Friday

Aminulrashid, putar belit Utusan Malaysia




Nampaknya Laporan Utusan Merapu tentang kisah adik Aminulrashid yang ditembak di kepala oleh Polis jelas sekali bercanggah dengan Laporan Polis yang dibuat oleh saksi utama kes iaitu sahabat adik Aminulrashid yang berada berada di dalam kereta di saat Allahyarham rebah di atas pangkuannya sejurus selepas ditembak di belakang kepalanya. Anda baca dan nilai sendiri klik untuk membesarkan image berikut.





CiLiK©: Apa sebenarnya yang berlaku? Bila lebih dari satu keterangan berbeza jelas sekali terdapat pembohongan. Siapa yang berbohong? Dari mana datangnya parang panjang? Kereta itu milik kakak adik Aminulrasyid mungkin parang panjang itu kepunyaannya. Tetapi bagaimana jika Kakaknya tidak mempunyai parang di dalam kereta itu? Parang itu kepunyaan siapa? Adik Aminulrashid cuba merempuh Polis atau tidak?

16 comments

polis tak mak siasat kakaknye pasal parang tu??(cabai)

kita tunggu dan lihat....

kalau polis betul p la siasat kakak dan abang ipar dia...
apa cerita????
-black-

dalam kes ni nmpak seperti polis salah tanggapan, berprasangka buruk dan bertindak diatas situasi terhadap arwah (al-fatihah). polis menjalankan tugas iaitu bertindak diatas situasi oleh kerana tindakan arwah (al-fatihah) yg tersangat mencurigakan dan membahayakan keselamatan awam.

Bg saya punca hanya satu iaitu keberkesanan institusi kekeluargaan dan berkait rapat dengan model ekonomi bercorak barat. da menjadi satu lumrah bdk2 muda sekarang terlalu bebas dan manja. Kenape mereka anak2 muda terlalu bebas.? Ini terjadi kerana masa 8 jam bekerja tidak dapat menanggung kos sara hidup lagikan hidup selesa. Sekurang-kurangnya kerja mmerlukn 14 jam atau lebih baru boleh menampung kos sara hidup dari segenap aspek. Cukup ke masa yang selebihnye utk rehat dan mengambil berat sedalamnye karenah anak-anak? Malangnye tidak cukup. dan logik jika ibubapa / penjaga tidak terlalu mengambil berat soal tahap pergaulan / sosial anak-anak mereka. pada mereka janji pandangan mata kasar mereka semua elok2 sahaje spt. tangungan makan minum, duit poket, tmpat berlindung mencukupi sudahlah

Oleh kerana itu kita tidak boleh sesekali menyalahkan penjaga mereka. ini semua terjadi kerana kita hidup didalam alam moden milinium yang serba materialstik. mmg hampir2 nilai murni manusia masakini hilang dek kerana terlalu ghairah dalam mengejar status hidup yang lebih selesa. ini sudah menjadi satu kewajipan bagi ibu/bapa penjaga mendapatkan keselesaan bagi anak-anak mereka. kerna zaman kini semua memerlukan amaun simpanan utk masa depan anak-anak dan diri sendiri…

Sebenarnya semua terjadi kerana masyarakat kita tidak betul-betul memainkan peranan sebagai khalifah. Dengan mengikut jenis ekonomi yang bergantung pada nilai sehelai kertas. Kelakarlah kita sanggup memperbodohkan diri oleh kerana nilai yang ditentukan orang lain.

Salahkan jika dapat menstruktur semula corak pendapatan dan pembahagian nilai suai dengan peranan? Terlalu dalam, sepatutnya model ekonomi kita sepatutnya tidak perlu ekslusif..

Kita rizabkan harta sesebuah Negara keatas setiap warga yang lahir mengikut nisbah tertentu. Seronok tak kalau kita tak perlu buat apa-apa untuk memperolehi pendapatan? Sudah tentu kita ada masa untuk mengasuh dan menerap nilai-nilai murni kekeluargaan… kita kentalkan system barter (pertukaran) untuk menambah nilai seseorang dalam masyarakat. Kita darjahkan mereka yang bersungguh menjadi peranan penting masyarakat. Wajibkan dan bahagikan peranan setiap mesyarakat dengan peranan masing-masing mengikut kebolehan. Kerana peranan berikutlah yang mengesahkan anda warga Negara dan mengesahkan anda sebagai rakan kongsi rizab. Tetapkan nilai setiap material ekonomi dengan kadar tenaga dan masa. Dan akhirnya jenayah sifar saya pasti dapat dijaminkan.

Kalau tertembak ckp tertembak...salah mengaku je laaaa...dh la membunuh...ada lak tali barut cam utusan reka-reka cerita..semoga Allah s.w.t melaknat mereka!!!!!

-Ejat-

UTUSAN MALAYSIA= Akhbar Anti Rakyat. Pro kezaliman & penindasan. BOIKOT!!!!!!!!!.

CUBA KORANG TENGOK DAN BANDINGKAN APA TINDAK TANDUK POLIS ZIONIS DGN POLIS MALAYSIA!..TOLONG ROBOH, RAMPAS TANAH, TEMBAK ORG TANPA BUKTI KESALAHAN, CULIK SUMBAT DLM PENJARA DAN SALAH GUNA KUASA SERTA BANYAK LAGI AKTIVITI JENAYAH POLIS MSIA BERSAMAAN SIFAT2 POLIS ZIONIS!!!

APA NAK HERAN PERISIK2 ZIONIS MASUK BUKIT AMAN SEBAB SAMA2 JABATAN ZIONIS SEDUNIA JUGAK!!

DUDI COHEN IGP ZIONIS BEST FREND MUSA HASAN IGP ZIONIS 1MSIA !!

SALAM 1MALAYSIA ELOK MATI JER..HIDUP NYUSAHKAN ORANG..DAN JANGAN NAK SALAHKAN POLIS...TAKDER POLIS MASYARAKAT TAKKAN HIDUP AMAN DAMAI.POLIS PENYELAMAT RAKYAT SELURUH NEGARA.SEPATUTNYA KITA BERTERIMA KASIH PADA POLIS,BUKAN CAARI SALAH POLIS.

Anonymous | May 1, 2010 10:29 AM
SALAM 1MALAYSIA ELOK MATI JER..HIDUP NYUSAHKAN ORANG..DAN JANGAN NAK SALAHKAN POLIS...TAKDER POLIS MASYARAKAT TAKKAN HIDUP AMAN DAMAI.POLIS PENYELAMAT RAKYAT SELURUH NEGARA.SEPATUTNYA KITA BERTERIMA KASIH PADA POLIS,BUKAN CAARI SALAH POLIS.

sy tidak memihak kepada sesiapa, tindakan simati menunjukan beliau tidak bertanggung jawab, dh gesel kereta orang patut berhenti la.. minta maaf.. ni lari la pulak.

budak-budak.... kalau dah panik, dah tak boleh fikir cara waras.
1. Panik sebab tu bukan kereta dia.
2. Panik sebab nak ambik kat mana duit nak bayar ganti rugi.
3. Panik takut mak bapak marah.
4. Panik sebab tak de lesen.
5. Panik takut kene pukul dengan orang yang dia bergesel kereta tu.
5.... dan macam -macam lagi panik yang lain.

Orang dewasa pun macam tu jugak.

Bukan shj di msia berlaku penyalahgunaan mediastream bahkan seluruh dunia, kebanyakkan mediastream di kawal oleh sekelompok individu yg berpengaruh dlm struktur pentadbiran kerajaan tak kira sekular,komunis atau demokrasi

Pernah dengar "MIND CONTROL PROGRAMME" iaitu program yg dibangunkan dari projek sulit paperclip, di mana saintis2 dari parti nazi german waktu itu diseludup ke america utk merangka bom nuklear bersama2 saintis america, di samping itu terdapat satu lagi programme iaitu MIND CONTROL senjata paling merbahaya dari bom nuklear itu sendiri, dengan menggunakan programme ini mereka telah berjaya menguasai cara dan corak pemikiran masyarakat sesebuah negara tanpa disedari dan sebagai contoh penguasaan media2 stream.

ko byk sgt baca mastika ni....mind control la....nazi la...

kenape lah arwah keluar umah dah lewat mlm, mana mak ayah dier? tak melarang ke? bdk2 dok umah je masa tu, dah tdo, maner leh pi keluar lewat mlm. Pengajaran tu.

name pon pembangkang
bile kasi nasihat, mmg la diorg membangkang

standard la tgk bola kn..mesti ade sampai 2 3 pg.sape2 ckp bdk nie salah mmg xde otak.da kn budak,kne kejar ngan motor 2 3 bijik mesti la takot.pastu lak c polis pki keta power2 tp x leh nk potong iswara??lol.

tak pe la..tgk la nanti hukum akhirat..sape yg bersalah, sape yg x bersalah..mungkin polis mng kes ni..


EmoticonEmoticon