Tuesday

Kali ni berita harian putar belit




Macam biasalah semua orang dah sedia maklum media putar belit kerajaan Be End nih, mana-mana cerita yang ada kebarangkalian boleh menjejaskan imej Kerajaan Be End pasti akan di 'cover' oleh kedua surat khabar nih Utusan Meloya dengan Berita Hairan.

Kali ni berkenaan isu Beng Hock, korang tengok sendirilah taktik putar belit dua-dua akhbar ni dibandingkan dengan akhbar neutral Malaysiakini yang pada CiLiK© boleh dikatakan neutral kerana kedua-dua pihak samaada kerajaan atau pembangkang dia hentam.

Isu di sini ialah samaada Ahli patologi yang dipanggil sebagai saksi bersetuju ataupun tidak bahawa kemungkinan Beng Hock dicekik sebelum jatuh dari bangunan? Malaysiakini jadikan ini sebagai tajuk besar berita, Utusan menghilangkan tajuk dengan tajuk yg kurang menarik, manakala Berita Hairan pula terus buat tajuk menafikan persetujuan kenyataan Ahli Patologi tersebut. sila lihat screenshot di bawah ini. (Sila klik untuk membesarkan image)






Macam mana nih dua-dua akhbar Malaysiakini dan Utusan tulis Ahli patologi itu bersetuju kemungkinan Beng Hock dicekik tapi Berita Harian pulak twist fakta. Apa kerja diorang nih? Kantol pulak tu....

CiLiK©: Nampak sangat kaki putar belit. Ini baru sikit kita tunggu lagi putar belit yang akan datang.

5 comments

tak payah beli majalah Ujang mahupon Gila-gila

baca paper BH n Utusan pon da kelakar

wakakakakaka

psl royalti tu pon lwk gak, wakakakkkakaka

payung pun dia orang boleh buat superimposed.
apa lagi running text macam ini.
lagi mudah.

panggil detektif conan la.. 1/2 jam dah setel kes.. ngeh ngeh~

aku stop baca berita harian especially bab politik sbb aku kenal sgt writer dia. mmg kaki cium bontot org2 VIP...kutuk org gile babi, pastu angkat diri sndri mcm dia tu perfect sgt, mcm dia tu pandai sangat...no wonder laa senang2 je dpt sponsor/geran dari kerajaan. pastu buat projek konon2 nk tolong org melayu...tp aku tgk, bukan tolong org melayu yg susah...tp tolong org2 yg dh sedia senang...bangsat btul lah...


EmoticonEmoticon