Lelaki jalan kaki dari KL ke Johor nak cari kerja

SEORANG lelaki sanggup berjalan kaki dari Kuala Lumpur menuju ke Johor melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) untuk mencari kerja.



Perkara itu dikongsi oleh pendakwah terkenal Ebit Lew menerusi akaun Facebook.

Jalan kaki dari kl ke johor cari kerja

"Terkejut sekejap ini jumpa abang ni tepi highway utara selatan sedang berjalan. Jalan kaki dari KL balik JB tiada duit langsung. Kutip-kutip je makan." tulisnya yang turut memuat naik gambar lelaki yang ditemui tu.

Menurutnya beliau ada ternampak lelaki itu semasa dalam perjalanan ke Melaka di laluan bertentangan. Ketika pulang beliau berpeluang bertemu dengannya yang sedang berjalan di tepi lebuhraya.

"Bila saya berhenti dia kenal saya. Saya pujuk nya nak naik kereta atau bas tapi dia tak nak. Saya juga offer kerja di KL. Tapi katanya hatinya tawar dan dia dah nekad nak jalan kaki juga. Dia tak nak susahkan sesiapa pun." katanya.


Difahamkan lelaki itu yang berasal dari Pulau Pinang, pernah bekerja di Kuala Lumpur, dan pernah berjalan kaki dari Pulau Pinang ke Johor sebelum ini.

Ebit Lew turut memberikan sedikit duit belanja kepada kepada lelaki itu selepas tidak berjaya memujuk untuk menghantarnya.

Lelaki itu dijangka akan tiba di Johor dalam masa dua hari lagi untuk mencari kerja di sana.

"Ujian hidup kita semua berbeza, walau apa sebenar ujian hidup abang, dan apa yang abang lalui, Saya doakan Allah permudahkan semuanya. Ada rezeki kita bertemu di Johor," tulis Ebit Lew mengakhiri perkongsian itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan