Saturday

Gerakan Anti Samy Vellu





Jelas sekali Samy Vellu tak cukup licik macam Dr Mahathir. Kalau dilihat, Mahathir meletak jawatan pada waktu yang tepat, di saat rakyat mula membencinya, Mahathir meletak jawatan dengan penuh bergaya walaupun beliau pernah menyatakan ingin memegang jawatan sehingga ke akhir hayat. Tetapi Dr Mahathir sedar, sebelum beliau dibenci dan ditentang oleh rakyat! Beliau berundur terlebih dahulu di dalam keadaan yang penuh bergaya dan kurang kritikan.

Berlainan dengan Samy Vellu yang dilihat tersilap percaturan, kononnya ingin mengikuti langkah Mahathir yang turun tahta secara bergaya, dan diratapi oleh penyokong setianya, Samy Vellu sudah melangkaui saat yang tepat untuk bersara, kini sudah sampai saat dia dibenci dan ditentang agar meninggalkan tahtanya.

Ini bukan soal ditentang atau dibenci oleh pembangkang, Mahathir dan Samy Vellu sememangnya ditentang oleh pembangkang dari dahulu lagi! Tetapi yang dimaksudkan di sini ialah ditentang oleh penyokong-penyokongnya sendiri. Nampaknya Mahathir lebih licik, sebaliknya Samy terpaksa turun dalam keadaan cedera parah!

Bekas timbalan ketua pemuda MIC V Mugilan - yang baru dipecat - hari ini melancarkan gerakan besar-besaran, dinamakan GAS atau Gerakan Anti-Samy Vellu bagi menjatuhkan presidennya. Menurut Mugilan, beliau akan memimpin perhimpunan melawan Samy Velly di Kuala Lumpur pada 30 Mei ini, kemudian diikuti di negeri-negeri lain.
Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya, Mugilan terus mengkritik kepimpinan Samy Velly yang didakwanya puca kegalan MIC dan masyarakat India. Beliau menjangkakan 7,000 orang akan menyertai perhimpunan pada minggu depan itu, "termasuk beberapa pemimpin kanan MIC yang telah dipecat Samy". "Kita pernah guna kayu api, hari ini kita guna gas. "Tetapi kalau ada orang yang ketinggalan zaman mahu gunakan kayu api, saya tidak tahu hendak kata apa," katanya disambut gelak-ketawa pemberita yang hadir.

5 comments

Mereka berdua adalah manusia yg dihinakan oleh Allah dihujung kekuasaan mereka..

Bukan Sammy Vellu jer. Nik Aziz tu pun da sedap bergayut dgn kuasa. nak tgu nyanyuk dlu ke bru berundur. ni la jd ble dah sygkn kuasa.

Anon,
Sayangnya, Nik Aziz susah nak nyanyuk. Di kepala penuh hafalan ayat-ayat Al-Quran :)

Beza kuasa antara BN dgn PR, BN boleh memegang selama mana kuasa dengan rasuah dan 'dictatorship'..

Tp PR berdasarkan sokongan, kepercayaan dan kelayakan.. Macam Anwar nak bg DAP ketua pembangkang tp depa x maw kerana sudah muafakat ke Putrajaya..

Nik Aziz pun nak turun dari takhta, tp ramai x berani nak ganti Tok Guru sebab ilmu dan kelayakan..

Beza memang berbeza.. BN kalu ad wang, org 2 yg berkuasa..

Beza PR dan BN ialah:

BN rebut kuasa sebab sedap dapat kuasa boleh buat apa saja. Menjadi pemimpin PR bukan satu rebutan kerana dalam PR kena buat kerja dgn betul dan tidak boleh gila kuasa dan pangkat untuk kepentingan diri.

Pemimpin PR lama ditakhta seperti TGNA ialah kerana penggantinya tidak merebut jawatan malah takut untuk memegang amanah. Sehingga keadaan memaksa baru pemimpin lama diganti.

Senang macam ni pun tak faham juga ke umgnok?


EmoticonEmoticon