Petikan dari (malaysianinsider)
“Ini kerana laporan yang dikeluarkan media bercanggah sama sekali dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh saksi kejadian.
“Bagaimana seorang yang sudah meninggal dunia boleh mengundurkan kenderaan dipandunya?” kata beliau pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
“Dan, bagaimana parang boleh ada dalam kereta sedangkan cuma ada kasut dan patung sahaja? Ini memang tidak logik,” katanya lagi. Persoalan itu juga ditimbulkan oleh ibu Aminulrasyid beberapa hari lalu.
Khalid berkata, menurut saksi kedua, Zafrullah Ahmad Zainal Abidin yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor malam tadi, jiran mangsa itu mengatakan ketika hari kejadian dia terdengar bunyi tembakan kira-kira pukul 1.30 pagi.
Dia membuat laporan polis kira-kira 10.30 malam tadi.
“Pada mulanya saya menyangka bunyi mercun tetapi bunyi tersebut semakin kuat dengan rumah saya dan ia diselangi dengan bunyi siren polis.
“Kemudian saya terdengar bunyi dentuman yang kuat seperti ada objek yang melanggar dinding dan saya terus keluar dari rumah dan melihat dua buah kereta peronda mengepung sebuah kereta yang terbabas.
“Saya terus meluru keluar ke tempat kejadian dan ternampak seseorang (saksi utama) berlari ke arah saya serta terdengar polis menjerit kepada individu tersebut supaya jangan lari,” kata Zafrullah dalam laporannya, yang salinan turut diedarkan kepada media.
Dalam laporannya dia mendakwa “saya mendapati kereta tersebut sudah terbabas dan melihat seorang lelaki berpakaian kemeja-T dan seluar pendek dalam keadaan muka tersembam di tempat duduk pemandu.”
Selain itu menurut Zafrullah Ahmad, dia melihat polis menggeledah kenderaan itu dengan menyuluh bahagian dalam kereta dengan menggunakan lampu suluh tetapi tidak melihat sebarang objek dalam kereta itu dialihkan atau dibawa masuk.
“Semasa polis menggeledah saya tidak nampak sebarang objek dalam kereta itu dialihkan ataupun dibawa masuk.
“Kemudian polis menyuruh kami (penduduk) berundur kira-kira lima meter dari tempat kejadian dan mereka memasang pita kuning di kawasan kejadian.
“Saya juga lihat dua anggota polis menyuluh dan menanda kesan tembakan di sepanjang kawasan kejadian. Kira-kira pukul 3.30 pagi seorang anggota polis mengarahkan orang awam untuk beredar dari tempat kejadian,” katanya dalam laporan polis yang dibuat.
Aminulrasyid, 15, mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri selepas terserempak dengan kereta peronda polis di kawasan Seksyen 11 Shah Alam awal pagi Isnin lalu.
Khalid berkata, bagaimana polis boleh membuat siasatan dan kesimpulan tanpa mendapatkan keterangan daripada saksi.
“Polis buat siasatan tetapi tanpa saksi. Jadi bagaimana siasatan itu dibuat tanpa mendapat pengakuan daripada saksi terlebih dahulu?
“Saksi cerita lain tetapi dalam media dilaporkan lain, saya sendiri yang bawa saksi ke balai polis untuk membuat laporan dan dia telah menceritakan perkara sebenar kepada saya.
“Jadi, saya harap polis boleh membetulkan kembali segala kenyataan yang memberikan gambaran buruk kepada Allahyarham Aminulrasyid,” katanya.
Beliau turut membidas kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar supaya ahli politik tidak masuk campur dalam kejadian tersebut.
“Ahli politik ada tanggungjawab untuk ambil berat akan kes ini lagipun saya sebagai Ahli Parlimen tidak boleh buat tidak tahu sahaja.
“Ini kawasan saya, jadi saya mesti ambil tahu dan bertanggungjawab sebagai wakil rakyat,” katanya sambil menambah, beliau bukan mahu mempolitikkan perkara itu.
“Saya mahu kebenaran didedahkan dan mangsa yang terkorban mendapat pembelaan yang sepatutnya,” katanya.
Khalid juga merayu orang ramai yang melihat kejadian itu supaya memberikan keterangan kepada polis supaya proses siasatan dapat dijalankan dengan dengan baik.
“Saya mahu orang ramai yang melihat kejadian supaya menjadi saksi dalam kes ini dan sekiranya takut untuk pergi seorang diri mereka boleh berjumpa dengan saya.
“Ini kerana saya yakin ramai yang melihat kejadian itu, dan saya amat berharap mereka tampil ke hadapan dan memberikan keterangan bagi mendapatkan keadilan bagi pihak mangsa dan keluarga,” katanya.
Tambahnya, tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang yang bersedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat adalah tidak profesional.
“Kalau itu kenyataan yang dikeluarkan, saya rasa lebih baik beliau meletakkan jawatan.
“Rakyat tegur kerana mahu penjelasan dan beliau perlu memberikan respons wajar dan profesional,” katanya lagi.
Sementara itu, ibu kepada Aminulrasyid, Norsiah Mohamad berkata dia masih belum membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat guaman kerana memerlukan masa untuk berbincang bersama ahli keluarga.
“Saya belum buat keputusan untuk mengambil peguam dari mana kerana kena berbincang dahulu dengan ahli keluarga,” katanya.
mcm ni la, sape2 dah benci sgt kt polis/ dah xpercaya kt polis /dah xperlukan polis, sila ke pejabat polis sekarang atau g laman web PDRM.
ReplyDeleteserahkan IC no dan butiran2 peribadi. jadi sekiranya ape2 berlaku kpd korg, pihak polis xkan masuk campur kalo ape2 berlaku kt korg
-kamal-
kamal, statement u x bertanggungjawab macam KPN jugak..
ReplyDeleteKamal kalau u tak suka dgn rakyat, you pergi keluar dari Malaysia...
ReplyDeleteKami rakyat malaysia benci kekejaman polis...
cakap mcm orang tak sekolah... kalau polis tak mahu jaga ketenteraman awam, jangan jadi Polis....
pergi buat kerja lain... KPN sila letak jawatan....
kamal : bukan kiteorg x percaya kat polis.. tp kepada segelintir polis.. ni la kata pepatah.. kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. bukan semua polis tu jahat.. ad yg buat keje dgn betul..
ReplyDelete-khs-
kamal, we don't blame the whole institution...we blame a few irresponsible policemen...kene ingat, rakyat bayar cukai kat kerajaan, kerajaan bayar gaji polis...so ada direct relation between police and the people...
ReplyDeleteX bole terima kritikan baik KPN letak jawatan je la...
ReplyDeleteYang dikritik bukan pihak polis secara keseluruhan tapi kewajaran pihak polis untuk melepaskan tembakan ke arah suspek yg tidak bersenjata....
Ada jugak yg bagi komen dgn mentaliti ditahap paling rendah semata2 bersetuju dgn tindakan polis yg menembak arwah...
bt0l tu...kalo sorg yg sepatutnya professional wat keje secara x pro kene la ditegur...jgn la rasa diri besar sgt smpai xleh nk ditegur..sume org wat salah..apa salahnya skali skala ngaku salah..maybe dgn mempertingkatkan mutu kerja n kurangkan kontroversi br rakyat akan lebih percaya..
ReplyDeleteuntuk ape segala training ntuk jadikan dorg ni professional kalo keadaan cmtu pon xleh kontrol??they r taught to think critically,so use what they have been taught!don't act like a newbies..i taught those police involved r experienced..with what????
and kamal,they were paid to be a police,so be it...don't whine around just because the citizens are not satisfied with 'em...they have ethics,use it...not keep it!
p/s-typo..i thought...i never taught police though...if i have i would ask them to apologize!be brave la polis yg terlibat tu...
ReplyDeleteye pun kalo nak tembak....nape x tembak jek keempat2 tayar keta 2 dlu??sekurangnye keta 2 xkan dpt lari jauh kalo dah kena tembak.....nie xpasal2 nyawa bdk yg xbersalah..jd mangsa...
ReplyDeletebe professional la...even polis luar negara kejar penjenayah pun..dia kasi himpit dlu or tembak tayar keta dlu..
polis negara nii dah terpengaruh ngan filem hollywood...
ReplyDeleteske men tembak3 ank sendiri perangai macam haram jadah..
polis=ronda2+dpt duit kopi+tembak orang+ dpt gaji buta....
recalcitrant=keras kepala itulah watak KPN. He only protect the powerful & the wealthy, rakyat bawahan di layan macam penjenayah. LETAK JAWATAN!!!!!!!!
ReplyDeletepikir la guna otak skit..kalau ada salah sure la kena tegur..kalau anak2 ko nanti buat salah, takan nak biarkan saja? semestinya kita tegur supaya tak buat lagi..so sama je la kesalahan yang polis buat..dah terang2 salah diaorang tapi berdolak dalih lagi..so kita tegur dan tunjukkan bukti yang diaorang memang buat salah..dah salah tanak mengaku buat keras kepala plak..
ReplyDelete-ms-
ini yg dikatakan bersih cekap amanah kepala hotak depa.barua kerajaan,anjing kerajaan,setan kerajaan,bukan depa nk settle masaalah tambah masaalah ada la.rasa rasa kebanyakan polis di malaysia tergolong dalam manusia yg ada otak tp tak dak akai.
ReplyDeleteitu la perangai orag yg tak dak ilmu,cakap ja merajuk.org salah depa tau nak tangkap dan hukum,depa salah buat dalih macan2.kalau dah tau nk settle letak jawatan ja la.perangai mcan budak hingusan.
ReplyDeletekpd penama kamal yg di sayangi...jgn cepat melatah...mcm budak budak la engko nih....tak semua polis tak jujur....betul tuh kerana nila setitik rosak sususebelanga.....sebab apa rakyat marah tentang insiden ini:
ReplyDelete- mangsa(yg di tembak ) adalah seorang remaja tanpa senjata
- knp melepas tembakan ke kepala adakah ini cuai..saya setuju jika menembak di tembak di bhgn tayar..sebab salah jika tidak memberhentikan kenderaan jika diarahkan oleh polis.
- knp ada kenyataan penyamun ada kah mmg sudah ada dalam list senarai penjenayah dalam senarai polis..dan di canang canag dlm akhbar utama ...
- rakyat berhak memminta satu tugasan yg cekap , jujur amanah dan telus kerana duit gaji semua itu duit rakyat(tax payer money)
- knp polis zaman 60an 70an dan 80an masyarakat pandang tinggi berbanding dgn sekarang...
fikir fikirkan lah sendiri
alfatihah utk arwah...
Sokong Anonymous April 30, 2010 7:38 polis dulu berbeza dgn polis skrg. lg nak2 yg muda2 ni baru jadi polis muka2 bekas mat rempit. bila berckp budi bahasa tak ada. kurang ajar pulak tu. tp tak semua. aku ada jumpa yg baik juga. Polis yg salah tetap salah jgn bela2.. Tunjuk pada rakyat yg Pihak polis ini Adil. Kepada media. Jgn lah putar belit kenyataan utk melakukan surat khabar anda & nak tutup kesalahan Pihak Polis. Wartawan tulis lah sesuatu yg benar. ingat bila mati nanti tgn yg menulis mereka2 cerita demi kepentingan lain itu akan di soal. Al-Fatihah utk adik Aminul.
ReplyDeletenak siasat tempat kejadian? atau nak cover line !!
ReplyDeleteYg geng2 polis,fru, pga bawak senapang pistol pakat kepung tanah rakyat, subahat rampas hak rakyat serupa taktik zionis!!
1msia > 1peluru didahulukan pada kepala rakyat!!
bukan silap polis tapi perbuatan sengaja polis dlm keadaan sedar sebab 1msia ialah idea 1zionis !!
RAKYAT MEMERHATI...
ReplyDeleteAlfatihah pada arwah Aminulrashid.
Fakta kes saksi utama dan saksi kedua sangat berbeza dengan apa yang dinyatakan oleh polis BN dan media BN. nampak sangat polis cuba menegakkan benang yang basah dan media BN dengan perangai biasanya memutar belit fakta (sungguh tak bertanggungjawab & perbuatan yg sangat hina).
Kalau dah salah atau lakukan kesilapan, mengaku dan bertanggungjawablah, baru tindakan anda tidak diragui dan kemudian cari jalan untuk memperbaiki supaya tak diulangi. tapi bila anda mula kelentong, anda bukan saja diragui malahan anda tidak lagi mendapat kepercayaan.
Ako tengok statement kamaL macm seorang polis yang bangang a.k.a IGP dan tk mampu menerima kecuaian pihak polis. tk payah nk menegakkan benang yg basah buat rakyat muak jerr... lu sapa nak amik IC rakyat??? Gaji pon rakyat bayar nak lawan tokey plak... gentleman kalu resign lerrr, dh masak dengan perangai polis terutama kt b. polis trafik seri kembangan, buat orang yg nak wat report mcm mintak sedekah jerrr... konon ada KUASA!!
ReplyDeletemsm S**L
regards,
DelpierO
hai.. just wondering camner la seorang KPN buat statement berdasarkan cerita dongeng, keter dh masuk longkang boleh undur dan nak bunuh polis, isk isk... sgt memalukan, mencerminkan tahap keprofesionalan polis nihhh sgt rendah dan amat memalukan. "U R ADVISED TO RESIGN LA MR. KPN & KP SEL."
ReplyDeletemanusia mudah menghukum... budak lagi da kene tembak... x kurg jugak yg ambil kesempatan... malaysia da x aman da...
ReplyDeletesilap ckp je silap....bkn org laen x bleh phm...jgn la menipu lg la org x prcaye kat polis...
ReplyDeleteJangan kutuk polis, nanti undi pos sume pegi ke BN..
ReplyDeletenampak mmg juak2 pembangkang la yg ske mempolitikkn Kes camni..
ReplyDeletebyk lg ke polis yg BANGANG mcm KAMAL kt luar????
ReplyDeletexnk wat keje,xdpt bg komitmen....lu blah la
jd pion lg baguih...
yang korang bising2 ni kenapa? pada asalnya, korang tau ke yg pandu kereta tu org bersalah atau x? polis paling berisiko dalam hal ni kerana, apa2 saja boleh berlaku. kalau betul penjenayah yg pandu? polis mati, korang bising? korang punye respon, ha.. mmg la, itu kerja polis.. mmg patut jd mcm tu.. korang ni kadang2.. pandang satu pihak saja, xpandang keseluruhan. kami xboleh buat apa2 la kalau minda korang mmg dah tertutup mcm ni. bnda yg salah, korang nk tegakkan jugak.. apa2 pun, lain kali jgn lari dari polis kalau xbersalah, sbb polis akan ambil tindakan kpd rakyat yang langgar undang2. bercakap dan berfikir biarlah menggunakan otak.. fikir 2 belah pihak. hidup polis.. teruskan perjuangan.. polis malaysia ttp no 1.. (M.I.H, hakim)
ReplyDeleteAku tahu cerita sebenar nye.
ReplyDeletetapi aku tanak cerita lebih2 kerana harap kejujuran polis terbukti.
tapi apa yg aku tahu,parang memang tiada dalam kereta saga tu dan polis yg meletakkan parang itu.
pembangkang, hentikan merosakkan pemikiran org.. politik dgn cara lain, jgn porak perandakan kami.. kami bencikan huru hara.. biarkan ketenangan yg kt ada ni berpanjangan.. igtlah.. apa yg kt ade sekarang ni, kt dapat dari siapa.. jgn biarkan ianya rosak.. (m.i.h)
ReplyDeletejangan lah bergaduh... Hanya Allah sahaja yang tahu... Ada hikmah disebalik kejadian ini baik kepada PDRM mahupun kepada orang awam... jangan lah tambah kan dosa kita... siapapun salah, siapa kita untuk bercakap.... kita tak tahu apa-apa pun pasal tu... kirimkan Al-fatihah buat arwah dan buat Solat hajat untuk mohon kebenaran... kata mengata, keji mengeji tu amalan syaitan... Dan lagi satu kepada sesiapa yang bawah umur nak pandu kereta pada waktu malam, tulis notis besar2 kat depan kereta tu..." SAYA BUDAH BAWAH UMUR SEDANG MEMANDU"... Wallahua'lam....
ReplyDeleteAnonymous | May 1, 2010 11:58 PM
ReplyDeletepembangkang, hentikan merosakkan pemikiran org.. politik dgn cara lain, jgn porak perandakan kami.. kami bencikan huru hara.. biarkan ketenangan yg kt ada ni berpanjangan.. igtlah.. apa yg kt ade sekarang ni, kt dapat dari siapa.. jgn biarkan ianya rosak.. (m.i.h)
.................................................
JAKA JAWAB :
Bodoh sgt ke rakyat hendak terpengaruh dgn pembangkang yang tidak ada media perdana?
Adakah ibu budak tu juga terpengaruh dgn pembangkang jika tidak puashati dgn kematian anaknya?
Adakah keluarga Beng Hock dan keluarga Kugen juga terpengaruh dgn pembangkang jika mereka tidak puashati?
Adakah keluarga Altantuya juga penyokong pembangkang kerana tidak puashati dengan pembunuhan anak mereka?
Masyarakat semakin terpelajar dan boleh berfikir menganalisa sesuatu isu. Masyarakat bukan lagi jenis pak turut yang menyokong buta kayu.
Mana ada pembangkang pencetus huru hara? Jika buat perhimpunan aman tetapi diganggu polis, itulah punca huru hara.
Pembangkang hanya menjalankan tanggungjawab yang diizinkan oleh demokrasi berparlimen. Mereka menjadi pengimbang dan pemerhati tindak tanduk pemerintah. Tanpa pembangkang maka jadilah negara ini sistem satu parti ala komunis.
Siapa yang hendakkan huru hara? Ada ke pembangkang mengangkat senjata menimbulkan huru hara?
Merasa terima kasih kerana menganggap umngoklah pembawa kemerdekaan dan keamanan bukan suatu tiket untuk membiarkan mereka bermaharaja lela.
Membiarkan mereka bermaharaja lela dengan alasan mereka lah punca keamanan negara inilah yang akan menyebabkan negara menjadi lemah dan akhirnya hancur secara perlahan.
Cuba lihat sekarang bagaimana bersusah payahnya Najib cuba mengambil hati rakyat. Mengapa? Kerana dia sedar rakyat semakin ramai tidak suka dengan mereka dan penyelewengan mereka.
Tanpa pembangkang yang kuat mereka tentu tidak akan ambil kisah apa yang mereka buat. Tetap akan meneruskan perangai menyeleweng dulu kini dan selamanya.
Tanpa pembangkang yang kuat, orang2 Hulu Selangaor tidak akan ditaburkan dengan begitu banyak janji dan nikmat oleh mereka.
Maka dengan itu, jika hendakkan habuan yang banyak, maka sokonglah PR, nescaya BN akan turun membawa banyak hadiah seperti santa claus.
Jawap Anonymous | May 1, 2010 11:58 PM
ReplyDelete"pembangkang, hentikan merosakkan pemikiran org.. politik dgn cara lain, jgn porak perandakan kami.. kami bencikan huru hara.. biarkan ketenangan yg kt ada ni berpanjangan.. igtlah.. apa yg kt ade sekarang ni, kt dapat dari siapa.. jgn biarkan ianya rosak.. (m.i.h)"
ni r contoh statement y secara halus boleh merosak AKIDAH..confirm pemikiran die sdr y da rosak,xyah r salahkan pembangkang..sape y rosakkan pemikiran malaun ni ek..?
jawap sejujurnya dgn iman, "apa yg kt ade sekarang ni, kt dapat dari siapa?"
yang tembak dan lepaskan tembakan kat adik aminul rashid ada berani tunjuk muka ka? Berani kerana benar dan jika tak berani dah tentu buat salah. Kepada anggota polis yang dah buat kesalahan tembak adik aminul rashid...letak jawatan dan bersedia untuk bicara. Jangan conteng arang dan cemarkan imej pasukan polis.
ReplyDeleteAnggota polis yang ada masalah mental, yang ada ambil syabu, ice atau apa jua jenis salah guna dadah, anggota polis yang tahu mempunyai keturunan atau genetik penjenayah, samseng, atau memiliki kerosakan genetik kekal, sila letak jawatan dan cari rezeki melalui kerja lain.
Buat anggota polis yang ada tatoo kat badan, jangan tayang tatoo nak tunjuk lagak kat pasar-pasar malam atau pasar tani. Jangan rosakkan kerjaya polis dan sila berhenti jadi polis.
Sekian.
nk suroh polis tunjuk muka
ReplyDeletetp para pencomment sini langsung x tunjuk muka
sembunyi belakang harakah buat pe
Headshot!... counter-terrorist flawless victory!
ReplyDeleterasanya kena perjelaskan procedure polis bila mengejar suspek.
ReplyDeleteoit...klu dak tu dh kene tembak xyahlh berdalih kwang2...
ReplyDeleteklu yer pn nk tembak sgt tembak kaki...ni tembak kepala ai try shootshooter ker?klu xnmpak ai kene kepala wah hebat...
KPN letaklh jawatan bnyk lg org berkebolehan...
statement kpn xpyah ronda malam tu tu akal budak2 emosi...awt xsarankn guna peluru kapor ka?
nk kata budak kuar malam?berlambak2...tgk mapele cc buka sampi pkul brp?lg clubbing kwang2...
nk buat statement pun pkai blash . dh slh tknk tggungjwab . ske butar belit crita oh . mrepek jek dlm krete dy ade prang la ape la . statement ape bnde ntah dy buat .
ReplyDeleteKenapa dalam report budak itu tidak ada bercakap dia berlari ke perempuan itu..... Ahahahaha... sudah dapat.. budak itu cuba menukar cerita yang diarahkan peguam .......................
ReplyDeleteSi Luncai
ReplyDeleteKereta dlm keadaan mcm dlm gambar tu boleh reverse ke?ternampak sebahagaian kaki arwah di sebelah kereta iswara tu..buat dada saya jadi sebak. Kalau la berlaku pada anak saya, keluarga saya..mungkin saya tak setabah keluarganya..harap kes ini diadili dgn telus..jgn hilangkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kepolisan. Walaupun hanya segelintir yang bersikap sedemikian..sebaiknya "sel barah" itu harus dibuang sebelum merebak ke bahagian yang lain.
Bagi saya, walau apa pun parti politik kita... bukanlah ia satu kekangan/halangan untuk kita bersatu ke arah kebenaran.Ini adalah isu masyarakat bukan isu politik.Keprihatinan kita sebagai warga malaysia sepatutnya satu keutamaan...tiba-tiba membuatkan saya teringat bait bait ayat dalam lagu "anak kecil main api"..
ReplyDeletedi manakah tanggungjawab ibu bapa, ahli keluarga pada anak-anak.. dalam soal keselamatan mereka.. adakah tanggungjawab polis juga.. bila da jadi sebegini... pihak berkuasa akan d persalahkan..!!!!PDRM berada d landasan yg benar..
ReplyDeleteyang tembak dan lepaskan tembakan kat adik aminul rashid ada berani tunjuk muka ka? Berani kerana benar dan jika tak berani dah tentu buat salah. Kepada anggota polis yang dah buat kesalahan tembak adik aminul rashid...letak jawatan dan bersedia untuk bicara. Jangan conteng arang dan cemarkan imej pasukan polis.
ReplyDeleteAnggota polis yang ada masalah mental, yang ada ambil syabu, ice atau apa jua jenis salah guna dadah, anggota polis yang tahu mempunyai keturunan atau genetik penjenayah, samseng, atau memiliki kerosakan genetik kekal, sila letak jawatan dan cari rezeki melalui kerja lain.
Buat anggota polis yang ada tatoo kat badan, jangan tayang tatoo nak tunjuk lagak kat pasar-pasar malam atau pasar tani. Jangan rosakkan kerjaya polis dan sila berhenti jadi polis.
Sekian.
...............................................................
en anon,
ko pergi laa join pdrm dulu.. masuk JSJ...
ko tau laa apa itu JSJ..
xpun.. cari seorang Special Branch..
dia boleh terangkan 1 per 1...
adakala.. terpaksa menjadi sebegitu.. demi mencari bukti..
x masuk dalam sarang mush.. manakan nk dapt bukti..
bukan kehendak diri.. tp tugasan...
kerja ko stakat dok pejabat,, bwh air cond..
ko xde darah perwira yg mengalir dr badn ko..
sok lusa.. mafia berselerak kat taman perumahan korang baru tau.. hahhah.. kene tembak n then mati.. da mati repot polis.. ermmm polis juga yg kene standby kat area tu nnti... huuuu..
mak bapak si arwah ni pon WAJIB di salahkan n di ambil tindakan diatas tdk brtanggungjawab sehingga membiarkan "budak hingus" memandu kenderaan
ReplyDeletesewajarnya jgn lah kta judge only by one side sebabb kte pun xtau cite yg sebena2nya.semuanya blaku atas kehendak takdir hope lepas nie pihak bkuasa x lagi membuat keputusan yg berbelit2 n just straight to the point dalam hal yg melibatkn nyawa.takziah ke atas keluarga arwah adik amunilrashid n salam 'integriti' kepada pihak polis..
ReplyDeleteTakziah bt keluarga Allahyarham Aminulrashid Amzah.
ReplyDeleteSemoga roh arwah tenang dikalangan para mukmin solehin.
Saya sumbangkan video kenangan untuk tatapan dan ingatan semua pembaca blog milosuam.
http://www.facebook.com/fuzzlei
Al-fatihah
Post a Comment