Lelaki campak bom dalam bas, 17 cedera

SERAMAI 17 orang dilaporkan cedera akibat satu letupan dalam sebuah bas pada hari rabu petang susulan tindakan seorang lelaki mencampak bom ke dalam kenderaan berkenaan.

Pihak polis dilaporkan kini sedang memburu seorang suspek lelaki berusia 44 tahun yang mana wajahnya kelihatan jelas dalam rakaman kejadian letupan tersebut.

Lu Shibing

Dalam rakaman kamera keselamatan yang kini sedang tular di media sosial, seorang lelaki dilihat menaiki tangga bas sambil memegang sesuatu dipercayai bahan letupan yang dibalut menggunakan kain.

Lelaki itu kemudiannya dilihat menyalakan bahan letupan di dalam balutan kain berkenaan sebelum mencampakkannya ke dalam bas.

Tingkap bas tersebut dikatakan pecah akibat letupan kuat lapor sumber berita tempatan thepaper.cn

Pihak polis percaya penjenayah berkenaan bernama Lu Shibing, seorang penduduk tempatan di Jiajiang sebuah daerah di China dan menggesa orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi menjejaki suspek.

Kesemua mangsa telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan