Empat kali gagal ujian memandu, pelajar ugut anggota JPJ dengan pisau

SEORANG pelajar sebuah kolej dilaporkan menghunus sebilah pisau kepada anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di persimpangan lampu isyarat Batang Benar, Mantin Nilai semalam.

Ugut JPJ

Tindakan itu dilaporkan kerana pelajar berkenaan merasa tertekan selepas empat kali gagal dalam ujian memandu.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohamad Nor Marzukee Besar, ketika kejadian yang berlaku pada 10.23 pagi itu, suspek berusia 18 tahun menjalani ujian memandu bersama anggota JPJ berusia 34 tahun.



Penuntut itu yang melakukan beberapa kesalahan termasuk tidak berhenti ketika lampu isyarat merah katanya melalui ujian memandu ulangan buat kali keempat.

"Berikutan itu anggota JPJ terbabit memberitahu calon, dia gagal lalu meminta memberhentikan kereta 50 meter dari persimpangan lampu isyarat,"

"Ketika mahu menukar pemandu, suspek mengambil beg yang dibawa lalu mengeluarkan pisau pemotong sayur berukuran 30 sentimeter," katanya lapor NSTP.

Ugut JPJ guna pisau

Suspek menghunuskan pisau pada rusuk kanan anggota JPJ tersebut dan dengan tegas memaklumkan dia mahu lulus ujian memandu.

"Anggota JPJ terbabit bagaimanapun dapat membuka pintu kereta lalu keluar dari kenderaan berkenaan sebelum menghubungi penyelia calon dan polis bagi mendapatkan bantuan," katanya.

Ugut JPJ

"Ujian air kencing turut dilakukan ke atas suspek yang berasal dari Kuala Lumpur nama mendapati dia negatif dadah. siasatan masih diteruskan mengikut seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan bunuh," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan