Monday

Dendam kesumat tahanan ISA


Sedih mengenangkan nasib tahanan ISA yang masih terus berada dalam tahanan walaupun sudah bertahun-tahun lamanya. Hilang keluarga, hilang kerjaya, hilang rakan dan punah segala harapan. Apakah mereka ini masih mengancam keselamatan negara?

( Ini gambar Sudin yang diambil pada awal Subuh 18 April 2002, lapan tahun yang lalu.Bagaimana rupa Sudin sekarang?)

Setiap kali ISA disebut, pasti aku akan teringat pada Samsudin.Apalah yang sedang dibuatnya ketika ini? Bagaimanakah keadaannya?Tidurkah?Sedang baringkah?Apa agaknya yang sedang bersarang di mindanya?

Pada 12 Jun ini, beliau akan genap 8 tahun dikurung tanpa bicara di Kem Tahanan Kamunting. Pekerjaan beliau sebagai pembantu akauntan, sudah lama berakhir. Isterinya....sudah lama diceraikan, atas kehendak wanita itu sendiri (dan dia tidak salah kerana menuntut haknya). Anak-anak semakin membesar dan sudah lama melupakan bapa kandung yang tidak langsung memberi nafkah makanan mahupun kasih sayang sewaktu mereka melalui saat-saat membesar....

Siapakah yang patut dipersalahkan?Sudin atau bekas isteri dan anak-anak?

Baru-baru ini, aku dikejutkan dengan satu berita dari seseorang yang dikatakan agak rapat dengan beliau bahawa Samsudin tidak mahu berjumpa sesiapa pun samada ahli keluarga ,Special Branch ,peguam atau pegawai SUHAKAM kerana beliau telah bersumpah, jika Perdana Menteri yang baru ni tak mahu memohon maaf secara terbuka pada beliau, dia lebih rela mati saja di dalam Kem!!!!

Biar betul ni!!!!Jika betul Sudin ingin bersumpah mengakhiri kehidupannya di Kem, ini akan menjadi satu sejarah baru dalam perjuangan menegakkan hak asasi di Malaysia ini.Pelik juga, dah dikurung lebih 7 tahun, adakah beliau masih lagi menjadi ancaman pada keselamatan rakyat Malaysia?Adakah ini bermakna KDN gagal mentarbiayah Sudin mengikut citarasa kementerian itu?

P/S: Sentiasa berdoa moga Sudin dibebaskan segera dan tidak mati di dalam Kem.Jika dia mati diKem, siapa yang susah?


CiLiK©: diceduk tanpa kebenaran dari Merah Hitam


11 comments

Zalimmmmmmmm

ISA is good...aku sokong 100%.

Biarkan mereka asalkan selebih rakyat 25 juta hidup aman damai..

sedih bila baca artikel ni,aku yg x trlibat dgn saudara sudin ni pon rasa ISA 2 kejm,apatah lg orng yg tribat srcara lgsung..aku doakn agar sdara sudin di lindungi Allah sbb doa orna yg tranaya makbul doanya,persoalan sekarang adakah kerajaan mncipta msuhnya sendri???

ISA bagus?hmm..nmpknya hg dan najib la org kena dok dlm ISA bg rakyat mcm aku ni dan 24 999 998 lagi aman..

ISA is good...aku sokong 100%.?<<
(ni cakap org xtau undang2.penat buat perlembagaan tp xnak ikot.ISA ZALIM sebab x ikot procedure.kau kene paham bahalul.org guna ISA org pengecut.mane hak manusia untuk pertahankan diri. xde kan.)

if kau rasa kau sayang family kau.org lain pun sama.
ar_

Mmg la kata mcm2 kat ISA..tapi bila keganasan kerosakan tu terkena kat family korang boleh ke masa tu baru nak fikir kenapa kerajaan tak ambik langkah pencegahan..salahkan kerajaan jugak balik..

ISA is good...aku sokong 100%

biar dia rs sndr nnt, baru padan muka..

moga bapak ke,adik ke,abgke.mak ke.sedara ko ker,kene ISA atas kesalahan yang tak dibicarakan..orang PAS ramai kene ISA tak payah tunggu salah..wartawan cina yang artikel YB mana tah cakap cina menumpang wartawan plak kene ISA..yang cakap tak kene.tunngula sedara mara ko kene nnt..semoga kene kat yang cakap sokong ISA 100% tu...amin..

Sokong kau pada ISA tu bukan percuma...

Sesiapa yang cenderung hati kepada org yg zalim(ISA zalim) maka dia akan disentuh oleh api neraka. jangan seronok2 konon nk lain dr yang lain. konon sokong ISA. Konon hebatlah , herolah tu....

Tunjukla hero masa disentuh oleh api neraka nanti...kerana cenderung hati kepada kezaliman

Ingat semua ni main2 ke, suka2 je....suruh belajar taknak

Baca kisah ni, betul2 sedih...
Kesian plak bile orang ditahan tanpa dibicarakan...
Betala zalimnye ISA... lebih zalim dari binatang!

Di dalam ISLAM,tahan tanpa bicara adalah dilarang sama sekali. Tidak ada hukum di dalam ISLAM.


EmoticonEmoticon