Saturday

Bukti PERKESO pelabur terbesar Carlsberg





Nampaknya Kerajaan Malaysia hari ini sudah tidak mementingkan soal Halal Haram, mana-mana pelaburan yang boleh mendatangkan untung dia bedal semacam. Arak yang terang-terang Haram dihalalkan sesuka hati demi keuntungan! Beginikah kerajaan yang boleh diharapkan untuk membela Islam? Jauh panggang dari api!

Berdasarkan laporan tahunan bermula 2007 hingga 2009 dari Syarikat Carlsberg Brewery Malaysia Berhad telah membuktikan bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial [ PERKESO ] merupakan syarikat di tangga ke lima antara 30 pemegang saham terbesar di dalam syarikat tersebut .

PERKESO merupakan sebuah entiti kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia dan polisinya adalah memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja - pekerja serta tanggungan yang layak . PERKESO memperolehi dananya melalui kutipan caruman yang dikutip setiap bulan dari potongan gaji pekerja .


Persoalannya ialah hampir 90% kakitangan PERKESO merupakan kakitangan yang beragama Islam dan ini akan menimbulkan kerunsingan dan kerisauan yang serius kepada mereka apabila sumber pendapatan mereka diragui halal dan bersih .


Sebagai sebuah negara ummat Islam , sepatutnya kerajaan peka perkara ini dan tidak meletakkan rakyat rasa terhina dengan perkara seperti ini . Apakah sudah tiada syarikat lain untuk PERKESO miliki sahamnya sedang mereka menyedari sebahagian besar kakitangan mereka adalah muslim .


Kerajaan sewajarnya bertanggungjawab lantaran PERKESO adalah sebuah entiti kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia . Bayangkan apabila kemalangan berlaku kepada pekerja, duit dari PERKESO inilah yang bakal diberikan kepada mangsa kemalangan untuk menyara kehidupan mereka atau sebagai pampasan di atas kemalangan, tetapi sedarkah anda duit dari mana yang diberikan sedang PERKESO adalah antara 30 pemegang saham terbesar syarikat arak?


Berikut dokumen bukti yang diambil dari www.carlsbergmalaysia.com.my Sila klik untuk membesarkan image anda lihat baca dan nilailah sendiri!







Duit haram inilah yang selama ini menjadi darah daging! Anda sebagai umat Islam akan terus berdiam diri? Terpulang kepada anda, tunggulah bala dari Allah S.W.T.

Dalam satu hadis yang masyhur, Nabi Muhammad s.a.w. menyifatkan arak sebagai ibu atau kepala kepada segala maksiat. Hukum haram arak itu pula tidak terbatas hanya kepada peminumnya, sebaliknya itu turut diharamkan kepada beberapa pihak lain yang terlibat dengan penyediaan arak.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Dalam persoalan arak ada 10 orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuat, pengedar, peminum, pembawa, pengirim, penuang, penjual, pemakan hasil wangnya, pembayar dan pemesannya”. (hadis riwayat Anas)




sumber dokumen: http://www.carlsbergmalaysia.com.my/web/investor/pdf/ar/2009/ar09_120-121.pdf

10 comments

Kamen Rider Black~ delete 8 May 2010 at 08:03

mesti juak2 UMNGOK akan komen perkesolabur duit caruman yg bkn islam dlm carlsberg (-_-") pas nieh....mcm kes judi world cup tuh....

oh kesiannya kat pekerja perkeso n anak bini diorg... (T__T)

Bagi kerajaan BNentanyahu ...tiada salahnya melabur dalam saham arak kerana dapat menjana pendapatan negara...
Bagi pencacai/pengampu BNentanyahu... apa salahnya utk rakyat jugak ...(ini adalah antara alasan bangang yg akan mereka beri)

amusza

aku masuk website ni jumaat lepas... skroll bawah lagi.. jumpa Amanah Raya Trustee... kalau x silap mata aku melihat..

Mana pergi PERKASA? Inilah masanya PERKASA kena ajar PERKESO kerana telah PERKOSA ahli2nya yang beragama Islam.

Katak jangan hanya memekak bila hari nak hujan saja. Jangan berlompat bila isu politik yang kena pembangkang saja. Nasib pekerja melayu yang dihina agama mereka oleh PERKESO ini pun perlu diperjuangkan.

Kecuali lah katak dua kali lima aje. Sama2 mabuk. Kalau tidak, bertindak segera. Minta sokongan Mahathir, at least kita tahu dia sokong atau menentang arak ini.

ni sume agenda BN(agen yahudi) utk melibatkan wang haram kpd sume org ISLAM di muka bumi ALLAH..ni msti diorang ikt yahudi laknatullah...moga2 mereka mendapat tmpt y paling sesuai di akhirat kelak krn telah menghalalkan yg haram..na'uzubillahi min zalik..

Ohh, what the fcuk Malaysia...

BIAQ PI LA DIA NAK BUAT PUN, TAHU HARAM BUAT JUGA, BESOK NANTI MELETUP KUBUR DIA.

UMNONGO DO BERSIDANG SEKARANG, LEPAS NI DIA PAKAT TOGOK ARAKPUN BAGI DIA TAK JADI APA-APA BIAR BUNCIT PERUT DIA MELETUP JUGA PERUT DIA..PADAN MUKA.

Ni untuk tahun kewangan 2009. Bagi tahun 2010, PERKESO dah tiada dalam senarai 30 terbesar. Rujuk http://www.carlsbergmalaysia.com.my/web/investor/pdf/ar/2010/ar10_140-141.pdf Tetapi Amanah Raya Trustee Bhd ada sebagai pemegang saham?


EmoticonEmoticon