Tuesday

Noh Omar pulak buat lawak bodoh!


Eksklusif: Si Noh Omar Memperbodohkan Dirinya Sendiri Bila Menuduh Mafrel Tidak Bebas Kerana Menegur UMNO BN Mulakan Rasuah Pilihanraya

Gara-gara takut pada bayang-bayang sendiri, tiba-tiba semalam Menteri UMNO yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor iaitu Si Noh Omar (foto), mencabar Badan Pemantau Pilihan Raya (Mafrel) supaya menyiasat dakwaan MB Selangor membuka pejabat sebagai bilik gerakan di Pejabat Daerah Hulu Selangor menjelang pilihanraya kecil kawasan itu 25 April ini. Tindakan Noh itu bagi mempertikaikan tindakan Mafrel yang membuat sidang media kononnya UMNO Barisan Nasional telah mula berkempen dan melanggar peraturan yang ditetapkan oleh SPR sebelum ini. Dalam pada itu kelmarin, Pengerusi Mafrel Syed Ibrahim Syed Noh mendakwa, BN melanggar Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2006) yang menyebut seseorang didapati bersalah jika melakukan sogokan sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung Badan bebas itu mendakwa BN telah melanggar peraturan pilihan raya kerana meluluskan pelbagai projek perumahan dan sekolah bagaimanapun pada masa yang sama Pakatan Rakyat (PR) turut mengagihkan bantuan kepada penduduk Hulu Selangor. Noh Omar bagaimana pun menyangkal dakwaan itu dan menuduh Mafrel bersikap berat sebelah kerana hanya menghentam BN dengan dakwaan yang tidak berasas. “Sepatutnya Mafrel menegur kedua-dua sekali, bukan hanya BN, kerana dalam laporan akhbar yang sama, Menteri Besar turut mengagihkan geran tanah kepada penduduk, kenapa perkara ini tidak ditegur sekali? “Di mana kredibiliti badan pemantau bebas mereka? Jadi untuk apa menteri besar mahu tubuhkan pejabat di Hulu Selangor? Saya cabar Mafrel siasat dakwaan ini,” katanya.

Terkadang kita rasa hairan dengan tindakan Menteri UMNO ini. Beliau seboleh-bolehnya ingin juga menegakkan benang yang basah dengan mengatakan limpahan projek yang ditawarkan kepada rakyat di Hulu Selangor sudah pun dijanjikan sebelum ini, cuma pengagihannya dilakukan sekarang dan ia tiada kaitan langsung dengan pilihanraya kecil yang bakal berlangsung. Kenyataan Noh ini jelas sekali membuktikan betapa "dungu dan dangkalnya" pemimpin UMNO itu sebenarnya. Beliau masih mahu "menegakkan benang yang basah" dan cuba untuk memperbodohkan rakyat. Malah, tindakan beliau mengatakan Mafrel berat sebelah adalah amat malang sama sekali. Apatah lagi Mafrel itu sendiri dilantik oleh kerajaan untuk memantau pilihanraya di negara ini. Makanya, beliau sepatutnya menerima segala teguran dengan hati terbuka dan bukan menuduh badan bebas itu berat sebelah. Mafrel sebelum ini juga mendakwa, BN melanggar Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2006) yang menyebut seseorang didapati bersalah jika melakukan sogokan sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung Badan bebas itu mendakwa BN telah melanggar peraturan pilihan raya kerana meluluskan pelbagai projek perumahan dan sekolah bagaimanapun pada masa yang sama Pakatan Rakyat (PR) turut mengagihkan bantuan kepada penduduk Hulu Selangor.

Melenting dengan kenyataan Syed Ibrahim Syed Noh (foto) itu, maka Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula peranan badan tersebut kerana menyifatkan Mafrel tidak layak menjadi pemantau bebas pilihan raya. Jelasnya, tindakan Mafrel menuduh BN melanggar peraturan pilihan raya telah membuktikan badan tersebut bersikap berat sebelah dan jika benar dakwaan tersebut, Mafrel haruslah membuat laporan polis dan bukannya kepada SPR. “Salah atau tidak kalau saya sebagai Menteri Pertanian memberi sumbangan kepada penduduk? Adakah semua majlis sumbangan kepada penduduk di Hulu Selangor harus dihentikan sedangkan program tersebut sudah dirancang lebih awal? “Jadi jika mahu kritik, Mafrel harus kritik kedua-dua pihak, jangan jadi suara kepada pihak Pakatan Rakyat,” katanya. Soalnya sekarang sebagai MB Selangor, apakah Tan Sri Khalid tidak layak untuk menggunakan kuasanya untuk menggunakan bilik gerakan yang terdapat di Pejabat Daerah Hulu Selangor, sedangkan selama ini UMNO BN telah banyak menggunakan premis kerajaan untuk kepentingan puak-puak mereka. Mengguna bukannya merasuah. Masalahnya yang berlaku kepada UMNO BN ialah mereka menjanjikan rasuah kepada rakyat dengan menabur janji projek-projek tertentu dengan tujuan untuk membeli undi. Tan Sri Khalid guna bilik gerakan untuk memudahkan tugas dan bukannya membeli undi. Inilah bezanya mentaliti puak-puak UMNO dengan para pemimpin Pakatan Rakyat itu sebenarnya.

[Terkadang kita naik hairan dengan sikap para pemimpin UMNO ini. Mereka tidak serik-serik menabur janji dan projek mee segera kepada rakyat, sedangkan mereka tahu kerana faktor itulah rakyat naik muak dan jelek serta akhirnya menolak BN dalam setiap kali pilihanraya diadakan. PM Najib sendiri pernah mengarahkan jentera BN tidak menggunakan projek mee segera sebagai "gula-gula untuk memancing undi rakyat" ketika pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang yang menyaksikan mereka tewas teruk. Kini semua itu dianggap enteng dan mereka terus melakukan strategi yang sama. Cuba memperbodohkan rakyat dengan janji-janji pembangunan. Malah, rakyat Malaysia amat gembira bila kawasan mereka ada pilihanraya kerana mereka tahu "ganjaran wang besar dan limpahan kemewahan" akan mengalir ke kawasan mereka. Itu pun Noh Omar masih mahu menafikan dan cuba menyalahkan Mafrel yang kononnya tidak telus dan adil. Walhal selama ini SPR sendiri yang tidak berlaku adil dalam setiap kali pilihanraya, beliau tidak pula mengamuk. Misalnya, membenarkan UMNO BN menggunakan segala jentera kerajaan untuk tujuan pilihanraya. Biarpun perkara itu jelas bertentangan dengan peraturan yang telah digubal oleh SPR sendiri. Inilah akibatnya apabila ada pihak yang tidak mahu berpijak dibumi yang nyata dan tahu rakyat sebenarnya menolak mereka. Lantaran itulah apa sahaja kaedah terpaksa digunakan !!].

CiLiK©: Kah kah kah kah

6 comments

Salam perjuangan wahai sahabat...

Ingin teman bertanye... Adakah mike akan bertugas di Hulu Selangor...??? Kalau ada hajat nak bertugas sebagai blogger, sudi-sudikan diri hubungi teman kat mshahhanaz@gmail.com.

dah dpt no tepon nnt teman akan hubungi untuk perbincangan seterusnya...

Noh Omaq ni bukan buat lawak bodoh bai...

Ternyata yang dia ni sememangnya bodoh melantun2...

ha..ha..ha...

dah bodoh, memang mcm tu lah. nak buat mcm mana....

aku sokong noh omar 100%...

Macam pernah je dengar bodoh melantun2..tu!

Di negara barat ada kumpulan manusia yg tak suka berpakaian pun dan hidup sebagai naturist. Itupun ramai pengikut dan penyokongnya.

Apa nak dihairankan kalau ada orang yang tetap akan menyokong 100% sebodoh2 kejadian mcm orang tua noh ni kan? Sesaja hendak melawan arus untuk glamor dan lain dari orang lain, bukan kerana mencari kebenaran. Orang mcm ni kira naturist juga lah.
Kot2 boleh terkenal kerana melawan arus dalam blog macam milosuam ni kan.

Betul tak?


EmoticonEmoticon