Saturday

Bukti putar belit BN isu Royalti



Kali ini CiLiK© nak ulas serba sedikit tentang putar belit BN berkenaan isu royalti Kelantan. Kenapa liat sangat BN ni nak bagi hak rakyat Kelantan ye? Jawapannya mudah, Korang pun dah sedia maklum, Kelantan negeri di bawah pemerintahan PAS, negeri Kelantan ini dilihat sebagai kubu kuat PAS sejak 20 tahun dahulu. Pelbagai usaha memancing undi rakyat Kelantan dijalankan oleh Kerajaan BN untuk menawan negeri ini tetapi ternyata sia-sia. Kalau bagi lagi royalti tentu sekali Kelantan akan bertambah maju, lagi jahanamlah usaha BN nak tawan Kelantan.

Kalau kita lihat, BN ni memaang tak tahu malu, seboleh-boleh tidak mahu memberikan hak royalti kepada Kelantan tetapi ditukar kepada wang Ehsan, malah wang ehsan juga diuruskan oleh UMNO yang dipengerusikan oleh Awang si Menteri Besar khayalan. Kononnya kalau wang ehsan diberi kepada Kerajaan Negeri bimbang disalah gunakan. Apa kerja BN nih? Sangat menjijikkan, langsung tak tahu malu mangambil hak rakyat, perasan bagus dan kaki putar belit.

Sebelum ini, anggota Parlimen Umno dari Gua Musang yang merupakan bekas pengerusi Petronas Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan, mengikut perjanjian antara Petronas dengan kerajaan negeri Kelantan yang beliau sendiri tandatangani, wang tunai lima peratus dari hasil minyak yang diperolehi dari perairan Kelantan perlu dibayar kepada kerajaan negeri. Perjanjian itu pula tidak menghadkan tiga batu nautika sahaja tetapi seluruh perairan Kelantan.

Ini kerana, mengikut konsep persekutuan, tanpa negeri dimanalah persekutuan dan seluruh laut berdepan dengan sesebuah negeri dikira perairan negeri.

Namun sehingga kini, Umno bertegas tidak mahu berbuat demikian dengan alasan ia perlu dibayar jika petrol itu diambil di atas tanah atau sehingga tiga batu nautika sahaja dari pantai Kelantan. Pun begitu, ia berubah setiap masa. Sebelum ini, tidak ada minyak diperolehi di perairan Kelantan. Kemudian ia berubah dengan ada dan Kelantan akan menerima wang ehsan bukan royalti.

Baiklah hari ini CiLiK© nak bagi bukti menarik tentang putar belit Kerajaan Celaka BN berkaitan isu royalti minyak Kelantan ini. Apa yang berlaku semasa Barisan Nasional memegang Kelantan suatu masa dahulu? Semasa Kelantan di bawah Barisan Nasional mengapa tiada isu 3 batu nautika? lihat keratan akhbar berikut, klik untuk membesarkan image.








CiLiK©: Jelas sekali Kerajaan BN ini memang pembelit, penuh dengan ketidak adilan, rasuah dan sebagainya, Pastikan ini penggal terakhir BN memerintah Malaysia.

13 comments

slay.-
BN2.. ape la nak jd..
xkenyang2 mkn duit haram....
laknat2...

BN selalu tkutkn pmbangkang,
sepatutnya royalti tu dkembalikan kpd yang hak iaitu rakyat kelantan,
bg wang ehsan pn berilah kpd kerajaan negeri yang memerintah,
mereka yang memerintah mereka tahu apa yg perlu dibuat,
semuanya perlu dikembalikan.

wei milosuam! kot yer pun nk sebarkan maklumat jgn ler dk ambik hasil keje owg lain tanpa bagi pghargaan kpd owg tu. kesian kt perisikrakyat berhari2 x tidoq, berminggu2 kehulu kehilir dk cari bahan2 mentah nih. ko senang2 jer tempek ko nyer blog name kt bukti2 tuh. salah wei dari segi moral. hadoi. ni tgk kt abg poji musti sedih giler nih. dia dk susah2 ke hulu ke hilir, ko lak nk dptkn nama. huh. letak ler credit to perisikrakyat. letak link asal sumber artikel nih.


sekadar mengingati.....


~JebatModen~

JebatModen mintak maaf ye utk pengetahuan
awk saya tak ambik article ni dari perisik rakyat...
saya tak tahu pun ada artikle ni kat perisik rakyat...
saya ambil dari forum carigold....
Dan saya tak tahu siapa punye bahan mentah ni....
Yang pasti artikle ini saya tulis sendiri...
Tiada butir2 nama pemilik asal gambar2 ni.....
jangan salah paham ye... kalau betul gambar2 ni perisik rakyat yang punya saya mohon dia hubungi saya sendiri dan serta merta saya akan bg credit....

saya tak menuduh cilik rembat artikel tu. sy cuma cakap ttg bahan mentah tersebut(gmbr2 tersebut).

http://perisik-rakyat.com/2010/03/royalti-minyak-kelantan-hilang-kejap.html

http://perisik-rakyat.com/2010/03/royalti-minyak-kelantan-lawan-fuck-ta.html


emel perisikrakyat: poji2ya@gmail.com


~JebatModen~

Saya dah teliti gambar2 dalam artikel topeng perak, ada perbezaan dgn gambar di sini... mana yg topeng perak punye ade watermark topeng perak, yg bukan die punye die tak letak watermark rasenye... lagipun sy tak ambil dari perisik rakyat, sy dah katakan sy ambil dari forum... jd anda nilailah sendiri... sebelum ni mana2 artikel yg diambil dari sumber2 tertentu sy akan bg credit... dlm hal ni sy tak fikir kena bg credit... harap maklum sy takde niat nak dpt nama dari kesusahan org...
Jadi kes ditutup....(^_^)

ako benci umno-bn..tibe2 aku jdi makin benci bangett..dulu aku mbesar kat kampong..hari2 bace koran berita hairan, metro & kkdg bce utusan..yg aku tau umno lah yg plg bagus..BN la yg bagus..tgk tv..yg baik2 tuh smua umno-bn. yg buruk2 tuh smua yg suke membangkang umno-bn.

kkdg aku bgadoh ngan boypren aku sbb dia penyokong PAS & sgt anti umno-bn..aku plak xsuke nk ambil tau hal politik. pade aku umno la yg okey..

suatu hari aku tdetik ati nak siasat pasal umno-bn..knp ade org yg xpuas ati ngan umno-bn..

makin aku siasat..makin byk penipuan umno-bn yg aku jumpe..boypren aku slalu ingtkan aku, jgn pecaya sgt kt tv & koran utusan,berita hairan dll yg berat sblh tu & kaki putar belit..YUP!..

skrg aku dah xde ati lgi ngan umno-bn..ianya amat menjijikan..
hopefully aku dpt sedarkan pula kawan2 aku yg lain..yg masih menyanjungi umno-bn yg menjijikan tu..especially org2 yg bkn teknologi person kt kmpong aku..yg suke bace utusan, berita hairan, metro..& suke layan tv1,2,3...

-mayang

Mayang, Aida pun dulu mcm tu sebab selalu sgt
baca media perdana, mati2 kena tipu....
bila dah bukak internet, tgk kedua-dua pihak...
Nilai dan kaji, jelas sekali UMNO BN ni
kuat tipu rakyat.... Diorg perasan bagus semua diorang buat
konon betul.... tapi byk bohong....

Malaysia memang telah lama di MALAYAN UNIONkan TAPI bukan dibawah BRITISH TETAPI di bawah UMNO..."Sultan-sultan Melayu masih akan mengekalkan kedudukan masing-masing tetapi dalam bidang kuasa yang sangat terhad, iaitu berkaitan tentang agama Islam dan adat Istiadat orang Melayu sahaja. Sebaliknya pihak British akan terus memerintah melalui sebuah majlis penasihat yang diluluskan oleh gabenor Malayan Union. Kerajaan Malayan Union akan mengambil alih semua aset negeri-negeri Melayu, kecuali aset yang berkaitan dengan agama Islam dan harta peribadi sultan-sultan. Di Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai sultan, Pesuruhjaya Residen akan menjadi ketua pentadbiran. Beliau diberi banyak kuasa dan hanya bertanggungjawab kepada Gabenor. Ini sekaligus menunjukan kedaulatan British di Tanah Melayu. Di mana pihak British bertindak mengawal semua perkara mengenai Tanah Melayu. Dan mereka lebih berkuasa berbanding sebelum pendudukan Jepun."

Aku sakit hati sungguh dengan UMNO kelate terutama Stopa dan Budak Awe ni. Dulu beriya-iya kato x dok minyak bila dapat wang ihsan ambil pulo. Baso muka x malu sungguh. Harap rakyat kelate bilo dia bagi duit tu, tohok balik atas muka. Ingat kita ni peminta sedekah ka.

ni ada bacaan alternatif..lu pikirla sendiri!!!

http://theunspinners.blogspot.com/2010/03/lawyer-kelantan-terengganu-have-no.html

ni baso jnis xse tgk rakyat kelate sene ckit...tp xpe,insyalah.. mungkin kita mnangis sekejap tp mst suko bpanjagan...

Org2 lani dah celik IT.. Org kampung pun dh pandai main2 tikus tu. Yang Haq akan mengatasi yang Batil.. Buat buruk lama2 orang tahu juga..

Si Fakir Hina


EmoticonEmoticon