Wednesday

Tian Chua dipenjara 3 bulan dan denda RM1,800 kerana menghasut

AHLI Parlimen Batu, yang juga merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, KEADILAN dijatuhkan hukuman penjara 3 bulan dan denda RM1,800 kerana menghasut dalam satu ucapannya tiga tahun lalu.

Tian Chua disabitkan hukuman itu mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan oleh Hakim Mahkamah Seksyen, Zulqarnain Hassan.



Zulqarnain turut merujuk perkataan 'bangkit' dan 'turun ke jalanraya' yang diucapkan dalam sebuah forum secara khusus sebagai elemen mensabitkan Tian dalam hukuman tersebut.

Keputusan ini bagaimanapun tidak cukup untuk melucutkan kelayakan Tian sebagai Ahli Parlimen.

Seseorang Ahli Parlimen akan lucut kelayakan terhadap jawatannya secara automatik sekiranya dijatuhi hukuman penjara setahun dan/atau denda melebihi RM2,000.

Tuesday

Link download video lucah dalam struktur laman sesawang SPR

SATU link download (pautan muat turun) video lucah ditemui dalam struktur laman sesawang Suruhanjaya Pilihanraya, SPR. Difahamkan, inilah punca mengapa para pengguna yang melawat laman tersebut menerima amaran 'Malware'.

Aku dapat maklumat ini daripada seorang bekas pegawai Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil, Bersih saudara Izmil Amri melalui laman facebook.


Hasil pemeriksaan aku sendiri, memang benar ada link lucah tersebut dalam struktur laman sesawang rasmi Suruhanjaya Pilihanraya, SPR aku ikuti link tersebut, dan dapati memang sah ia adalah laman lucah.


Harap pihak SPR segera buang link lucah tersebut bagi membolehkan orang ramai mengakses laman sesawang tersebut seperti biasa tanpa menerima amaran.

Pada aku, hanya ada dua kemungkinan bagaimana perkara ini berlaku. Satu mungkin ada 'hacker' yang berjaya masuk untuk letak backlink laman lucah dalam laman web SPR.

Kedua jika tiada sebarang kebocoran keselamatan, suspek yang mungkin melakukan perkara ini tentu sekali pereka laman web SPR sendiri. Apa niatnya dia atau mereka sendiri yang tahu.

Monday

Habuan RM100 ubah alamat 'chip' Kad Pengenalan untuk undi BN di Kelantan

SALAH seorang sahabat menghubungi Facebook MiLo SuaM mendedahkan bahawa dia ditawarkan RM100 dalam salah satu group WhatsApp, untuk menukar alamat pada 'chip' kad pengenalan supaya dapat mengundi BN di Negeri Kelantan pada Pilihanraya Umum ke 14 nanti.

Difahamkan, hanya alamat pada 'chip' kad pengenalan sahaja yang ditukar, alamat yang terpapar di atas kad pengenalan akan kekal seperti biasa.

Selain itu, wang belanja sebanyak RM250 berserta penginapan hotel dan pengangkutan bas juga akan diberikan jika mahu mengundi di negeri Kelantan.



Tawaran ini nampaknya digunakan Umno untuk memancing ramai golongan pengundi kali pertama yang sebilangan besar lagi belum daftar mengundi.

Apa yang aku faham ini adalah satu 'taktik kotor' untuk menambah pengundi dari luar Negeri Kelantan bagi memenangkan Barisan Nasional sekaligus menawan Kelantan.

Taktik ini aku tak pasti sama ada bersalahan dengan undang-undang atau tidak. Sekali imbas seperti mereka (Umno) menggunakan 'loophole' dalam undang-undang sedia ada untuk menawan Negeri Kelantan yang diperintah oleh kerajaan PAS — "play within the rule".

Namun menukar data alamat pada 'chip' kad pengenalan sedangkan alamat terpapar pada kad tersebut berbeza, aku rasa jelas satu kesalahan — seperti memalsukan maklumat kad pengenalan.

Sahabat yang memberikan maklumat kepada aku ini turut melahirkan kebimbangan tentang perkara tersebut. Dia bimbang hanya kerana mahukan RM100 untuk tukar alamat pada 'chip' kad pengenalan, kelak dia ditahan Polis di 'roadblock' kerana data dalam 'chip' dan data tertera pada IC miliknya berbeza.

Jika perkara ini berlaku secara besar-besaran, maknanya kerajaan yang bakal memerintah Kelantan selepas PRU14 nanti bakal ditentukan oleh penduduk luar dari negeri tersebut bukan penduduk tempatan.

Nasihat aku kepada sesiapa yang dapat mesej seperti ini, janganlah terpedaya. Jangan kerana wang RM100 nanti kau kena tangkap polis atas tuduhan memalsukan data kad pengenalan.

Dua NGO 'ngokngek' buat laporan Polis terhadap Himpunan Bersih 5

DUA NGO dilapor telah membuat laporan Polis terhadap Himpunan Bersih 5 yang bakal diadakan pada 19 November 2016.

NGO yang dimaksudkan ialah Persatuan Sahabat Peniaga-Peniaga Subang, PSPPS dan Persatuan Kebajikan Warga Emas dan Veteran Puchong, PKWEVP.

Kau nak buat laporan polis itu hak kau, terpulang kepada kau, tapi gelakkan kau serta mengkritik kebodohan kau yang cuba nak bodohkan rakyat, tentu sekali menjadi hak aku.

Ada dua benda aku rasa nak gelak dan nak kutuk tentang laporan Polis dibuat oleh kedua NGO ni.

Pertama, alasan lapuk yang masih digunakan untuk buat laporan polis — Kononnya Perhimpunan Bersih 5 akan jejaskan pendapatan peniaga-peniaga kecil mahupun restoran di sekitar Kuala Lumpur.

Aku tak tahu Pengerusi PSPPS si Mariappan ni baru keluar gua atau dia sekadar baca skrip yang dia sendiri pun tak faham.



Semua orang tahu bila orang ramai datang KL nak berhimpun kuasa beli meningkat, mereka semua akan rasa lapar dan dahaga, jadi kedai-kedai makan akan bertambah laris.

Bila dah laris tentu sekali pendapatan peniaga kecil mahupun restoran akan meningkat.

Aku sendiri pernah tanya dengan makcik-makcik yang meniaga di sekitar Kuala Lumpur tu, memang mereka ternanti-nanti himpunan macam Himpunan Bersih 5 ni kerana pendapatan perniagaan mereka akan meningkat berkali ganda berbanding hari biasa.

Boleh juga dengar sendiri video pengakuan makcik Rohani yang mengusahakan Restoran Rohani berdekatan dengan Dataran Merdeka. Sila klik link di bawah.

(Klik — Peniaga harap kalau boleh ada 'demo' setiap tahun)

Kedua, Izham Ishak dari PKWEVP pula bagi alasan dia buat laporan polis sebab Himpunan Baju Merah nak buat perhimpunan jika Bersih 5 buat Himpunan.

Mana aku tak gelak, dah tahu Kumpulan Baju Merah yang nak buat himpunan, buatlah laporan ke atas Kumpulan Baju Merah, yang kau buat laporan terhadap Bersih 5 tu dah kenapa?

Nanti anak kau nak berhimpun pagi Isnin di Sekolah, Jamal pun buat provokasi kata nak buat himpunan balas, maka kau pun buat laporan Polis terhadap himpunan sekolah anak kau, tak ke lawak namanya tu.

Kalau iya pun nak mengampu Najib, supaya boleh 'sakau' peruntukan (dedak) untuk NGO merapu kau tu, bagilah alasan elok sikit nak buat laporan Polis.

Alasan macam ni zaman Jepun bolehlah, zaman internet ni kau nak tipu siapa?

Tambah lagi, kedua-dua NGO ini 'base' satu di Subang dan satu lagi di Puchong berpuluh kilometer dari Dataran Merdeka, Kuala Lumpur tempat Himpunan Bersih 5 bakal berlangsung.

Apa kaitan pula nak buat laporan Polis? Peniaga di Kuala Lumpur tak sebuk kau pula yang lebih-lebih (lepas ni bolehlah suruh peniaga pengampu di Kuala Lumpur pulak buat report sebab aku dah kata macam ni).

Semua tindakan ini hanya menampakkan Najib disokong oleh penyokong-penyokong yang tak ada otak.

Sunday

Kisah bekas wartawan dipukul PA Timbalan Menteri — Versi isteri

SEMALAM telah tersebar kisah pergaduhan antara bekas wartawan TV3, Mohd Adli Affendy dengan suami bekas isterinya yang dikatakan mengaku sebagai pembantu peribadi kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri.

(Baca — Bekas wartawan TV3 dakwa dipukul pembantu peribadi Timbalan Menteri Dalam Negeri)

Kisah yang dipaparkan sebelum ini adalah cerita sebelah pihak, iaitu kisah versi suami. Adalah tidak adil jika kita hanya mendengar kisah sebelah pihak semata-mata.

Jadi di bawah ini aku siarkan pula kisah versi si isteri, berdasarkan laporan polis yang telah dibuat berhubung pergaduhan tersebut. Terpulang kepala penilaian masing-masing.

Pada 23/09/2016 jam 3:30 petang semasa saya berada di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Utama Damansara 4, saya dengan arahan peguam saya sepatutnya pergi berjumpa dengan bekas suami saya, nama Mohd Efendy Bin Mohd Zaki (No KP: Ditutup) dengan arahan untuk mengambil anak perempuan saya Amanda Nerrisa Adli Effendi berumur 7 tahun.

Urusan hak penjagaan diuruskan peguam saya dari Tetuan Bahari & Bahari. Pada permulaan saya memberi cadangan untuk berjumpa di Balai Polis Bandar Utama, namun mereka enggan patuh pada peraturan yang ditetapkan kerana takut persepsi polis dan mendatangkan tekanan mental kepada anak.

Oleh yang demikian kami bersetuju walau kami tahu keselamatan kami bakal terancam oleh kerana itu saya telah datang bersama sepupu saya bagi melindungi keselamatan saya.

Dan pada hari ini 23 September 2016, saya sekali lagi melalui peguam saya telah 'issue' satu surat untuk mengadakan perjumpaan bagi mengambil anak saya, sayangnya mereka telah bertukar tempat di Stesen Sekolah Kebangsaan Bandar Utama Damansara 4.



Kami telah menegaskan berkali-kali supaya kita berjumpa di Balai Polis Bandar Utama bagi mengelakkan kekecohan berlaku namun mereka takut dengan lokasi perjumpaan kerana mereka berniat untuk tidak memberi anak itu kepada saya. Ia hanya sekadar lakonan sahaja untuk tidak engkar pada perintah hari ini.

Apabila tiba di perkarangan sekolah pada jam 15:20 menaiki kereta saya bersama suami saya bernama Mohd Akmar Ashraf Ishak (IC ditutup) dan juga sepupu saya nama Datin Mariana Hamid.

Apabila kami berhentikan kereta kami lihat anak saya telah ada di hentian bas seorang diri di depan sekolah tersebut. Pada mulanya sepupu saya telah pergi mendapatkan anak saya namun dihalang oleh isteri kepada bekas suami saya nama Hazrina Illyas dan emak bekas suami saya nama Nadzrah Noor.

Mereka mengatakan sepupu saya tiada hak untuk menyentuh anak saya. Kemudian saya turun dan apabila saya menghampiri anak saya, mereka telah menyerbu ke arah saya dan enggan menyerahkan anak saya.

Kemudian bekas suami saya telah datang dan menarik anak perempuan saya daripada rangkulan saya dan berlaku tarik menarik terhadap anak saya.

Bekas suami saya telah mengatakan aku bunuh kau kalau kau tak lepaskan anak ini sebanyak tiga kali dan pada kali pertama semasa dia mahu melepaskan anak saya daripada pangkuan saya, suami saya telah bertindak mengigit tangan kanan saya, tangan kiri saya, dan menggores muka saya sebelah pipi kiri menyebabkan luka calar dan menolak leher saya.

Kemudian ibu bekas suami saya telah datang dan menarik kaki sebelah kiri dan memulas, kemudian dia telah menggigit peha sebelah kiri saya dan menarik anak perempuan saya.



Kemudian saya berkata kepada pemandu sepupu saya supaya beredar dari tempat tersebut bagi mengelakkan keadaan kecoh dan bimbang akan keselamatan anak saya.

Tetapi suami saya telah bertindak masuk ke dalam kereta sepupu saya Datin Mariana dan Datuk Khairil Muzammil dan memaksa saya melepaskan anak perempuan saya dan mengatakan "lepaskan anak ini, aku cakap lepaskan anak ini kalau tidak engkau mati,"

Dengan muka yang bengis kemudian dia telah menghenyak saya untuk melepaskan anak saya. Saya memeluk anak saya dan mencium kepala anak saya sambil menenangkan anak saya.



Anak saya memanggil saya "mummy Amanda takut, tangan Amanda sakit," saya melihat tangan anak saya telah lebam sebelah kiri kerana ditarik oleh bekas suami saya.

Kemudian sepupu suami saya Nazurin menjerit, supaya kesian anak saya kerana tangannya telah sakit dan matanya telah terluka. Saya telah melepaskan anak saya kerana polis peronda telah datang dan meminta saya melepaskan anak saya.

Saya telah lepaskan anak saya dan kemudian saya sedar mereka lepaskan tangan anak saya kerana polis peronda telah sampai di tempat tersebut.

Kemudian saya telah pergi ke kereta dan mengambil perintah mahkamah dan juga laporan polis untuk ditunjukkan kepada pihak polis.

Kemudian isteri bekas suami saya telah menjerit ke arah saya sambil merakamkan video dan bertindak menarik tudung saya dan menolak kepala saya, serta menumbuk badan saya sambil mengeluarkan perkataan kesat dan menghina saya "kau tak layak ambil anak ini,"

Kemudian saya buka pintu kereta dan mengatakan kepada mereka jangan melarikan diri dan pergi ke balai polis. Emak bekas suami saya mengambil botol minuman dan menyimbah air ke arah saya dan saya memberikan amaran jangan larikan diri.

Saya bertindak kerana saya mempunyai surat perintah mahkamah di mana suami saya telah melarikan anak perempuan saya mulai 19/08/2016.

Sehingga tarikh ini dia masih gagal menyerahkan anak saya kembali. Saya percaya perkara ini telah membuatkan anak perempuan saya semakin trauma dan ketakutan dan saya harap pihak mahkamah dapat memberikan perintah mahkamah agar anak perempuan saya dijauhkan daripada mereka.

Saturday

Bekas wartawan dakwa dipukul pembantu Timbalan Menteri Dalam Negeri

SEORANG bekas wartawan TV3, Mohd Adli Effendy menulis di laman sosial facebook mendakwa dia diserang oleh lelaki yang mengaku sebagai Pembantu Peribadi, PA kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Berdasarkan laporan polis yang dilampirkan dalam tulisannya itu, kejadian berlaku semasa dia menurunkan anak perempuannya berhampiran sekolah supaya boleh diambil oleh bekas isteri tengah hari semalam.



Namun tidak lama kemudian suami kepada bekas isterinya datang bersama dua buah kenderaan jenis Vellfire berwarna hitam bersama kira-kira 5 orang di dalamnya.

Keluar pula seorang wanita, tiba-tiba mengheret dan memaksa anaknya untuk masuk ke dalam kereta. Melihat anak meraung dan meminta tolong, Adli cuba menasihatkan mereka supaya tidak menggunakan kekerasan.

Malangnya, Adli dipukul bertubi-tubi oleh mereka malah isteri, anak dan ibu Adli turut ditolak dan dipukul sehingga terjatuh dan menyebabkan kecederaan yang teruk.

Barang-barang peribadi miliknya seperti telefon bimbit, cermin kereta bahagian depan dan belakang turut dipecahkan oleh bekas isterinya bersama rakan-rakan.

Salah seorang mengaku sebagai pembantu peribadi kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri telah mengugut mahu menembak Adli dan isteri jika enggan menyerahkan anak kepada bekas isterinya.

Adli mengalami kecederaan, pendarahan di bahagian mata, muka, badan dan kaki kerana dipukul. Isteri dan ibunya turut merasa sakit akibat serangan itu.

Adli meminta pihak polis membuka kertas siasatan terhadap kejadian tersebut kerana bimbang keselamatan diri dan keluarganya lantaran ugutan yang diterima.


Friday

Portal Hiburan Antarabangsa gelar Rosmah 'Imelda Marcos of Malaysia'

BEG tangan kulit buaya jenama Hermes Birkin berharga USD200,000 (RM821,410) antara yang disebut oleh portal antarabangsa The Hollywood Reporter sambil menggelarkan Datin Rosmah sebagai 'Imelda Marcos of Malaysia' dalam salah satu artikel terbarunya dua hari lalu. 

Portal itu turut menyebut Datin rosmah sebagai peminat berlian dan beg tangan mewah jenama Hermes, Datin Rosmah malah dilaporkan sebagai pemilik terbesar koleksi beg tangan Hermes Birkin di atas planet.


Dalam artikel berjudul "Red Granite Co-Founder Riza Aziz's Mother Is The Imelda Marcos of Malaysia" itu, Datin Rosmah didakwa sebagai dipercayai menggunakan (dan mungkin menyalahgunakan) kuasa yang ada pada suaminya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Portal itu mendakwa, ketika mantan Presiden Singapura, Lee Kuan Yew membuat lawatan rasmi ke Malaysia pada 2009 sebaik sahaja Najib Razak memasuki pejabat, Mendiang Lee Kuan Yew telah membuat pertemuan berasingan dengan Datin Rosmah yang ketika itu menjelaskan bahawa mereka mentadbir negara sebagai satu pasukan.

Perangai Datin Rosmah Mansor yang disifatkan ramai sebagai boros dan suka bermewah-mewah terus menjadi bahan berita sensasi media antarabangsa.

Tidak cukup dengan liputan sumber berita biasa, kini portal terkenal dan berpengaruh bersifat hiburan pun turut tidak melepaskan peluang untuk melaporkan kisah boros Datin Rosmah.

Sebelum ini kita biasa dengar Tun Mahathir dan Dato' Seri Anwar Ibrahim menggelarkan Datin Rosmah sebagai Imelda Marcos sempena nama isteri kepada bekas Presiden korup Filipina yang dijatuhkan oleh rakyatnya.

Imelda Marcos terkenal seluruh dunia sebagai wanita paling boros dan gemar bermewah-mewah.

Dia turut dinobatkan sebagai ahli politik wanita paling kaya di Filipina memiliki koleksi pakaian-pakaian mahal, beribu pasang kasut mahal, pelbagai hasil seni mewah, barangan kemas selain memiliki simpanan yang banyak di dalam 'offshore bank' menggunakan nama samaran "Jane Ryan".

Mukhriz dakwa SB ambil gambar kakitangan awam sertai BERSATU

DALAM salah satu kiriman di halaman Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia, BERSATU ada satu perkongsian screenshot Telegram tentang nasihat Mukhriz kepada jentera parti yang membuka kaunter pendaftaran ahli baru BERSATU.

Dalam screenshot itu difahamkan Mukhriz menasihatkan tenaga kerja parti itu di Putrajaya agar pendaftaran ahli tidak dibuat di tempat terbuka disebabkan penjawat awam merasa takut kerana SB mengambil gambar setiap orang daripada mereka.



Kalau dahulu, kita faham kesemua Polis Cawangan Khas, SB ini bekerja untuk Tun Mahathir, dan tentu sekali untuk Mukhriz sendiri semasa masih dalam kerajaan.

Namun kini SB sudah berpaling arah, bertugas untuk musuh politik mereka, iaitu pihak Najib dan Rosmah. Bak kata pepatah yang cukup popular, hidup di dunia ini bagaikan roda, ada masa kita di atas, sampai masa kita di bawah.

Inilah rasanya jadi pembangkang, jika dahulu kamu zalim mungkin sekarang masanya kamu akan dizalimi seperti mana kamu menzalimi orang lain suatu masa dahulu.

Kepada Najib dan Rosmah juga, janganlah angkuh saat kamu berada di atas, kerana akan sampai masa kamu turun ke bawah. Aku yakin masa itu akan sampai tidak lama lagi.


Thursday

Ali Tinju tak mengaku ugut Pengerusi Bersih, tapi kantoi

LELAKI yang meraih populariti seluruh negara dengan aksi 'tarian punggung' si Ali Tinju atau nama sebenarnya Mohd Ali Baharom sebelum ini dilaporkan telah membuat ugutan jenayah ke atas Pengerusi Bersih, Maria Chin.

Dia dilaporkan berkata mahu menyerang hendap Maria Chin dan tak kisah walaupun kena penjara 10 tahun. Malah dengan bongkak Ali Tinju menyebut bahawa dia sebagai bekas tentera jangan dicabar, walau 10 atau 20 'bodyguard' Maria pasang, semua akan tumbang.

Tapi selepas itu dalam satu temubual dengan wartawan The Sun, Ali Tinju tidak mengakui kata-kata yang telah dilontarkannya. Konon dakwanya wartawan sebelum itu telah memutar belit kata-katanya supaya memberi gambaran bahawa dia seorang penjenayah dan ganas.

Lebih melucukan, dia siap kata media sebelum ini tidak mempunyai sebarang rakaman ataupun video atau dalam kata lainnya, tiada bukti dia ada melakukan ugutan itu — The Sun



Tapi ternyata Ali Tinju silap besar, dia kena tahu, setiap kali melakukan temubual, walaupun melalui telefon wartawan akan rakam perbualan tersebut sebagai rujukan ketika laporan berita dibuat.

Penafian Ali Tinju itu jelas sekali 'makan diri' apabila rakaman temubualnya dengan wartawan ketika dia melakukan ugutan itu disebarkan ke internet.

Bagaikan orang yang tak mengaku berak di tepi jalan, akhirnya busuk jatuh tersembam atas tahi sendiri. Berikut rakaman temubual Ali Tinju bersama wartawan yang dimaksudkan.


Tuesday

BERNAMA lapor 'dalang' sebenar yang malukan Datin Rosmah

SALAH satu berita paling panas minggu ini tentu sekali kisah Datin Rosmah yang dilaporkan kononnya akan menerima anugerah "Leads by example" (Kepimpinan Melalui Teladan) daripada pertubuhan dunia UNESCO, tapi rupanya itu hanyalah berita tidak benar, atau lebih tepat berita yang diterima dari sumber tak betul.

Laporan berita kononnya Datin Rosmah bakal terima anugerah daripada UNESCO itu sudah habis dipukul canang seluruh negara, semua jentera media kawalan Barisan Nasional yang ada digunakan untuk beritahu rakyat bahawa Datin Rosmah begitu hebat, sampai UNESCO pun iktiraf beliau.

Kalau lihat laporan Buletin Utama TV3, media pengampu nombor satu Datin Rosmah, bukan main cun dia edit gambar orang tua tu, anak dara 18 tahun pun tak secantik beliau.




Manakala di media sosial pula, penyokong Datin Rosmah bukan main bangga 'idola' mereka dapat anugerah. Mana tidaknya, selama ini semua media selain media pengampu asyik kutuk Rosmah saja, termasuklah blog MiLo SuaM ni.

Tak sampai sehari berita Rosmah dapat anugerah itu dipukul canang, UNESCO keluar kenyataan pula menafikan wujudnya anugerah tersebut. Masa Rosmah dilapor nak dapat anugerah, media Malaysia saja yang lapor, bila kantoi anugerah itu tak wujud, media satu dunia laporkan.

Adoi, Malu besar!

Sekarang siapa nak jawab? Sumber asal yang laporkan berita Rosmah nak dapat anugerah UNESCO adalah Pertubuhan Berita Kebangsaan, BERNAMA. Gila kau buat pasal dengan Datin Rosmah, kau memang cari maut.

Akhirnya BERNAMA jelaskan siapa sebenarnya yang bagi cerita merapu sehingga menyebabkan Datin Rosmah dan pengikutnya malu besar bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia, kerana media antarabangsa turut laporkan berita ketidakwujudan anugerah tersebut.




Dalang yang menjadi punca Datin Rosmah mendapat malu besar bernama Datuk Seri Alias Ahmad, beliau dilaporkan sebagai Naib Presiden Suruhanjaya Kebangsaan, UNESCO Malaysia.

Maka dalam hal ini aku terima dua perkara:

Satu, Bernama tak salah, dia laporkan saja apa yang dikata oleh Alias Ahmad. Kalau betul kata dia betul lah laporan Bernama, kalau salah kata dia, salahlah laporan Bernama.

Kedua, aku terima Datin Rosmah tak dapat anugerah "Leads by Example" (Kepimpinan melalui teladan) sebab kalau dia terima anugerah itu, daripada UNESCO pula, tak ke jadi bahan gelak seluruh dunia. 

Kenapa UNESCO akan jadi bahan gelak seluruh dunia kalau bagi anugerah kepada Rosmah? 

Lu fikirlah sendiri...

Monday

Penyokong tegar Najib ugut mahu tangkap dan bakar editor Sarawak Report

SEORANG penyokong tegar Najib Nazak, membuat ugutan bunuh terhadap editor portal kontroversi Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Melalui akaun twitter miliknya, Ramesh Rao mengugut Clare agar menjauhkan diri daripada hal ehwal Malaysia sebelum dia ditangkap dan dibakar hidup-hidup.


"@theresa_may better to advose #Clare @sarawak_report To Stay Away From Malaysia Affairs, Before We Malaysians Catch n Burn Her alive" tulisnya.


Bukan itu sahaja, tidak cukup dengan membuat ugutan bunuh, Ramesh Rao dengan bongkaknya mencabar Clare supaya datang ke Malaysia untuk membuat laporan Polis terhadap beliau. 

Dia siap 'mention' akaun twitter Ketua Polis Negara, PDRM Malaysia dan Perdana Menteri, Najib Razak.

"@sarawak_report Please Come To Malaysia And Make Police Report against Me! I'm Waiting!

@KBAB51 @PDRMsia @1rmfs @mpkotabelud @NajibRazak" cabarnya di Twitter.




Mungkin ramai yang dah kenal dengan 'si kaki mencarut dan maki hamun' bernama Ramesh Rao Krishnan Naidu ni. Setahu aku dia ni presiden sebuah NGO pro BN, bernama Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia, PMSP.

Kini dia cuma penasihat kepada NGO tersebut selepas didapati statusnya 'bankrupt'. Aku tak tahu apa fungsi NGO tu, apa yang aku nampak dia ni selalu buat laporan polis yang cenderung menunjukkan dia sokong BN untuk dapat publisiti.

Selain tu kalau semak akaun Twitter dia, kerja lain tak ada, dia asyik maki hamun orang dan mencarut, nampak dia ni macam ada 'short circuit' atau 'Screw loose' di otak dia. Tak hairanlah orang macam dia ni jadi penyokong tegar Najib Nazak.

Hanya dua jenis orang yang masih sokong Najib Nazak, kalau tak gila, lapar dedak.


Friday

Tuan Guru Dato' Haron Din meninggal dunia di California

DAPAT maklumat sebentar tadi bahawa, Tuan Guru Dato' Haron Din baru sahaja menghembuskan nafas terakhir di sebuah Hospital di Carlifornia.

Beliau yang juga merupakan Mursyidul Am PAS, sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan yang sangat kritikal selepas mengalami masalah jantung dan ditempatkan di Unit Rawatan Tapi, Hospital Stanford San Francisco Carlofornia.


Innalillahi Wainnailaihi Rojiun, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beramal soleh dan beroleh rahmat yang berlimpah ruah daripada Allah.


Update

Semakan di Halaman Rasmi beliau mendapati, berita yang tersebar tentang kematian Haron Din adalah tidak benar dan ia dikatakan berlaku kerana salah faham.

Difahamkan beliau sendiri (Ust Ikmal Zaidi Hashim, Darrusyifa) yang mengesahkan berita kematian Tuan Guru Haron Din, dan kini beliau jugalah yang membatalkan kesahihan berita tersebut.




Update:

Tuan Guru Haron Din Disahkan telah meninggal dunia. Al-Fatihah

Monday

WSJ dedah Rosmah shopping sakan USD6 juta guna duit 1MDB

SUMBER berita berpengaruh Wall Street Journal, WSJ sekali lagi membuka peluang untuk disaman oleh Najib Razak mahupun Rosmah jika segala dakwaan mereka adalah fitnah selepas berbakul-bakul tuduhan skandal ditujukan tepat ke batang hidung.


Kali ini WSJ mendedahkan hasil penelitian terhadap dokumen terbaru yang dilihat mereka menunjukkan bahawa Datin Seri Paduka Rosmah Mansor telah 'bershopping sakan' sebanyak USD6 juta membeli baju, kasut dan barang kemas gunakan kad kredit Najib Razak yang sumbernya adalah daripada dana 1MDB.

Lokasi tempat shopping pula seperti didakwa oleh WSJ ialah — gedung beli belah Harrods di London, Saks Fifth Avenue di New York dan beberapa tempat lain.

WSJ nampaknya sempat perli Rosmah, apabila memetik salah satu tulisan dalam Biografinya yang ditulis dalam tahun 2013 — "Saya membeli barangan kemas dan pakaian dengan wang sendiri. Apa salahnya?"

WSJ mempersoalkan bagaimana Rosmah seorang anak guru sekolah, tiada pendapatan tetap dan suaminya hanya seorang perdana menteri dengan gaji tahunan sebanyak USD100,000 boleh berbelanja semewah itu?

USD6,000,000 ÷ USD100,000 = 60 

Najib perlu bekerja selama 60 tahun tanpa makan walau sebiji nasi untuk tampung tabiat shopping Datin Rosmah selama beberapa tahun. 

Dalam kata lain hasil titik peluh Najib seumur hidup sebagai Perdana Menteri tanpa ditolak walau satu sen gajinya perlu diserah kepada Rosmah untuk menampung perbelanjaan shopping beberapa tahun.

Namun kau dan aku tahu, mustahil Najib boleh jadi PM selama 60 tahun — maksudnya mustahil Rosmah ada duit sebanyak itu untuk bershopping. Dia tak ada pendapatan tetap, suaminya juga tidak mampu nak tampung tabiat shopping itu.

Jadi dari mana Rosmah dapat duit banyak-banyak untuk bershopping bagaikan tiada hari esok?

"Fikirlah jika ada otak..."

Saturday

Tun Mahathir ibarat serah lubang duburnya untuk diliwat Anwar kata Dato Jamal

SALAH seorang penjilat Najib paling hebat, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Dato Jamal nampaknya sudah mula menggerakkan perang saraf lucah bagi meraih sokongan orang Melayu kepada Umno pada pilihanraya akan datang.

Dato Jamal, yang juga penggerak Kumpulan baju merah mengibaratkan pertemuan Tun Mahathir dengan Anwar Ibrahim baru-baru ini sebagai menyerah lubang dubur untuk diliwat.



Bila pemimpin Umno sudah mula mencarut dan melucah tak tentu pasal, itu tandanya pilihanraya sudah dekat.

Tentu anda masih ingat bagaimana Umno menggunakan bahan-bahan lucah pagi petang siang dan malam dalam media-media arus perdana dan juga media baru kawalan mereka sewaktu pilihanraya umum ke 13 dahulu.

Nampaknya kempen lucah seperti itu akan digunakan lagi, dan sudah mula digerakkan semula. Awasi anak-anak anda, keluarga anda daripada media lucah kawalan Umno dan Barisan Nasional.



Friday

LRT percuma 3 hari minggu depan untuk pendatang asing?

TAWARAN perkhidmatan LRT percuma selama tiga hari minggu hadapan sebagai tanda permohonan maaf RapidRail Bhd nampaknya tidak berjaya memujuk hati warga kota yang terluka dan tidak berpuas hati.


Tinjauan aku di media sosial mendapati, kebanyakan penggunaan yang terlibat bukan sahaja mempersendakan tawaran itu malah menuntut CEO RapidRail Bhd agar meletak jawatan sebagai mengambil tanggung jawab terhadap gangguan perkhidmatan LRT sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu.

Mana tidaknya, LRT percuma yang ditawarkansama ada tidak berfikir panjang atau memang tidak ikhlas. 

Gangguan perkhidmatan LRT berlaku di kala warga kota sedang bersesak ke tempat kerja, tapi tawaran LRT percuma pula dibuat pada tarikh 13, 14 dan 15 terkena pada cuti Hari Raya Haji minggu depan (Hari Raya Haji jatuh pada 12 September 2016). Ditambah dengan cuti sekolah dan cuti 16 September, maka ramailah yang akan sambung cuti untuk balik kampung dan sebagainya

Nampaknya pendatang asing sajalah yang bakal menikmati perkhidmatan LRT percuma tersebut. Berdasarkan pengalaman aku yang lepas-lepas, masa hari raya, Kuala Lumpur akan bertukar jadi seperti Ibu Negara Bangladesh.

Masa inilah warga asing yang bercuti akan melawat atau bertemu sahabat handai sanak saudara, dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai lokasi pertemuan.

Aku dapat rasakan kesan yang dilalui oleh warga Kuala Lumpur akibat gangguan perkhidmatan LRT bukanlah perkara kecil, ada yang terlepas meeting penting, terlepas deadline, dipotong gaji, terpaksa naik teksi dan macam-macam lagi.

Perkara ini juga membabitkan keselamatan. Beratus-ratus malah beribu penumpang LRT terpaksa berjalan kaki menyusuri landasan yang voltan elektrik tinggi. Ini jelas sekali membahayakan nyawa mereka.

Kesimpulannya, tawaran perkhidmatan LRT percuma selama tiga hari, di hari cuti pulak tu, amatlah tidak berbaloi dan wajar dipertimbangkan semula.



Terpelanting! Motorsikal langgar lari pelajar perempuan di traffic light

SATU video tersebar di laman sosial Facebook sejak semalam, rakaman kejadian sebuah motosikal melanggar pelajar perempuan yang memakai uniform sekolah sedang melintas jalan.




Penunggang motorsikal tersebut dilihat tidak berhenti meskipun lampu isyarat menunjukkan tanda isyarat berhenti berwarna merah. 

Pelajar tersebut terpelanting dilanggar motorsikal, manakala motorsikal yang kelihatan terhoyong-hayang seketika akibat impak pelanggaran, terus 'cabut' meninggalkan tempat kejadian.

Mujur, salah seorang pemandu kereta yang memiliki perakam pada kenderaannya berjaya merakam kejadian tersebut dari arah belakang sekaligus dapat mengesan nombor pendaftaran motosikal berkenaan.

Berikut video yang dimaksudkan sila klik untuk menonton.


Tuesday

WSJ dedah perbualan BBM Jho Low dan pegawai bank tentang akaun rahsia PM

SUMBER berita berpengaruh dunia Wall Street Journal, WSJ hari ini mendedahkan satu lagi rahsia tentang ibu segala skandal 1MDB yang bersifat "boom".

Kali ini ia adalah transkrip perbualan rahsia budak cina gemuk bernama Jho Low dan pegawai Ambank melalui Blackberry Messenger, BBM tentang betapa perlunya mereka menjaga kerahsiaan akaun peribadi perdana menteri.


Jho Low menekankan sensitiviti akaun itu dan betapa perlunya akaun itu dirahsiakan daripada pengetahuan orang luar.

Jho Low juga dilaporkan melarang pihak Ambank daripada menghantar penyata kad kredit akaun tersebut ke rumah Perdana Menteri. Sebaliknya individu tertentu dihantar untuk mengutipnya secara peribadi.

"Jangan benarkan orang luar daripada bank atau lebih daripada beberapa pihak dalaman tahu mengenai akaun ini. Gunakan email Gmail, jangan guna sistem email bank untuk komunikasi.

Apapun, jangan hantar penyata kad kredit ke rumah perdana menteri" itu antara arahan Jho Low kepada pegawai bank seperti yang didedahkan oleh WSJ.

"Tidak, tidak, tidak sangat sensitif..." Jho Low dilapor mempunyai seseorang untuk mengutip penyata akaun secara terus (by hand).

Jho Low turut dipetik dalam perbualan itu sebagai menegaskan supaya tidak ada sesiapa kecuali mereka mempunyai akses kepada penyata bank itu, bimbang ia tersebar ke internet.

"Sangat sangat penting tiada siapa patut tahu di Ambank selain kamu atau Cheah atau dapat penyata itu..."

"Kalau tersebar di internet dari mana asal dana itu nanti pening kepala" dedah WSJ lagi.

Panjang pendedahan WSJ jika anda nak tau lebih lanjut sila klik sini — Wall Street Journal

Hari ini hari selasa, sudah berapa puluh kali selasa Najib kata nak saman WSJ, tapi sampai sekarang habuk pun tak ada.




Monday

Siasatan bukti rasuah FAM 30 tahun dalam 'pendrive' selesai 3 hari?

PADA 19 Julai 2016 yang lalu, Tengku Mahkota Johor, TMJ muncul di muka depan akhbar tempatan menjadi bualan rakyat jelata di seluruh pelusuk negara.

Gambarnya tersenyum sambil menunjukkan sebuah 'pendrive' di tangan mendakwa rahsia besar, atau rasuah besar Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM selama 30 tahun sudah ada dalam genggaman.

Maka gegak gempita semua rakyat, terutama yang menggelarkan atau mengaku diri mereka sebagai 'bangsa Johor'. 

Mana tidaknya, siapa tak bangga bila anak raja negeri kelahiran adalah seorang pejuang rakyat, yang serius mahu melawan rasuah.

Dipendekkan cerita, entah macam mana, 'pendrive' yang digembar-gemburkan sebagai menyimpan rahsia rasuah 30 tahun FAM itu akhirnya sampai ke tangan Menteri Belia dan Sukan si Khairy Jamaluddin.

Dipendekkan lagi cerita, Khairy pun buatlah beberapa gimik, kononnya nak dedahkan kandungan 'pendrive' itu lah, rakyat perlu tahu kebenaran lah, dan beberapa lagi gimik murahan mengambil peluang sementara isu 'pendrive' masih panas, maka bolehlah KJ, 'interframe' supaya nampak macam hero rakyat.

Tiga hari lalu Khairy meneruskan lakonan wataknya sebagai pejuang keadilan lalu menyerahkan 'pendrive' rahsia besar itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM.

Hari ini, SPRM umumkan tiada sebarang unsur rasuah dalam 'pendrive' tersebut.

Amboi! Selesai macam tu je?

Bukti besar rasuah 30 tahun FAM yang digembar gemburkan TMJ berjaya disiasat tak sampai tiga hari? Berbulan TMJ jaja kisah 'pendrive' rahsia besar tak sampai 3 hari kisah itu ditamatkan SPRM?

Kau biar betul SPRM, ini kes rasuah 30 tahun tau, mestilah berkoyan-koyan dokumen dalam tu yang perlu disiasat satu persatu, takkan 3 hari dah selesai siasat?

Atau mungkin juga bukti dalam 'pendrive' tersebut hanyalah bukti ringkas? Yalah mana tahu, mungkin sekadar rakaman suara atau video individu tertentu.

Rakyat kini jadi 'confuse' tak tahu nak percaya siapa. Bila ada dua kenyataan bercanggah dengan begitu ketara, salah satu tentulah penipu, atau dua-dua penipu, dua-dua merapu.

Kerana tak mungkin dua-dua bercakap benar di dalam hal ini.

Maka eloklah kandungan 'pendrive' itu didedahkan, jika tidak bermacam spekulasi boleh ditimbulkan. Ini zaman internet, zaman maklumat hanya dihujung jari.

"Jangan sampai integriti tergadai hanya kerana sebuah pendrive."

Anwar bersalaman dengan Tun Mahathir dalam mahkamah (photo dan video)

BAGAIKAN mimpi, Tun Mahathir yang kita ketahui sebagai 'musuh ketat' kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, hari ini hadir ke mahkamah memberi sokongan kepada beliau.

Anwar hari ini memfailkan permohonan untuk mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN 2016). Manakala Tun Mahathir hadir ke mahkamah sebagai menunjukkan sokongan terhadap tindakan itu.

Ia dilihat sebagai sokongan moral dan tanda solidariti memandangkan mereka kini senada di dalam menjatuhkan Perdana Menteri, Najib Razak yang terpalit ibu segala skandal 1MDB.

Foto berikut diambil ketika Mahathir bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Azmin Ali sedang menunggu kehadiran Anwar dalam kamar mahkamah.


Berikut pula Anwar dan Tun Mahathir dilihat sempat bersalaman sambil melemparkan senyuman antara satu sama lain.


Teringat ungkapan Anwar satu masa dahulu.

"Saya sudah lama maafkan Mahathir, tapi belum tentu rakyat maafkan kezaliman" — Anwar Ibrahim

Update: Di bawah ini pula video yang sempat dirakamkan


 

Sunday

Anjing menyalak jumpa bayi dalam kotak

Satu lagi kes buang bayi, kali ini bayi dimasukkan dalam sebuah kotak, ditinggalkan dalam sebuah longkang, anjing yang jumpa.


SALAKAN anjing membawa kepada penemuan seorang bayi lelaki masih bertali pusat ditinggalkan oleh individu tidak bertanggung jawab di dalam sebuah kotak.

Selepas membenarkan anjing peliharaannya di kawasan halaman rumah, sekitar jam 11 pagi semalam, seorang remaja berusia 16 tahun mula mengesyaki sesuatu apabila haiwan peliharaannya itu menyalak tanpa henti kepada suatu arah.

Kejadian itu telah membawa kepada penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di sebuah longkang berhampiran, dalam sebuah kotak.

Remaja yang juga seorang pelajar tingkatan empat itu kemudiannya telah menghubungi pihak polis.

Bayi malang itu kini berada dalam jagaan Hospital Selayang.

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kejadian buang bayi ini, diminta melaporkan kepada Balai Polis terdekat, atau menghubungi nombor 0340400781. — Edisirakyat.com, 4 September 2016

Kalau baca daripada laporan berita di atas, bayi ni masih ada tali pusat, dalam kata lain baru sahaja lahir dalam minggu ini.

Hari ini adalah 4 September 2016. Kita sedang berada dalam bulan September, bulan 9. Sembilan bulan yang lalu adalah tahun baru. Ramai muda mudi meraikan malam tahun baru dengan pelbagai cara...

If you know what I mean...