Thursday

UMNO gali kuburnya sendiri



Heboh dengan isu wakil rakyat PKR yang bertukar menjadi ‘Katak’ baik yang melompat masuk ke tong sampah Bebas dan tak kurang yang melompat masuk ke tong taik UMNO (saja je nak buat ayat bagi panas supaya geng UMNGOK tak suka nak baca). Pelbagai ulasan dapat kita dengar dari individu-individu yang mengulas isu ini dari pihak Pakatan Rakyat sendiri mahupun di pihak UMNO dan Be End.

Secara ringkasnya di pihak Pakatan Rakyat, mereka menyifatkan isu Katak jadian ini sebagai proses pembersihan dalaman PKR yang khusus serta Pakatan Rakyat secara amnya. Sementara itu di pihak UMNO mereka mengulas bahawa isu Katak jadian ini tidak bermakna UMNO semakin kuat dan mereka dinasihatkan agar jangan terlalu gembira. Ya betul, ulasan dari pihak Pakatan Rakyat ada kebenarannya manakala ulasan dari pihak UMNO sangatlah benar. Mengapa CiLiK© kata begitu?


Sedar ataupun tidak sebenarnya isu yang dicetuskan oleh UMNO serta penjelmaan katak jadian ini secara di luar sedar memberi padah yang buruk kepada UMNO dan Be End secara amnya. Ibarat UMNO sedang menggali satu lubang besar yang mana mereka akan ditendang masuk ke dalam lubang itu apabila sampai masanya untuk dikambus menjadi pusara UMNO. Atau ringkasnya seperti pada tajuk di atas, “UMNO menggali lubang lubang kuburnya sendiri”.

Mungkin teori ini sekadar spekulasi CiLiK© namun anda nilailah sendiri kebenarannya. Selama ini UMNO tidak henti-henti memainkan isu kononnya DAP menindas orang Melayu, DAP ingin menghalau orang Melayu dan pelbagai lagi isu perkauman untuk menambah kebencian orang-orang Melayu kepada Pakatan Rakyat. Begitu juga dengan isu kalimah Allah yang sengaja ditimbulkan untuk mengelirukan rakyat. Sekiranya UMNO tidak berniat jahat isu sensitif ini sepatutnya diselesaikan secara dalaman bagi memelihara kestabilan masyarakat. Tetapi perkara sebaliknya berlaku, mereka memilih untuk ‘pukul canang’ supaya rakyat benci kepada Pakatan Rakyat.

UMNO perlu ingat tidak semua penyokong Pakatan Rakyat yang sedia ada akan terpedaya dengan isu perkauman dan isu agama yang ditimbulkan oleh UMNO. Golongan yang berubah haluan dari menyokong UMNO kepada menyokong Pakatan Rakyat telah melalui perubahan yang sukar, dan sudah tentu mereka tidak mudah terpedaya dengan dakyah UMNO. Malahan strategi UMNO memainkan isu perkauman menjadikan Be End akan terus ditentang oleh kaum cina dan India.

Isu penindasan Melayu dan isu kalimah Allah yang dimainkan oleh UMNO akan menjadi lubang kubur yang luas untuk Be End. Golongan cina dan India pastinya akan menentang konsep ‘ketuanan Melayu’ dan isu ‘kalimah Allah’ yang dicanangkan oleh UMNO untuk melobi politik sempit mereka. Kaum cina dilihat tiada lagi tempat mengadu. Ke mana mereka harus pergi? Nak harap MCA? Sudah tentu tidak, masaalah dalaman MCA semakin meruncing lebih-lebih lagi dengan perletakan jawatan oleh pelakon lucah paling hot di dalam parti tersebut bersama 7 lagi ahli jawatan kuasa tertinggi MCA hari ini. Pilihan yang ada kini hanyalah DAP yang dilihat konsisten membela nasib kaum cina.

Begitu juga dengan kaum india, isu dalaman MIC akan menghalakan penyokong-penyokong india kepada Keadilan kerana MIC dilihat tidak lagi konsisten membela nasib kaum India lebih-lebih lagi berkenaan isu Hindraf yang lalu. Asakan demi asakan yang dilakukan lebih kepada PKR manakala PAS dilihat sebagai ‘clean’ kerana tumpuan media UMNO lebih kepada menghancurkan PKR. Jadi sebilangan besar orang Melayu Islam akan terus menyokong PAS lebih-lebih lagi penyokong setia PAS.

Cubaan UMNO meraih sokongan Melayu dengan menggadaikan sokongan bukan Melayu merupakan satu percaturan yang sangat berisiko. Katak-katak PKR tidak memberi kesan kepada penyokong bukan Melayu lebih-lebih lagi Katak-katak ini keluar melompat dengan alasan-alasan perkauman dan agama yang lebih berkaitan kepada Melayu dan Islam. Mungkin hanya sedikit sokongan Melayu atas pagar yang mungkin Berjaya diraih. Selamat berkubur pada PRU 13 wahai UMNGOK insya Allah.....


CiLiK©: Tak sabar nak tukar kerajaan. Mudah-mudahan Insya Allah.

11 comments

same2 la kite doakan kejatuhan umngok..amin...

"UMNO perlu ingat tidak semua penyokong Pakatan Rakyat yang sedia ada akan terpedaya dengan isu perkauman dan isu agama yang ditimbulkan oleh UMNO. Golongan yang berubah haluan dari menyokong UMNO kepada menyokong Pakatan Rakyat telah melalui perubahan yang sukar, dan sudah tentu mereka tidak mudah terpedaya dengan dakyah UMNO. Malahan strategi UMNO memainkan isu perkauman menjadikan Be End akan terus ditentang oleh kaum cina dan India."

perenggan ini menjustifikasikan sokongan pengundi tegar kepada PR. BN boleh berkata apa saja tapi selagi mereka gentar untuk berpilihanraya selagi itulah menunjukkan mereka tak mampu memenangi hati rakyat sebenar.

buat masa ini, apa yang mereka boleh lakukan hanyalah kempen, kempen dan kempen saja. seb baik ada bantuan media perdana di pihak mereka.

takziah buat umno.

Yang pasti sekali kaum lain ketawakan melayu... itu yg amat pasti dan jelas sekali, cuba pikir dah berapa lama melayu sesama melayu berbalah bertikam lidah, kalau sesama melayu masing2 tunjuk hebat ganas, cuba buktikan bahawa melayu tidak lemah..Kamu semua sedar lah wahai melayu sekalian! jangan tunggu bumi melayu bertuankan kaum lain! POK AMAI-AMAI BELALANG KUPU2 TEPUK BIAR RAMAI MALAM KARANG MA UPAH SUSU....... hanya tahu mahu upah dan meminta2. sekian!

usah pikir melayu shj..kaum tidak ke mana...agama y penting...siapa y membela agama kita di Malaysia ini..sedih melihat keadaan skrg...

Yang pasti sekali kaum lain ketawakan melayu... itu yg amat pasti dan jelas sekali, cuba pikir dah berapa lama melayu sesama melayu berbalah bertikam lidah, kalau sesama melayu masing2 tunjuk hebat ganas, cuba buktikan bahawa melayu tidak lemah..Kamu semua sedar lah wahai melayu sekalian! jangan tunggu bumi melayu bertuankan kaum lain! POK AMAI-AMAI BELALANG KUPU2 TEPUK BIAR RAMAI MALAM KARANG MA UPAH SUSU....... hanya tahu mahu upah dan meminta2. sekian!

_________________________________________________________

KOMEN JAKA :

Anda sangat perihatin dengan bangsa lain ketawakan melayu. Yang banyak buat lawak ialah melayu umno. Itu sebab kita naishatkan mereka berubah tetapi dasar pekak tidak mahu berubah.

Melayu dalam PR dihormati oleh bangsa lain. Mereka ada wibaa itu sebab jadi pembangkang. Kalau mereka tidak berniat luhur, akhirnya pasti lompat katak juga untuk jadi bebas da nakhirnya masuk umno.

Anda tidak perihatin bagaimana agama dihina sekian lama oleh umno. Bukan saja bangsa lain ketawakan kerana menghina agama sendiri tetapi Allah murka. Ini yang kita takut.

Sebelum mengeluh melayu pecah belah dan tidak bersatu, adakah anda sedar bahawa melayu umno lah yang paling tidak pernah bersatu sesama mereka. Dari dulu hingga sekarang. Malah berbunuh sesama mereka.

Macamana nak satukan melayu kalau umno pun tidak pernah bersatu. Jangan cakap lagi bab melayu bersatu. Bersatu hanya boleh menjadi realiti dengan asas akidah.

"Berpegang teguhlah dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah belah......"

Kalau tali Allah bukan asas pegangan, maka gerenti pecah belah. Gerenti punya. Itu ayat Quran. Melayu akan hidup kalau tali Allah dipegang tetapi Melayu hancur(dengan sebab umno)walaupun dilaungkan gegak gempita slogan Hiduuuup Melayuuuuuuuuuuu dari dulu kini dan selamanya.

Tolong sampaikan pesanan formula bersatu ini kepada pemimpin anda dan hentikan mengeluh melayu tidak bersati kala uniat hati kecil anda sebenarnya untuk 'menakut2kan orang melayu supaya sokong umno dan menolak PR konon akan mengadai negara ini kepada bukan melayu'.

Sila jawab siapa yang gadaikan Singapura tanpa tumpah darah? Bagaimana Pulau Batu Putih boleh terlepas dari tgn kita? Siapa memerintah PPinang sebelum DAP? Mengapa ekuiti 30% DEB tidak pernah tercapai?

Betul tak?

kenapa kita bangsa melayu bodoh ye. kerana parti sanggup membuat dosa dengan mengutuk satu sama lain. tidak kah anda sedar bahawa setiap pemimpin mempunyai angenda sendiri. para pemimpi mewah manakala kita yg bermatian membela meraka menderita. mari semua kita buka mata lihat ape yg jadi kt thailand? adakah anda mahu jadikan malaysia begitu jgk? fikir2 ka lah.

kalau pkr gabung dgn pas oklah sikit, tapi DAP owh aku fikir dua kali sebab aku faham sejarah dan bagaimana tingkah laku parti DAP nie..

korang cuba perhatikan lambang umno kat batu nisan tue, perhatikan baik2 huruf jawi 'wau' paling atas yg bercantum dengan 'wau' di sebelahnya, kelihatan seperti dua ekor ular berlainan kepala dan bercantum pada bahagian ekor, kita tak pernah jumpa huruf jawi begitu dlm mana2 surah al - quraan/muqadam, ini adalah simbol syaitan masonic dan takde kena mengena dengan seni islam!

YUP BETUL, LAMBANG KEPALA ULAR MASONICPUN ADA, LAMBANG SEEKOR KEPALA KATAK DARI DEPAN PUN ADA

BAHAYA UMNO NIH

buat la blog yg bleh menyatukan bangsa kita bro....
bkn nak memecah kn bangsa kite....
bangsa lain seronok tgk bangsa kita brpecah...
ape bende la korang ni.... keje nak jatuhkn org je....

aq stuju kate kw ,,
ta ley kew kitw bersatu rakyat malaysia ,,
same2 bgun an negare nyhh,,
otak mundur law nak salah an owg jew,,
tak paham aq


EmoticonEmoticon