Suasana sayu dan hiba menyelubungi pengkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Subang, di mana para pegawai, dan rakan-rakan Muhammad Adib hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Difahamkan ahli keluarganya turut sama mengiringi Allahyarham yang diterbangkan menggunakan pesawat MI-17 milik Bomba dan Penyelamat Malaysia dari Pengkalan Udara, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Subang. Pesawt itu dijadualkan mendarat di SK Temengau.
Allahyarham disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam tadi, di Institut Jantung Negara (IJN) selepas tiga minggu bertarung nyawa di unit rawatan rapi IJN.
Perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga dilihat turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Muhammad Adib.
0 Comments
Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda