Pesakit Covid-19 yang sembuh mungkin boleh menjangkiti orang lain — pakar

PAKAR pernafasan China dilapor membuat penilaian serius di mana situasi wabak Covid-19 mungkin akan kembali meningkat meskipun rekod harian menunjukkan penurunan kes kematian dan jangkitan.

"Kita tidak patut merasa lega, angka itu mungkin boleh meningkat semula," kata Zhao Jianping, ketua pasukan pakar yang bertugas untuk menangani wabak Covid-19 di Hubei sebuah wilayah di China di mana punca wabak itu dipercayai berasal sebelum tersebar ke seluruh dunia.

Covid-19

Memberitahu majalah mingguan Southern People, menurut Zhao terdapat kes-kes di China di mana menerusi ujian nukleik asid, masih terdapat kesan virus pada pesakit yang telah sembuh.

Hasil ujian yang sama juga diperolehi di Kanada, di mana sampel yang diambil dari hidung dan tekak daripada satu pasangan yang telah sembuh dari Covid-19 masih mempunyai kesan virus tersebut.

"Kita juga mempunyai kes-kes seperti itu. Ini sangat berbahaya. Di mana anda letakkan pesakit-pesakit ini? anda tidak boleh benarkan mereka pulang ke rumah kerana mereka mungkin akan menjangkiti orang lain, namun kamu juga tidak boleh biarkan mereka di hospital kerana tiada ruang untuk mereka," katanya.

"Jumlah pesakit naik mendadak dari 27 sehingga 70,000. Ia sangat mudah berjangkit," tambahnya lagi.

Terdapat sejumlah 394 kes-kes baru dilaporkan di tanah besar China, dengan kematian baru sebanyak 114 setakat tengah malam hati Rabu.

Bagaimanapun Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan Cina belum melaporkan kes-kes baru dan kematian untuk hari Khamis.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan