Thursday

Mahathir koleksi bicara agama ikut kepala hotak



Kali ini CiLiK© nak imbas kembali peristiwa hitam suatu ketika dulu di mana penyokong-penyokong UMNGOK menyokong perjuangan UMNGOK dengan membabi buta. Bagaikan Kumpulan zombie-zombie bongok yang bongok lagi membongokkan kerana mendewa-dewakan pemimpin hebat mereka Dr Mahathir Mohammed. Zombie-zombie yang mengaku beragama Islam tetapi menyokong penghinaan terhadap Islam.

KOLEKSI KENYATAAN/UCAPAN YANG MENGHINA ISLAM, MENGELIRUKAN RAKYAT MENGENAI ISLAM DAN MENGHALANG PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA


MENGHINA SUNNAH - BERJANGGUT

(Dr Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan 1997) “Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi? ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke? tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir.”

MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGHALALKAN RATU CANTIK

(Dr Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997) “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam.”

(Dr Mahathir Mohamad, 5 September 1997. Di PWTC, Perhimpunan Agung UMNO) “Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat.”

(Dr Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari, 23 (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas : “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa.”

Allah berfirman: Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka.”( An-Nuur:31)

Sesungguhnya termasuk ahli neraka, iaitu perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya (Muslim)

MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA'

(Dr Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997) “Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada. Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi, pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ulama' adalah waris nabi. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”

(Dr Mahathir Mohamad, 8 Nov1991, Perhimpuan Agung UMNO di PWTC) “Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka.”

Allah berfirman: “Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama'. (Mafhum al-Quran, Surah al-Fathir : 28)

Rasullullah bersabda:

“Ulama' itu waris sekalian para Nabi”.

“Ulama' itu pelita-pelita bumi, pengganti-pengganti Nabi”.

“Ulama' itu para pemegang amanat Allah atas segenap makhlukNya”. (Muslim)

Lanjutan daripada gesaan Mahathir maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.

PENGHINAAN TERHADAP HUKUM HUDUD

"Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama".(Dr.Mahathir b.Mohamed, 2.5.1992)

"Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud". (Dr. Mahathir b.Mohamed, 1994)

"Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran Islam"
(Dato' Seri Mahathir Mohamad, 14.4.1994)





CiLiK©: UMNGOK bongok lagi membongokkan.

13 comments

mahadir dah perlu mengucap balik dah

mmg dah tepesong jauh..bila org yg tak tau agama bercakap megenai agama,dia bercakap ikut nasfu,untuk kepentingan dia je..

patut la bini dia sampai dah kertu pon dok pakai rambut palsu tak mau pakai tudung.. dah laki sesat bini ikut la sekali.. mankaq..

amar makruf nahi munkar..die lak galak orang wat munkar...
hudud hukum Allah..Allah Maha mengetahui yg mana terbaik
untuk makhluk Nya..
da tua ni arap da taubat bnyk2...Allah Maha pengampun...
dosa dengan orang lain pandai2 la ye...

woi,mahathir..mu nie islam ke??cube ngucap,
jaga2 ar sket ape yg ko nk ckp,bangang tol..

mahathir = kamal altartuk.......mati mu mmg seksa.......
org yg tue biasenye ade 2 keadaan, 1 sbb dia tu, sbb dia kene laknat 1 lagi panjang umor....mahathir ni aku tak tau..... mati je laa.....idup lwn islam sme mcm kapir... Dah nko ngucap 2 kalimah syahadah maknenye mu x leh ragu sebrg benda ke atas ALLAH dan RasulNya... nie terang-terangan dok lawan...bebal nye makhluk

Makhluk jenis ini sudah tentu tidak merasa apa2 jika membuat fitnah liwat 1, menuduh orang zina dengan isteri setiausaha dan mendapat anak. Apakah semua fitnah itu berakhir dengan berakhirnya isu? Siapa yang delete dalam kitab malaikat untuk dia?

Pengikut Machievelli berakidah matlamat menghalalkan cara dan bertuhankan akal semata2. Tiada dosa tiada pahala semua ikut kepala.

Tiba2 umngok mengelar dia pemimpin dunia islam ketiga. Mungkin akan datang peribahasa melayu tidak lagi berkata,'bodoh macam lembu' tetapi mcm umngok.

Betul tak?

dr death mahathir hypocrite al pyscho nie bukannya beragama islam sebab tue dia ikut sedap mulut dia ajerr hentam org2 islam kat malaysia nie, mufti2, imam2 dan pegawai2 yg kerja kat jabatan agama semua bawah dia, takut, nak bersuara nanti ilang kerja plak abih tu dok sama2 syubahat ikut telunjuk tok sami mahathir

korang yg berugama islam di negara ini cuba tanya balik org2 tua kalau dulu2 khutbah jumaat siapa sampaikan dan isinya macammana dan kena ada tauliah ker kalau nak sampaikan khutbah tu?, yg pasti jawapannya ialah yg menyampaikan khutbah tak perlu tauliah dari jabatan PM, yg menyampaikan ialah org2 yg memahami syiar islam dan ikhlas,sultan2 melayu pun turun pergi khutbah kat masjid2 jalan kaki ajer, isi2nya penuh dgn kata2 nasihat, sejarah islam dan membentuk akidah murni.

sekarang nie semua kena ada prosedur mcm2, isi2 plak kena tapis, sultan2 pula di kawal agar tidak masuk campur, dah jadi tak ikhlas tak jujur..

semua nie agenda dan idea dr death mahathir alkristian!!, dia agent yakjuj makjuj kat negara kita nie, dia hendak kawal segala2 aktiviti berkaitan ugama islam agar syiar islam tidak berkembang dan tegak kembali di bumi tanah melayu riau ini..

berhati hatilah skg dia dah naikkan anak dia masuk kabinet, dah berangan anak dia jadi pm tahun 2020!!bapak borek anak rintikk!

BAHAGIA PERTAMA :

Korang semua tak pernah terfikir kerr...??

Sepanjang sejarah umat manusia..
Sesiapa sahaja yg menderharkai Allah, para nabi, rasulnya serta menghina Hukum2 Allah maka Allah musnahkan mereka semuanya tak kiralah sama manusia itu hamba abdi, rakyat bawahan, rakyat biasa, para ilmuan, tokoh2 hebat mahupun pemimpin2 yg negara berkuasa dan raja2.

Janganlah kita berbalah tentang Mahathir..
Sepatutnya kita mengambil iktibar daripada segala kejadian yg berlaku...
Masyaallah.. bertapa hebat dan besarnyerr kuasa Allah ke atas setiap makhluknyer..

Lihat sahaja apa yg telah Allah paparkan di hadapan mata kita buat diambil segala pengajaran daripadanyerr..

Mahathir sebagai seorang insan yg telah Allah kurniajan dgn segala kehebatan serta kecerdasan dan kecerdikan Akal fikiran ( Gunanya utk membawa kebaikan kepada umat islam dan kepada manusia sejagat keseluruhannya )..

Memang diakui bahawa Mahathir seorang manusia yg hehat..
Tetapi mari kita renungkan...

Di awal pengilibatannya nya dalam politik, menjadi pemimpin tertinggi negara yang memaju serta membangunkan negara dgn begitu berjaya sekali..

Tetapi dihujung2 kerjayanyerr dan kini di sisa2 hayatnya..
Beliau dicemuh, dihina, dan dikeji oleh banyak manusia...
Mangapa ianya berlaku sedemikian rupa...??
Tidakkah kamu melihat semuanya wahai anak adam..
Itulah kehebatan Allah..

Kerana Allah sehaja lah yg berhak memuliakan seseorang manusia itu dan allah jugalah yg berhak menhukum serta menghina seseorang itu..

Malah harus diingat Allah jugalah yg berkuasa membalik-balikkan hati setiap manusia.. ( semuanya di dalam kekuasaan Allah ) justeru itu jangan terkejut bila mana suatu perkara yg tidak pernah dijangkan telah berlaku telah berlaku bila mana org 2yg beragama hindu, Buddha, dan kristian telah undi kepada perjuangan PAS.. bagi mereka yg tidak mempercayaai kekuasan Allah mungkin akan menganggap ianya adalah dakyah pembangkang sama seperti mereka menganggap bencana gempa bumi itu itu sebagai kuasa alam alam bukannya kerana kekuasaan serta hokum Allah ke atas segala dosa2 manusia..

BAHAGIAN KEDUA :

Mari kita susur semua sejarah manusia yg bernama Mahathir ini..
Tentang kejayaannya dalam politik serta membangunkan negara memang tidak boleh dinafikan lagi...( tetapi adakah ianya benar2 bersih, tiada penindasanm tiada kezaliman, tiada unsur2 yg haram, tiada riba dan tiada shubahah..)- satu point yg boleh menyebabkan manusia itu dihina oleh Allah sama seperti apa yg menimpa ke atas Qorun, Firaun dan Namrud..

Dizaman Mahathir sebagai pemimpin negara beliau bertegas membebaskan peserta Ratu cantik yg terdiri dari pada Umat islam sendiri dan memecat Mufti Selangor- lagi satu point satu point yg boleh menyebabkan manusia itu dihina oleh Allah sama seperti apa yg menimpa ke atas Qorun, Firaun dan Namrud..

Ketika berada di atas kekuasaannya Manusia yg bernama Mahathir ini telah secara sedar mahupun tidak telah mengina sunah rasulullah, hadith Rasullulah, memperlekeh2kan keperibadia Rasulullah dan Para Sahabat baginda..tambah lagi satu point yg boleh menyebabkan manusia itu dihina oleh Allah sama seperti apa yg menimpa ke atas Qorun, Firaun dan Namrud..

Dengan segala kekuasaan nyerr beliau telah memerangi semua musuh2 politiknya seperti apa yang berlaku dalam peristiwa Bedarah di Memali kedah.. jenayah yg sama seperi yg di lakukan oleh Namrud dan firaun di zaman kekuasaan mereka dahulu..

Di kemuncaknya bila Manusia mahathir ini dipuji dan diagung2kan oleh manusia baik oleh rakyatnya mahupun oleh pemimpin2 dunia yang lainnya maka mahathir telah sanggup mempertikaikan ayat2 Allah serta telah dgn beraninya mentafsirkan Ayat2 Al-quran agar ianya sesuai dgn kehendak nafsunya sendiri demi mempertahankan segala kekuasaannya.. demi keagongan palsu yang beliau kecapi di dalam dunia yang sementara ini maka manusia Mahathir ini dengan bongkak lagi angguhnya telah membakulsampahkan segala hukum2 Allah yang dirasakannya boleh menghalang beliau dan kroni-kroninya mengecapi nikmat serta kemewahan duniawi..
Kini telah lengkaplah segala-sagalanya bagi diri Manusia yang bernama Mahathir ini layak menjadi manusia yang menerima balasan dari Allah sama seperti apa yg menimpa ke atas Qorun, Firaun dan Namrud..

Marilah kita semua berdoa agar Agar manusia yg bernama Mahathir ini bertaubat nasuha serta mengakui segala kesialapan beliau selama ini.. berdoalah kita demi kebaikkan umat islam keseluruhannya tak kiralah sama ada mereka itu sahabat kita mahupun musuh ketat kita kerana Umat Islam itu bersaudara semuannya.. ingat sedangkan Nabi Ampun kan umat.. berdoalah kita agar Manusia bernama mahathir ini kembali mentaati perintah serta hukum2 Allah, selalu umat islam yang dimuliakan Allah marilah kita sama memaafkan beliau dan terpulanglah kepada beliau sama ada ingin memohon ampun dan bertaubat nasuha kepada Allah azza wajala…

jangan ambil bulat2. apa yang disiarkan. orang malaysia ni suke exaggerate. sume benda di tokok tambah

anak die org penting SIS pon die xkisah..dasar laknat btol tua sekor ni..


EmoticonEmoticon