Loading...

Ketua Sami pula rakam video mohon maaf kaitkan orang Sabah dalam rusuhan Kuil Seafield

SEORANG lagi Sami Kuil Sri Maha Mariamman, di Seafield USJ25 tampil memohon maaf menerusi rakaman video atas ketelanjuran perbuatannya sebelum ini.

Jayakumar Subramaniam, Ketua Sami di Kuil Seafield dalam satu rakaman video tersebar di media sosial, memohon maaf berkenaan kenyataan akhbarnya sebelum ini pada 26 November 2018, yang mengaitkan orang Sabah dalam rusuhan kuil.

Ketua Sami mohon maaf tuduh orang Sabah dalam rusuhan kuil

Jayakumar mengaku ada menuduh "orang upahan daripada Sabah," dalam kenyataan media dibuatnya sebelum ini.

"Dalam kenyataan saya, saya telah mengatakan bahawa, rupa berbangsa Melayu, tetapi saya rasa bukan Melayu, mereka adalah mungkin orang upahan daripada Sabah," katanya.

Ketua Sami itu memohon maaf sekiranya kenyataan akhbar itu telah mengguris hati masyarakat negeri Sabah.

"Tujuan saya membuat video ini adalah untuk memohon maaf, jika kenyataan akhbar saya mengguris serta menyusahkan masyarakat negeri Sabah, dan mengganggu sentimen perkauman masyarakat Sabah,"

"Saya tidak berniat untuk memalukan atau menjatuhkan atau mengguris perasaan masyarakat Sabah kerana saya percaya kita hidup di negara majmuk di mana mungkin kenyataan akhbar saya telah mengguris hati masyarakat Sabah," katanya.

Jayakumar turut berjanji untuk lebih berhati-hati di dalam mengeluarkan kenyataan akhbar pada masa yang akan datang, dan mengakui mempunyai ramai rakan yang bekerja di negeri Sabah.

"Saya ingin memohon maaf terhadap masyarakat Sabah saya janji pada masa akan datang, apabila memberikan kenyataan akhbar, saya akan lebih berhati-hati,"

"Saya berharap isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik kerana kita rakyat Malaysia hidup dalam satu negara yang aman dan damai, di mana saya sendiri mempunyai ramai rakan yang bekerja di negeri Sabah yang merupakan rakan baik saya,"

Di bawah ini rakaman video permohonan maaf Ketua Sami tersebut, sila klik untuk menonton video.


Post a Comment

1 Comments


  1. Terdapat beberapa kes di bawa ke mahkamah di mana PAS enggan mohon maaf akhir nya di hukum membayar grant rugi puluhan ribu ..

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda