Kerajaan terima 4 tawaran rasmi untuk ambil alih PLUS

KEMENTERIAN Kerja Raya dilapor mengesahkan bahawa setakat ini telah menerima empat tawaran rasmi daripada pihak-pihak yang berminat untuk mengambil alih Plus Malaysia Berhad (PLUS).

Lebuhraya Plus

Menterinya, Baru Bian berkata, antara pembida yang dimaksudkan adalah Wildad Group Bhd, Maju Holding Sdn Bhd, RRJ Capital dan ahli perniagaan Tan Sri Halim Saad.

Menurutnya tawaran-tawaran berkenaan akan dikaji dan dibawa kepada kabinet untuk membuat satu keputusan yang akan dicapai dalam masa beberapa minggu lagi.

"Buat masa ini kita sedang menilai kesemua tawaran-tawaran dan sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas semua lebuhraya bertol seluruh negara, kami akan menyiapkan persediaan serta nasihat kepada kabinet berhubung apa yang terbaik untuk kita," katanya.

Beliau dilapor berkata demikian kepada wartawan di Kuala Berang, Terengganu hari ini.

Menurutnya lagi, meskipun kementerian itu diberikan jangka masa untuk menyelesaikan perkara berkenaan, ia akan melakukannya secepat mungkin kerana isu itu merupakan kepentingan rakyat.

5 Comments

  1. Aku tak risau dgn keputusan majoriti ahli parlimen PH ttg perkara ini. Yg membimbangkan ialah pendirian Tun dan geng bersatu yg masih berdarah umno, pro kroni serta membelakangkan kepentingan rakyat jelata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak percaya dgn tun mangkuk bab deal dgn syarikat swasta nie.
      Dia lah si mangkuk yg buat tol dan ntah apa2 kawtim dia sehingga tolOL sukar menurun wlpun dari segi logik matematik pihak konsesi dah lama dpt modal dan keuntungan mrk.
      Selagi anak..proksi dan kroni dia tamak....jangan harap raykat dibebaskan dpd legasi tun mangkuk nie.
      Sejarah mengajar kita bhw tun mangkuk naik skrg bukan krn raykat tapi lebih kpd ketamakan legasi nya.

      Delete
  2. Mahdey dgn ahli mp bersatu jumlahnya sikit tapi mana pegi otai2 pkr, dap dan amanah yg menguasai ph?
    Tak mampu kah mrk membantah cdgn tersebut??
    Adakah mrk semua dah kenyang makan dedak???!
    Tawaran pembeli nampak cantik tapi untuk jangka pendek. Bagaimana untuk tempoh jangka panjang?
    Menguntungkah buat rakyat??

    Mahdey sendiri pernah mengaku silap dan bodoh tak baca perjanjian konsesi tol awal 80an yg dia tandatangan sehingga membebankan rakyat sekarang.
    Bodoh katanya.
    10 atau 20 tahun akan datang adakah mahdey mampu menjawab kesilapan yg dia telah lakukan?
    Ntah2 dia dah 6 kaki dlm tanah ketika itu.
    Adakah pemimpin2 ph yg masih hidup ketika itu akan menuding jari ke pusara org yg telah melakukan kesilapan kedua???
    Tolonglah fikir baik2 untuk rakyat.
    Pengerusi khazanah sendiri tak setuju plus dijual tapi kenapa kerajaan ph amat bersetuju???!!

    ReplyDelete
  3. Aku cadang mulai skrg ahli2 parlimen PH main peranan aktif yg wajib mrk laksanakan. Jika ada cadangan drp pihak PM yg tak menguntungkan rakyat (cuma untungkan kroni), mrk wajib bersama bantah secara agresif. Jika ini kerap berlaku, lama2 tun akan surrender dan mungkin letak jawatan. Kerajaan PH ialah suara rakyat, bukan empire tun serta kroni atau penghisap darah. Rakyat akan pertahankan kerajaan PH yg berlaku adil dan tak menzalimi mrk, hatta dgn menentang PM sekalipun, insya Allah

    ReplyDelete
  4. 4 Syarikat yg membida tu ada duit ke berbilion-bilion?
    Mereka ni mungkin syarikat taraf kroni lebih-lebih lagi yg akhir tu namanya naik masa zaman PM-4. Strategi mereka dah tahu sangat, nanti minta pinjam bank atau silap2 dari kerajaan lepas dijamin oleh kerajaan. Bila lingkop kerajaan tanggung. Ala, tak kan tak biasa buat masa zaman PM-4 dulu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan