Dividen ASB 5 sen per unit untuk tahun 2020

PERMODALAN Nasional Berhad (PNB) hari ini telah mengumumkan bayaran dividen sebanyak 5 sen bagi setiap unit kepada pemegang Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun 2020.



Pengagihan bayaran dividen itu terdiri daripada 4.25 sen setiap unit beserta bayaran ehsan 0.75 sen bagi setiap unit untuk 30,000 unit pertama bagi setiap pemegang saham.

Zeti Aziz

Pengerusinya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dilapor berkata, prestasi kewangan ASB kekal kompetitif berbanding pelaburan berisiko rendah yang lain, meskipun berdepan dengan cabaran ekonomi akibat pendemik Covid-19.

"Bagi pemegang lebih 30,000 unit, mereka juga mendapat manfaat pengagihan ihsan ini sebagai tanda penghargaan kami kepada pemegang unit ASB yang terus setia bersama kami sejak 30 tahun dana ini diperkenalkan," katanya ketika mengumum kan pengagihan dividen itu secara atas talian hari ini.


"Selama bertahun-tahun, agihan dividen ASB kekal kompetitif meskipun prestasi negatif FBM KLCI lima daripada enam tahun kebelakangan ini," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan