Thursday

Video Fitnah Si Editor Penipu


Baru-baru ini berlaku perang video antara Anwar dan lawan politik beliau, Anwar dengan VCD Fatwa dari Yusuf Qaradhawi, manakala musuh politik beliau mengedarkan video yang menunjukkan kononnya Anwar bersandiwara semasa di Penjara Sungai Buluh.

Video berjudul 'Sandiwara Anwar sebab-sebab MP PKR keluar parti, tengok sampai habis' itu dipercayai dirakamkan ketika Anwar mengadu dia mengalami sakit belakang dan sakit tengkuk.

Video itu menunjukkan Anwar dalam kesakitan ketika dibenarkan keluar menziarahi upacara pengebumian keluarganya.

Bagaimanapun, gambar di penjara pula menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu kelihatan sihat dan boleh berdiri dengan mudah.

Anda boleh lihat video tersebut di sini, sila klik untuk memainkan video berikut.



Baiklah sebelum itu mari kita belajar serba sedikit tentang sakit belakang yang dihidapi oleh Anwar Ibrahim. Anwar menghidap "Slipped Disk" sakit berkaitan tulang belakang. Penyakit ini berkaitan dengan cakera diska pada tulang belakang yang telah pecah.

“Keadaan ini menyebabkan pesakit berasa tidak selesa dan kesakitan pada bahagian berkenaan sekali gus menyebabkan mereka sukar menjalankan aktiviti harian'.

“Lazimnya, selepas disahkan diska menekan urat saraf, pesakit akan menjalani rawatan peringkat awal, iaitu rawatan konservatif. Pesakit akan dinasihatkan agar lebih banyak berehat, tidak melakukan kerja-kerja berat termasuk mengangkat barang,’’

Bagaimanapun, jika tidak ada sebarang perubahan selepas tempoh itu, doktor akan menasihatkan agar pesakit menjalani pembedahan discectomy.

“Melalui pembedahan ini, doktor akan mengeluarkan sedikit diska yang pecah supaya tekanan ke atas saraf dapat dikurangkan.

“Biasanya, selepas pembedahan, pesakit akan pulih dalam tempoh kira-kira dua minggu hingga satu bulan. Mereka juga berasa lebih selesa berbanding sebelumnya,’’

Bagaimanapun, pesakit dinasihatkan supaya bersenam dan tidak melakukan aktiviti bagi mengelakkan masalah sama berulang.

Sumber informasi slipped disk:
http://intim.wordpress.com/2008/03/04/jatuh-terduduk-punca-slip-disc/


Apa yang ingin CiLiK© tegaskan di sini, video ini adalah video yang telah diedit dan diputar belitkan untuk menghasilkan fitnah kepada DSAI. Kita dapat lihat dengan jelas bahawa si editor video ini memang sengaja menimbulkan fitnah kerana keraguan pada tarikh video-video cantuman ini.

Sekali imbas video ini seolah-olah menggambarkan Anwar terus menjadi sihat sebaik sahaja jauh dari pandangan penyokong-penyokongnya. Lihat baik-baik antara dua babak ini, iaitu sewaktu di tanah perkuburan dan sewaktu Anwar dilihat berjalan di dalam penjara.


4 April 2001 Anwar semasa di tanah perkuburan



3 Mei 2001 Anwar semasa dilihat berjalan di dalam penjara


Dari pemerhatian tentang tarikh di atas, selang masa antara dua babak tersebut ialah 4 April 2001 sehingga 3 Mei 2001 iaitu sebulan. Tiga puluh hari atau sebulan bukan masa yang sekejap, tak mustahil Anwar beransur sembuh dan boleh berjalan sedikit demi sedikit. Anwar bukan menghidap lumpuh, tetapi "slipped disk" Ada ke mana-mana doktor yang memberitahu bahawa penghidap "Slipped disk" tidak boleh berjalan atau mesti duduk di kerusi roda selama-lamanya? Selepas sebulan dan bebas dari saat kritikalnya Anwar beransur pulih dan boleh berjalan. Mana yang tipunya?

Sudahlah zombie-zombie UMNGOK, carilah modal lain yang lebih bijak! Menipu depan mata budak tadika pun tak percaya.




CiLiK©: Sampai ke dalam penjara pun UMNGOK pasang spy. Satu bukti bahawa pihak penjara menjadi agen UMNGOK dan Be End.

23 comments

TAHNIAH TUAN BLOGGER!!!

SATU ARTIKEL YANG BERNAS LAGI MENARIK.

SEMOGA ALLAH SWT MERAHMATI SEGALA USAHA2 TUAN.

AMIN...

pas nie diorang wat video baru plak...masalahnyer pandai ke tidak diorang nak edit tarikh tuh nanti...hahahahaha

BETUL 2..TARIKH ANTARA 2 VIDEO 2 SEBULAN LAMANYE..MMG LAH DAPAT SEMBUH WALAUPON ADA NAMPAK CKIT2 LAGI SAKIT DIA..SEBULAN LAMA 2..KUAT MENIPU BETULLAH ORG BN NI...KO MMG BAGUS LAH BAB NI CILIK..

ni namanya sandiwara desperado UMNGOK..

Skrip utk narator pun dibuat begitu kelam kabut...cara penyampaian pun tak ikhlas...ternyata dibuat2...betul2 amator punya keje...

Tuan empunya blog, ni saye nk tambah lagi...slipped disc yg dihidapi DSAI itu bukanlah case yg severe...ia hanyalah case minor yg mane ia tidak melibatkan kecederaan saraf yg kritikal. Untuk case yg minor begini, rawatan yg diperlukan boleh dilakukan dari rumah, memadai dgn menggunakan cold pack atau hot pack serta beberapa ubat-ubatan, di samping melakukan senaman atau secara stretching berperingkat...tempoh sebulan adalah cukup memadai utk memulihkan pesakit slipped disc yg ringan.

Bab pakai pendakap leher tu, siapa kata x boleh pakai sendiri ek? sempit btul kepala otak2 pencacai buta nih....

ehh sura GOMO dalam video tu aku kenai.... suara bapok mamak

suara GOMO atau PARPUKARI MAMAK?

suara gomo atau suara parpukari mamak

cam da xde idea lain je nak buat?? iskisk...kalo da dasar umngok, tetap umngok la!!! bodo Nk MampoSSSSS!!

-Cyrus-

tak pa la nie dah sihat giler...

jangan la hanya 2 babak sahaja yang dilihat.. di antara dua babak tu ada babak lain yang menujukkan tarikh selepas 4.4.2001 dan sebelum 3.5.2001 yang masih menujukkan guna wheelchair lagi..

"kita perlu ikut pemimpin yang menyeru ke arah kebaikan"
jangan ikut membuta tuli je

kalau tak silap babak 3.5.2001 nampak macam wad private kat Hospital University Kebangsaan Malaysia je... bukannya kat Penjara Sungai Buloh.. check la dulu.. jangan pakai hentam je.. macam mana banduan lain pi hospital biasa dan Anwar boleh dok kat hospital mahal...

Aku rasa kerajaan sengaja kasi DSAI keistemewaan dalam penjara dan Hospital. Kasi keistemewaan sbb akan dtg leh buat video camni untuk jatuhkannya. Biasa la, kaki fitnah BN ni. Hik2

da terdesak sgt la ni...

baik tgk video kamen rider...

lg best de aksi2...

hehehe... aku ada ramai kawandalam penjara.. aku tahu anwar tu camner kat dalam penjara. hehehe.. rakan rakan aku ada maklumat tentang anwar ketika dalam penjara. rata-rata staf penjara menyampah dengan anwar ni. cuma diorang tak boleh dedahkan pada umum. tak payah tanya staf. tanya banduan dalam penjara pon tahu perangai anwar nih... hehehe.. geli hati aku kalau ada orang kater anwar ni baik... hehehe...

hehe, ramai org dalam hospital benci anwar, sbb tu standby video ni untuk aibkannya. sape yang atas staff tu, hehe dia la perpetrator. hehe, tau sangat perangai gerombalan umngok ni. hehehe..

oh, sama gak ngan dalam penjara skali! pe dah, gila standby video utk aibkan Anwar. Dah terdesak sgt ke Umngok ni? Wakakak

This comment has been removed by the author.

puak2 umngok ni kalu da bebal tu bebal je la

kenapa tk ada video sebelum dan sesudah tutttttttt saiful tu ek? nak gak tgk perbezaan sebelum dan slps kena sondol. sebab setahu saya sehari selepas dia dakwa kena sondol dr belakang tu, dia ada kt mesyuarat yg dipengerusikan oleh anwar. biasa jer jalan, tk kengkang pun. sembang2 lagi dgn kami. ermmmm dunia akhir zaman ni fitnah mendapat kepercayaan manusia. kebenaran di tolak.

kalau betul pun berlaku liwat mesti suka sama suka sbb saiful happy mcm biasa je ari tu. tiba2 je timbul cite dlm berita. mungkin dia terdesak nk pakai duit ler tu. pinjam ngn kawan2 pun tk dpt.

