Pengeluaran KWSP akaun 1 dibenarkan untuk mereka yang hilang kerja

PENGELUARAN Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada dana akaun 1 dibenarkan sebanyak RM500 sebulan bagi tempoh setahun kepada mereka yang kehilangan kerja, kata Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz.



Menurutnya, kebenaran itu merupakan tambahan kepada had pengeluaran RM6,000 yang telah dibolehkan melalui skim i-Lestari sebelum ini.

Tengku Zafrul Belanjawan 2021

"Ahli layak boleh memohon mulai Januari 2021," katanya semasa membentangkan belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Dana berjumlah RM4 bilion terlibat dalam kelonggaran itu yang katanya untuk meringankan beban kewangan kepada seramai 600,000 pencarum KWSP.


Caruman bulanan pekerja juga telah dikurangkan sebanyak dua peratus, kepada 9 peratus berbanding 11 peratus sebelum ini bermula pada bulan Januari tahun depan.

Pengurangan caruman untuk tempoh 12 bulan itu akan melibatkan simpanan berjumlah RM9.3 bilion.

Tengku Zafrul turut mengumumkan pemotongan cukai bagi mereka yang berpendapatan RM50,001 sehingga RM70,000 untuk meringankan beban kewangan rakyat sejak penularan covid-19.

"Ia dijangka memanfaatkan seramai 1.4 juta pembayar cukai," katanya.

Post a comment

1 Comments

  1. Nak keluar duit KWSP ramai-ramai ni buleh ka? KWSP ada duit ka? Aku masih ingat dulu masa kakitangan kerajaan dibenarkan keluarkan duit KWSP. Duit tu duit aku bukan duit mak bapak depa pun. Ambik masa 3 bulan lah jugak baru dapat. Puas aku maki hamun staff KWSP.
    Masalahnya KWSP ni x dak duit. Duit dia perabih bagi pinjam kat kera-jaan dan sykt besar-besar. Sebab tu cadangan utk benarkan pencarum keluarkan 10k lump sum dia x setuju. Gila apa, Mana KWSP nak cekau duit kalau kata 100k pencarum tiba2 serbu nak draw 10k sorang. Mahu terlondeh seluar dalam.

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda