang ingin menyelesaikan saman tertunggak mereka dengan harga potongan 50 peratus bolehlah datang di IOI Mall, Bandar Putra Kulai pada hari Ahad dan Isnin ini.

Menurut kenyataan IPD Kulai hari ini, kaunter pembayaran dibuka mulai jam 10 pagi hingga 6.30 petang pada hari ahad dan dari jam 10 pagi hingga 4.30 petang pada hari Isnin.

Diskaun Saman 50 peratus Polis Selangor

Diskaun Saman Polis Selangor 50 peratus

Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat polis kontijen Selangor pula akan mengadakan kaunter semakan dan pembayaran saman sempena Minggu Bersama Pelanggan JSPT Selangor untuk bulan Disember 2018.

Orang ramai yang ingin menyelesaikan saman Trafik seluruh Malaysia boleh datang ke Balai BSPT Ampang Jaya (Pandan Indah) pada tarikh 13 hingga 15 Disember 2018, dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.

Namun perlu diketahui terdapat jenis-jenis kesalahan saman tertentu yang tidak boleh mendapat diskaun.
  1. Saman-saman berstatus NC (Non Compoundable) 
  2. Kes yang sedang dibicara di mahkamah 
  3. Waran Tangkap 20184. Kemalangan
  4. Ops Selamat 2018
  5. Saman kerana menggunakan alat komunikasi
  6. Saman berkaitan motorlori


Diskaun Saman Polis 50 peratus di IPD Gua Musang, Kelantan

Diskaun saman Kelantan

Mereka yang memiliki saman tertunggak berpeluang menyelesaikannya pada kadar diskaun 50 peratus sempena Hari Bertemu Pelanggan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang pada esok dan lusa (22 Disember 2018 dan 23 Disember 2018).

Sebanyak enam kaunter dibuka di hadapan IPD itu untuk tempoh dua hari tersebut bagi memberi kemudahan kepada mereka yang berada di daerah ini.

Kaunter yang akan beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 4 petang untuk memudahkan orang ramai melakukan semakan dan membayar saman.

Tawaran diskaun ini merangkumi semua jenis kesalahan trafik kecuali
  1. Saman kemalangan, 
  2. Saman berstatus tiada kompaun (NC), 
  3. Saman OP Selamat tahun 2018, 
  4. Saman berstatus mahkamah
  5. Saman berkaitan kenderaan lori
Selain pembayaran dan semakan saman, turut diadakan sesi dialog, pameran Jabatan Siasatan Jenayah, narkotik, trafik, kereta peronda polis (MPV) dan Skuad Aman Wanita (Amanita).

Pendaftaran Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang merupakan inovasi baharu pihak polis bagi membantu orang awam menyalurkan maklumat tentang jenayah juga turut diadakan

*** Lagi maklumat diskaun saman polis akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan