Loading...

Mukhriz anggar lebih 100,000 hadir Himpunan Icerd

TIMBALAN Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Mukhriz Mahathir menganggarkan lebih 100,000 peserta hadir himpunan ICERD yang dianjurkan di ibu negara semalam.

Mukhriz Mahathir

"Anggaran yang kami ada, lebih dari 100,000 (peserta berhimpun), itu pada anggaran kamilah," katanya.

Tambahnya lagi perhimpunan itu tidak menggugat kerajaan Pakatan Harapan kerana kerajaan mempunyai pendirian yang sama menolak ratifikasi ICERD.

"Kerajaan Pakatan Harapan yang sedia ada mempunyai pendirian yang sama, kita tetap menolak ratifikasi ICERD, dan ini telah diumumkan tak lain tak bukan oleh Perdana Menteri sendiri,"

"Saya juga di peringkat negeri pun menyatakan perkara yang sama, jadi dalam hal itu kita tidak lihat perhimpunan semalam itu sebagai satu bantahan terhadap kerajaan,"

"Lainlah kalau kerajaan sudah menyatakan hasrat untuk meratifikasi ICERD kemudian rakyat berhimpun untuk menolak, itu barulah protes," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Bersatu Negeri Sembilan di Port Dickson siang tadi.

Tambahnya banyak lagi isu dalam negara yang perlu diperjuangkan seperti isu rasuah dan penyelewengan. kuasa yang akan menjejaskan rakyat.

Post a Comment

0 Comments