Hafszach : Buat Milo Suam, Tolong paparkan tulisan aku ni supaya masyarakat tidak keliru tentang Anwar Ibrahim yg sedang hangat diaibkan oleh media masa kononnya memgunakan nama yang di-Pertuan Agong dalam kes 29 sept.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan sebarang siasatan berhubung dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan ketua pembangkang itu sebagai Perdana Menteri sekiranya rancangan "16 September" menjadi kenyataan. - Malaysiakini.com

Hafszach :

Persoalannya di sini, perlukah Anwar Ibrahim disiasat berhubung kes 29 sept kerana membabitkan nama Yang di-Pertuan Agung... ??

Bagi aku tak perlu kerana Anwar mengikut prosedure yang betul dan sah dari segi undang2 dan Perlembagaan Negara.. ( sila semak Perlembagaan Negara ).

" Sesiapa yg mendapat sokongan majoriti maka dia berhak menjadi PM tanpa mengira bangsa dan agama. "

Cuba kita imbau kembali kes peralihan kuasa di perak bila mana2 ekoq ahli PKR dan se ekoq ahli DAP keluar parti dan menjadi Ahli Parlimen Bebas serta menyokong BN ( walaupun kesemua mereka bukan menjadi Ahli Parlimen BN- hanya menyokong BN ). Pada ketika itu apa yg Najib buat..?? pagi2 buta najib dah pi jumpa sultan perak utk BN mengambil-alih kuasa negeri Perak..walaupun yg lompat tu bukan menjadi ahli Parlimen BN cuma Ahli Parliment Bebas.. dan Najib telah menyediakan ribuan Polis dan FRU utk berkawal takut rusuhan berlaku..

Begitu juga halnya dgn Anwar sebelum Ahli BN melompat parti pada 29 sept maka beliau awal2 lagi memberitahu ke bawah duli Seri paduka Baginda yang di-Pertuan Agong tentang perkara tersebut. Anwar mendakwa bahawa Panglima Angkatan tentera akan menyokong beliau juga adalah benar kerana jikalau sekiranya 29 sept tersebut menjadi kenyataan maka sudah tentu Agong akan mengarahkan Angkatan tentera menjaga keselamatan negara kerana dikhuatiri akan berlaku perkara2 yg tidak diingini kerana tentera berada dibawah bidang kuasa Agong- so apa yg peliknya..

Anwar keluar Parliment ketika kes ini dibangkitkan sebenarnya bukan kerana takut atau rasa bersalah tetapi kerana tidak mahu nama yg dipertuan Agong dipermain2kan oleh Ahli Parlimen UMNO dgn cara yg biadap di dalam dewan parliment.. so langkah Anwar itu adalah suatu langkah yg terpuji.. demi menjaga maruah serta nama baik ke bawah duli Tuanku..

Kerana sejarah telah membuktikan bahawa pada tahun 1992 demi kuasa politik, UMNO telah dengan biadapnya mencerca dan memaki hamun Raja2 melayu termasuk yang di-Pertuan Agong di dalam dewan Parlimen dgn tujuan untuk membatalkan kekebalan serta kuasa raja2 melayu termasuklah kekebalan Yang di-Pertuan Agong itu sendiri.. Aku ada handsad Parliment pada tahun tersebut..
Tunggu pilihanraya yg ke-13 kesemua rakaman perhimpunan agong UMNO pada tahun tersebut yg mencerca Raja2 Melayu akan beredar dalam pasaran..


Lebih pelik lagi bila bekas Panglima Angkatan tentera menyatakan bahawa beliau tidak tahu menahu tentang hal tersebut dan tidak pernah bersetuju dgn Anwar Ibrahim tentang Peralihan kuasa tersebut.. huhu benda 29 sept tak berlaku kalau berlaku sudah tentu dia akan dapat arahan dari Agong supaya bersiap sedia.. apa punya karatlah... !!!


So.. Rakyat khususnya org melayu kena faham tentang Perlembagaan Negara kalau tak kita akan diperbodohkan oleh BN selama2nya

Jgn risau...lps ni barua umno akan edit video lain plak padamkn tarikh n masa guna software yg terhebat di dunia ini...barua umno sgt hebat dlm pengeditan audio video utk fitnah org nih...barua umno telah blaja dr ksilapan...so anwar spatutnya kenala tuntut royalti atas film2 ni n akan dtg nnti...kpd rkyat mlysia smua...jgn lupa dptkan yg original dr internet...


EmoticonEmoticon