Loading...

Dari mana Tengku Adnan dapat kekayaan luar biasa? — harakahdaily

SEJAK beberapa hari ini netizen heboh bercakap tentang kekayaan luar biasa milik Tengku Adnan Mansor, bekas Menteri Wilayah yang kini dibicarakan di mahkamah berkenaan kes rasuah.

Orang ramai terkejut apabila Tengku Adnan didedahkan dalam mahkamah mempunyai harta kekayaan hampir RM1 bilion.

Tengku Adnan Mansor

Dalam pada itu ramai juga yang tertanya-tanya dari mana Tengku Adnan memperolehi kekayaan yang begitu besar.

Hasil carian di internet, menemukan aku dengan satu artikel dalam akhbar milik Pas, iaitu harakahdaily.net bertarikh 17 Julai 2006 yang memperincikan siapa sebenarnya Tengku Adnan Mansor ini dan dari mana dia memperoleh kekayaan luar biasa.

Di bawah ini artikel yang dimaksudkan.

Siapa Tengku Adnan Tengku Mansor?

Adnan dilahirkan di negeri Melaka (asalnya dari Pahang) pada 20.12.1950 pada jam 6.10 pagi dengan surat pendaftaran lahirnya bernombor 100502.

Ketika beliau dilahirkan, namanya ialah Adnan bin Mansor. Pada 20.12.1962, ketika beliau berusia 12 tahun, Adnan mulai memiliki kad pengenalan bernombor 4079409 atas nama Adnan bin Mansor juga seperti yang terdapat dalam surat beranak.

Sekali lagi beliau menukar kad pengenalan bagi memenuhi kehendak undang-undang pada 3.3.1969 ketika beliau berusia 18 tahun, namanya masih lagi kekal dengan nama Adnan bin Mansor.

Tetapi, pada 3.10.1972, Adnan telah mengubah namanya menjadi Tengku Adnan bin Tengku Mansor. Beliau juga telah mengubah nama bapanya dari nama asal Mansor bin Haji Baba kepada Tengku Mansor bin Tengku Haji Baba.

Dengan akuan bersumpahnya, beliau membuat perakuan bahawa beliau berasal dari Keluarga DiRaja Melaka. Keluarga beliau menurut katanya berasal dari keluarga beraja.Keluarganya adalah keturunan ke 3 daripada golongan Kerabat DiRaja Melaka.

Pada hari yang sama (3.10.1972), Adnan mendapat kad pengenalan yang baru di mana di atas kad pengenalan baru itu tertara nama 'Tengku Adnan bin Tengku Mansor'.

Lebih kurang 2 tahun kemudian, 2.4.1974, bapanya juga mendapat kad pengenalan baru dengan nama baru Tengku Mohammed Mansor bin Tengku Haji Baba dengan identiti kad pengenalan baru bernombor 3983336

Begitulah dengan mudahnya Adnan menukar identitinya dari orang biasa berpindah ke identiti baru-seorang berketurunan kesultanan Melaka yang hilang telah takhta akibat kezaliman terhadap rakyat. Adnan Tengku celup.

Bukan Tengku asal dan tulin. Sesiapa sahaja di Malasia ini boleh menukar identiti dengan mudah termasuk untuk mendapatkan kad pengenalan seperti yang diperolehi rakyat asing dengan satu syarat memberi undi kepada UMNO/BN.

Kesultanan Melaka amat hebat di abad ke 15, Melaka menjadi tumpuan seluruh dunia yang mahu menjalinkan hubungan diplomatik dengannya.

Disebabkan Raja-rajanya yang memerintah secara zalim mengikut hawa nafsu, maka Allah s.w.t  telah menghantarkan bala tentera dari luar (Portugal dan Inggeris) meruntuhkan kesultanan Melaka sehingga ke hari ini, Melaka tidak beraja. Jadi, tidak hairanlah sesiapa sahaja yang mengikuti perjalanan hidup Adnan ini penuh dengan mistri.

Adnan pernah menjadi Setiausaha Kerja UMNO di bawah Dr. Mahathir Mohamad menjadi Presiden. Adnan seorang 'businessman', beliau adalah dipercayai menjadi proksi kepada Vincent Tan pemilik Berjaya Group Berhad.

Vincent Tan mendapat banyak projek-projek kerajaan melalui Adnan yang ada hubungan dengan pihak atasan UMNO yang berkuasa mengagih-agihkan kekayaan negara kepada kroni masing-masing.

Adnan merupakan seorang taukeh judi 'Sport Toto'. Sport Toto Malaysia yang diasaskan pada tahun 1969 dengan nama asalnya Unilite Electrical Indusries Berhad.

Pada tahun 1987, syarikat ini bertukar nama kepada Far East Asset Berhad dan dalam penstrukturan semula pada tahun 1992, ia diambialih oleh Berjaya Group dan dikenali sebagai Berjaya Sport Toto Berhad.

Adnan mempunyai saham dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sport Toto sebanyak 3.5 juta saham melalui syarikatnya yang bernama Cimsec Nominees. Ini menjadikan Adnan terlibat dalam industri perjudian Sport Toto melalui pegangan sahamnya dalam Berjaya Group Berhad.

Sport Toto mempunyai 681 rangkaian kedai judi di seluruh negara dan mempunyai dua syarikat perjudian di laur negara iaitu Philippines Berjaya Toto dan pada tahun 1997 membantu kerajaan Ghana menyusun kegiatan loteri di negara berkenaan.

Adnan dan kerajaan Pahang pada satu ketika dahulu melalui syarikat PASDEC Holding Berhad pernah memiliki saham dalam Bukit Tinggi Resort Berhad milik penuh Vincent Tan yang bergiat dalam kegiatan berjudi 'mesin slot', tetapi disebabkan oleh bantahan orang ramai, maka Adnan melepaskan pegangannya dalam bentuk saham dan kerajaan Pahang menjual sahamnya pada 23.5.2003.

Kesimpulannya, kerajaan Islam Hadhari semakin tidak peka dengan hukum-hukum Islam dan nilai-nilai murni masyarakat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Kerajaan Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria bahawa orang Melayu-Islam telah membelanjakan RM4 billion setahun untuk minum arak dan berjudi dan 100,000 lagi orang Melayu-Islam telah murtad sangat-sangat membimbangkan.

Apa akan terjadi kepada umat Islam dalam negara ini pada masa hadapan sekiranya kita mempunyai ramai pemimpin sejenis dengan Adnan ini.

Ketika kita hendak mengembangkan nilai murni, berakhlak, sopan santun dan berbudi bahasa di kalangan rakyat, kenapa pula arak, judi dan seks dilakukan secara illegal sekarang ini (perbuatan maksiat kepada Allah) dijadikan bahan untuk menarik pelancong asing datang ke negara ini, sedangkan Malaysia mempunyai pelbagai sumber alam semula jadi yang menarik.

Kita patut utamakan pelancong yang berkualiti datang ke negara ini, bukan pelancong yang rendah moralnya yang mengutamakan arak, judi dan seks. Biarlah pendapatan negara tidak banyak, tetapi pendapatan tersebut mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

Kita amal kesal mempunyai pemimpin seperti Adnan ini yang sanggup menjual dan memperdagangkan maruah agama dan bangsa, demi kepentingan ekonomi yang haram untuk negara.

Kita juga kesal dengan tindakan Abdullah melantik menteri yang terlibat dengan industri judi dan arak. Kita bertambah keliru dengan Islam Hadharinya.

Dari satu segi, beliau berusaha untuk membentuk masyarakat madani yang berakhlak dan bermoral mulia mempunyai jati diri insani, tetapi dari sudut lain pula beliau memilih pemimpin (menteri, MB dan KM) yang tidak berakhlak yang terlibat dengan berbagai skandal dan rasuah.

Sekiranya cadangan ini diterima oleh Abdullah, maka usaha Islam Hadhari untuk membina generasi bersahsiah, berkeperibadian luhur dan murni akan menemui kegagalan dan akan hanya menimbulkan berbagai masalah sosial pula. Islam dan umatnya dalam gerhana di bawah pentadbiran Abdullah.

Sumber — harakahdaily.net

Post a Comment

1 Comments

  1. Saya MENJADI ANDA SEMUA PADA HALAMAN INI
    INI IALAH CERITA SAYA

    Saya MURNI SANTI, Aa wanita, ibu, saudara perempuan dan rakan dari (Bekasi), Indonesia, saya seorang PENGELUARAN ESTATE REAL dan saya telah mengalami banyak tekanan kewangan baru-baru ini, tiada siapa yang mahu meminjam wang untuk melengkapkan projek komersial kami telah dalam pembinaan beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa syarikat pinjaman palsu yang mendakwa sejumlah besar wang dari saya tanpa kami tidak menerima pinjaman.

    Saya kecewa, suami saya berusaha sebaik-baiknya dan membantu, saya akan membunuh diri kerana kesakitan, terlalu banyak untuk menanggung dan saya kehilangan semua harapan, sehingga saya diperkenalkan kepada SEMUA GANTI PELANGGAN GLOBAL syarikat pinjaman yang ditaja oleh bank dunia itu sendiri.

    Saya memutuskan untuk memohon pinjaman dan menghubungi syarikat itu, pegawai pinjaman mereka yang sebenarnya memberi saya harapan dan memberitahu saya tidak bimbang bahawa syarikat itu akan meminjamkan saya wang, walaupun jumlah yang saya perlukan adalah besar, dan saya dapat memberi mereka keperluan yang ada beberapa maklumat peribadi, yang saya lakukan.

    Saya pergi melalui semua proses, mereka berjanji untuk meminjamkan wang yang saya minta selepas telah mengesahkan saya layak untuk pinjaman, saya diminta menunggu, untuk mengejutkan saya yang paling besar pinjaman yang dimasukkan ke dalam akaun saya dan saya mengesahkannya .. syarikat kembali dari segi kewangan dan keluarga saya melakukannya dengan baik, ini menjadikan kehidupan saya lebih baik, saya bersyukur kepada Allah dan kepada SEMUA JUTA PELAYAN GLOBAL
    GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com

    UNTUK MENGHUBUNGI AKU
    Murni Santi
    murnisanti55@gmail.com

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda