Tipu Umrah, Kerajaan siasat iklan meragukan

KERAJAAN dilaporkan sedang menyiasat iklan pakej umrah yang meragukan memandangkan rakyat Malaysia masih belum dibenarkan melaksanakan ibadah itu disebabkan oleh Pandemik Covid-19.


Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, MOTAC dalam kenyataan terbaru turut menegaskan syarikat pengendali umrah dilarang mengambil bayaran untuk sebarang pakej umrah dan turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan tawaran meragukan sehingga kerajaan membenarkan ibadat itu dilaksanakan kelak.

Tipu Umrah Terbaru

MOTAC menerusi satu kenyataan memaklumkan buat masa ini Kementerian masih berpegang kepada dasar sedia ada dalam pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

Orang ramai tidak dibenarkan melakukan perjalanan ke luar negeri bagi tujuan tidak penting khususnya aktiviti pelancongan. 

Dalam hal ini ibadah umrah yang dikawal selia di bawah Akta Industri Pelancongan 1992, Akta 482 turut tidak dibenarkan.

Sehingga perubahan dasar kerajaan itu dibuat, sebarang aktiviti melibatkan umrah adalah masih dilarang sama sekali sehingga diumumkan kelak.


Sementara itu kerajaan menerusi Kementerian Luar telah berbincang dengan kerajaan Arab Saudi dalam usaha menggerakkan semula pemulihan ekonomi kedua-dua negara susulan pandemik Covid-19.

Perbincangan itu termasuk kemungkinan membenarkan aktiviti umrah melibatkan rakyat Malaysia walaupun sebelum vaksin wabak itu ditemui.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan