Menteri Sumber Manusia diarah jalani kuarantin

MENTERI Sumber Manusia M Saravanan diminta untuk menjalani pengasingan (kuarantin), selepas dirinya dikategorikan sebagai kontak rapat kepada setiausaha politiknya yang telah disahkan positif Covid-19 tiga hari selepas kedua-dua mereka menghadiri mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada hari rabu lalu.


Memetik sepucuk surat bertarikh 16 Januari, yang ditujukan kepada Saravanan daripada bahagian pengurusan kementeriannya dilapor memaklumkan kepada menteri berkenaan bahawa setiausaha politiknya telah disahkan positif Covid-19 pada 16 Januari.


Proses pengesanan telah mengenal pasti bahawa Saravanan sebagai kontak rapat kerana terlibat dalam mesyuarat khas MKN pada 13 Januari yang turut dihadiri oleh pesakit tersebut.

Saravanan diminta segera menjalani kuarantin bermula pada 16 hingga 22 Januari bagi memutuskan rangkaian penyebaran wabak coronavirus.

Difahamkan mesyuarat khas MKN berhubung Covid-19 diadakan setiap hari dan biasanya dipengerusikan oleh perdana menteri dan turut dihadiri oleh menteri-menteri serta pegawai-pehawai kanan kerajaan.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan