Tuesday

Judi Bola: Dewan Pemuda Pas vs Perkasa?


Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mencabar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berdebat secara terbuka mengenai isu lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 yang diluluskan oleh Kerajaan Umno BN.

Ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, tajuk yang dicadangkan ialah ‘Kemungkaran Judi Bertambah Dalam Negara: Tanggungjawab Siapa?’.

Beliau berkata, DPPP bersiap sedia untuk berdebat dengan Perkasa dan menyerahkan kepada mereka untuk menentukan tempat dan tarikh asalkan tidak melibatkan tarikh muktamar PAS pada Jun ini.

"Saya cabar Perkasa untuk mengatur satu sesi debat perdana secara terbuka antara Perkasa dengan Dewan Pemuda PAS.

"DPPP bersedia di stadium mana, padang atau dewan mana. Tarikh, DPPP serahkan kepada Perkasa asalkan jangan jatuh pada hari PAS melangsungkan muktamar tahunannya pada 9 hingga 13 Jun ini," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Harakahdaily.

Perkasa yang dipengerusikan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali sebelum ini mencabar DPPP mendesak Pakatan Rakyat menghapuskan lesen judi di negeri yang ditadbirnya.

Bagaimanapun, DPPP berkata, soal pemberian dan kelulusan lesen judi adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Pusat menerusi Kementerian Kewangan.

DPPP, ujarnya terus konsisten membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia yang akan bermula Jun ini.

Sehubungan itu, DPPP akan mengadakan himpunan besar-besaran bagi membantah tindakan itu.

Satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong juga akan diserahkan pada himpunan tersebut.

Jumaat lepas, DPP setiap negeri mengadakan bantahan di negeri masing-masing selepas solat Jumaat sebagai protes terhadap kerajaan yang meluluskan judi bola sepak itu.

13 comments

Org UMNo & perkasa mane ar berani debat..
klu berani debat pun diorang ckp.. eh2 kamu salah eja.. salah sebut..baju kamu koyak...serang peribadi je diorang tau..

bagi aku ar.. klu setakat nak debat camtu tanpa melihat pade topik serta merujuk pade al-quran dan hadis..
baik bagi penagih dadah je jadi pemimpin klu takut berdebat..ahaks..

amri

Sahlah Berahim ni memang katak. Tidak tahu membaca menulis dan mengira. Yang dia tahu memekak saja macam katak.

Dah jelas lesen judi dikeluarkan oleh kerjaan pusat, apa nak cabar PR pulak? Hanya satu cara saja, Berahim kena sokong PR bagi menang PRU, baru boleh cabar PR haramkan lesen judi.

Bantahan terhadap judi bola ialah kerana ia judi yang baru hendak diperkenalkan oleh najib, maka kaedah bantahan umum boleh digunakan.

Bagi lesen judi yang sedia ada, hanya kaedah perundangan yang akan membolehkan ianya dihapuskan.

Patutlah Berahim panas bontot kerana menang PRU guna logo PAS, akhirnya terserlah juga belang dia yang sebenar. Perkasa ni NGO(ngok) untuk peribumi, maka orang asli pun layak jadi ahli, bukan untuk org melayu saja. Maka layaklah berahim jadi tok batin org asli.

Dalam soal judi ni, tidak boleh kira pembangkang atau kerajaan, bantahan ialah kerana ianya haram disisi agama, bukan kerana kepartian. Benda haram yang melibatkan masyarakat begini jika tidak dibantah, dikhuatiri akan mengundang bala dari Tuhan.

Begitulah buta kayunya hati umngok termasuk berahim.

Bukankah PERKASA awal-awal lagi sudah keluarkan kenyataan melalui pengerusinya dalam berita Awani pasal judi ini, dimana PERKASA menolak semua jenis bentuk judi? Jadi debat ini dicabar berdasarkan apa? Nak jadi juara rakyat?

Dikala isu tengah menjadi hangat, masa nilah macam-macam cabaran dibuat, agar masyarakat melihat yang merekalah juara rakyat kononnyala.

Bukan setakat PERKASA, ketua pemuda UMNO seputeh pun sudah nyatakan bantahan dengan menyerahkan memorandun kepada Awang Adek. Saya hanya nampak yang Nasharuddin ni hanya nak glamer jer, nak jadi juara di mata rakyat. Kononnya merekalah pejuang Islam sejati.

Kalau betul PAS pejuang Islam yang sejati, apa kata saya pun turut sama cabar PAS dan kerajaan negeri pimpinan PR agar menutup kesemua premis judi sebagaimana dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan?

Di Selangor contohnya zaman pemerintahan BN, Khir Toyo menghadkan lesen judi hanya 700 premis, sekarang berapa ribu premis judi ada di Selangor? Saya juga tidak bersetuju dengan kerajaan meluluskan lesen judi, tapi kalau sikit-sikit cabar, sikit-sikit cabar dah macam budak-budak sekolah. Gaduh sikit ajak bertumbuk, gaduh sikit ajak bertumbuk, macam politik budak-budak.

Jadi kerajaan pimpinan PR ada berani kamu lakukan dan sahut cabaran UMNO agar tutup semua premis judi di semua negeri jajahan kamu? Sahut dulu cabaran ni baru cabar orang berdebat.

Mr.Puaka

JAKA,

Siapa kata hanya kaedah perundangan yang membolehkan lesen judi sedia ada dihapuskan? Memang lesen diluluskan oleh kerajaan pusat, tapi kerajaan negeri ada kuasa untuk menutup mana-mana premis judi melalui PBT.

Negeri mempunyai kuasa yang besar dalam menghalang premis judi. Sungguhpun lesen mengambil pertaruhan diberi oleh kerajaan Persekutuan, tetapi lesen membuka premis perjudian adalah di bawah kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah kuasa negeri. Jika kerajaan negeri mengarahkan PBT menarik balik semua lesen perniagaan premis judi, maka semua premis judi syarikat judi berlesen ini terpaksa tutup biarpun mereka ada lesen mengambil pertaruhan dari kerajaan persekutuan. Jadi mentimun dan pisau di tangan kerajaan negeri.

Di Kedah nun pun masih ada premis judi yang masih beroperasi, kenapa tidak lakukan sebagaimana kerajaan kelantan lakukan pada tahun 1990? Ada sesiapa wakil PAS boleh jelaskan?

Mr.Puaka

This comment has been removed by the author.

Di sini nampaknya Mr.Puaka banyak sgt Highlight tentang kelantan.. huhu.. nampak sgt Mr.Puaka memuji2 keedah yg dilaksanakan oleh Tuan Guru Nik Aziz selama ni.. ( Mr.Puaka ni peminat Tegar Nik Aziz kerr sama macam Amy Search lah ko ni... )

Insyaallah jika PR memerintah Malaysia nanti semua negeri akan mencontohi negeri kelantan.. pernah dgr ceramah Anwar Ibrahim dan Lim kitt Siang tak..??

Anwar Ibrahim dgn Lim kitt Siang pernah berjanji di hadapan rakyat dalam suatu ceramah bahawa jika PR memerintah malaysia maka semua kerajaan negeri yang lain wajib mencontohi apa yg telah dilaksanakan oleh kerajaan kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Aziz selama 19 tahun memerintah kelantan..

Dalam ceramah tu Lim Guan Eng kata " setakat ni kita tak boleh laksanakan semua perkara seperti mana yg kelantan buat sbb rakyat belum faham islam lagi.. Bukan sahaja org bukan islam tak faham islam tetapi yang islam sendiri pun ada yang tak faham agama sbb jarang pergi masjid dgr ceramah2 agama sebab tu kalau kita tengok pendekatan pertama kita dalam negeri2 pakatan rakyat adalah memperbanyakkan majlis ilmu dan beramah2 agama di masjid setiap malam.. jangan takut polis tak akan ganggu macam zaman UMNO berkuasa dulu, kalau dulu memang susah nak buat ceramah agama. so bila org melayu dah faham agama maka mereka akan mempengaruhi org bukan islam kepada hukum halal haram serta kebaikan islam itu sendiri.. sbb tu saya menaikkan elaun imam-imam di seluruh negeri pulau pinang supaya mereka selesa sedikit sbb kerja mereka mendidik masyarakat kian bertambah sbb akan ada banyak majlis ilmu dan ceramah2 agama yg akan dianjurkan oleh masjid2.. bagi masa sedikit bila rakyat dah faham islam barulah kita akan laksanakan sepenuhnya apa yg kerajaan kelantan laksanakan selama ini..""

So.. bawak2lah bersabar sikit kita tunggu jer pilihanraya ke 13 nanti..

Mr. Puaka,

Judi bola ini adalah baru dan world cup mendapat perhatian seluruh dunia termasuk anak2 muda melayu. Peminat bola tidak mengira bangsa dan agama. Kerana itu ia sangat perlu dibuat bantahan dalam bentuk yang meluas mahupun demontrasi aman.

Bantahan dalam isu judi bola ini berbentuk mencegah sedangkan untuk menutup judi sediada(semenjak zaman umngok lagi) adalah proses mengubat yang lebih sukar.

Untuk menutup dan menghapus lesen yang telah sedia ada akan mengambil masa kerana memang melibatkan perundangan dan banyak pihak lain. Umpama barah yang telah umngok semai semenjak merdeka, kini menjadi beban kepada PR untuk mengubatinya. Buat apa cabar PR yang baru setahun jagung memerintah?

Cabarlah bekas2 kerajaan negeri(BN) yang memerintah negeri yang jatuh pada PR sekarang ini. Mengapa mereka tidak bertindak seperti apa yang puaka cabar itu semenjak lama memerintah dulu?

Sedarkah bahawa apa yang umngok cabar PR sekarang ini ialah seperti membuka pekung sendiri. Mencabar PR menyelesaikan masalah yang umngok cipta selama ini. Cabaran bentuk ini pun bukan ikhlas menyelesaikan masalah, lebih kepada sentimen politik pragmatisma umngok.

Ada faham?

betul 2 jaka..
pemimpin umno bleh dikatakan suka berjudi gak..
klu x, masakan ade yg tertido di mesin kasino!!ahaks..
klu org islam.. dengar je judi,arak&zina terus automatik menentang!!!
judi diselangor bukan sahj PBT tapi polis juga yg mengawalnya dgn arahan kerjaan persekutuan!!

Mr puaka.. jgn ar hipokrit sangat dalam bagi kenyataan walhal dah terang2 umno nak jadikan m'sia nih negara judi,pelacuran & arak!!
sok lusa negara dadah cam colombia & mexico!!
yang kaya raya diorang dan yg tertindas serta menderita adalah rakyat jelata.. ko suka camtu ke?
itu belum kira lagi org2 kerajaan n rakyat makan hasil dari duit haram!!
menentang kemungkaran adalah kewajipan umat islam!!membiarkan kemungkaran sama ar seperti menanti bala dari Allah swt!!


-amri-

JAKA,


Bagaimana pula dengan cabaran oleh pemuda PAS ini kepada PERKASA? walhal sepanjang pengetahuan saya PERKASA menyatakan pendirian mengenai isu judi ini pada 11 mei lagi? Iaitu sebelum pihak-pihak PAS berdemo lagipun. Alih-alih semalam pemuda PAS mengeluarkan kenyataan ajak PERKASA berdebat, dan nyatakan pendirian PERKASA pasal judi? Adakah dengan berdebat, segala permasalahan judi yang ada di Malaysia dapat diselesaikan?

Balik-balik cakap buat apa cabar PR yang baru setahun jagung memerintah, ini alasan dangkal En.JAKA, kerana bagi saya masa yang ada inilah masa terbaik utk PR menunjukkan kebolehan dalam pemerintahan mereka, bukan hanya tahu menuding jari dan menyalahkan kerajaan terdahulu. Kalau asyik mencari dan menuding kerajaan terdahulu, tidak mustahil pihak PR tak mampu pertahankan negeri-negeri di bawah mereka sekarang ni.

Kalau nak cakap pasal judi ni, sepanjang Anwar menjadi menteri kewangan tahu berapa banyak lesen judi yang dia luluskan? Sila rujuk kenyataan Mat Sabu sepanjang Mat Sabu jadi ahli parlimen. Sebab apa sebab anwar pun dahulu rapat dengan Lim Goh Tong. Pada awalnya hanya ada empat jenis judi dibenarkan, tetapi selepas anwar menjawat jawatan menteri kewangan ada sembilan jenis judi diadakan, malah ia di bawa masuk ke sabah dimana pada waktu itu ahli parlimen sabah dan sarawak menyatakan bantahan. Ini bukan saya cakap, ini berdasarkan kenyataan Mat Sabu sendiri.

Saya sokong 100% hapus judi bola, tapi dalam masa yang sama saya menuntut kerajaan PR biarlah telus dalam menyatakan bantahan pasal judi, jangan hanya judi bola sahaja di tentang habisan, namun premis judi yang lain ( toto,magnun ) dibiarkan berleluasa di negeri-negeri pimpinan mereka.

Mr.Puaka

Enck hafszach,

Terima kasih kerana memberi sedikit pandangan, anda mengatakan yang LGE menyatakan yang masyarakat belum faham tentang Islam? oleh sebab itu beliau tidak dapat menjadikan pentadbiran beliau sebagaimana negeri Kelantan. Ini ayat saudara nak tipu siapa?

Konon masyrakat tidak faham dengan Islam? ini alasan apa? ada ke masyrakat hari ini tidak tahu yang judi, arak, zina itu haram untuk orang Islam? tanya orang asli pun mereka yang yang 3 perkara ni Haram utk orang Islam, LGE bercakap berdasarkan apa?

Yang anehnya dalam masa LGE menguar-uar kan yang pentadbirannya akan mencontohi Khalifah Umar, menentang amal maaruf nahi mungkar, tapi dalam masa yang sama LGE menambahkan lagi bilangan lesen hiburan yang menghidangkan arak sepanjang pentadbiran beliau. Aneh bukan? Adakah perkataan amal maaruf nahi mungkar yangs selalu disebut oleh LGE ni hanylah retorik PR?

Mr.Puaka

Mr. Puaka

Terima kasih diatas pendapat anda. Isu judi ini adalah isu agama dan kemaslahatan masyarakat.

Tidak perlu bertanya niat pemuda PAS. Kalau dia ikhlas dapatlah kebaikan, kalau tidak, sebaliknyalah.

Adapun debat ini ada keperluannya dalam masyarakat. Memang ia tidak boleh menghapuskan judi secara teknikal tetapi ia menjadi suara hati rakyat dan medan yang baik untuk menjadi fokus masyarakat. Apabila sesuatu isu itu digembar gembur, mungkin akan ada tindakan susulan yang positif daripada pemerintah BN dan PR.

Kalau tidak debat, boleh juga diganti dengan dialog atau seminar atau bengkel Menangani Judi Di Malaysia. Segala hujah Mr Puaka bolehlah dibentang dalam perjumpaan seperti ini. Tidak kiralah akan kena kepada BN atau kerajaan PR. Malah kalau kena Anwar sekalipun, kita dengarlah apa jawapannya.

Insyaallah, memberi teguran walaupun keras sedikit kepada pemimpin PR, anda tidak akan dikenakan apa2 tindakan seperti ISA dan sebagainya.

Cabar mencabar bukanlah perkara sensitif sangat selagi tiada pertumpahan darah dan tindakan agresif melampaui undang2. Mengapa sensitif sangat dgn cabaran pemuda PAS. Kalau tiada cabar mencabar tidaklah isu menjadi hangat. Bila isu tidak menjadi hangat, maka ia akan diterus dilaksanakan dalam diam kerana seolah2 tiada bantahan daripada rakyat.

Terima saja cabaran itu dan buka segala kelemahan kerajaan PR pun dalam menangani judi ini. Biar rakyat tengok, biar pemimpin kedua2 pihak buka mata. Penyokong PR buka kelemahan BN dan sebaliknya. Apa salahnya tegur menegur.

Inilah faedahnya bila pembangkang kuat. Ada check and balance. Malah dengan sikap PR itu telah memperlihatkan bahawa rupanya ada juga orang pro BN yang masih ada nilai2 murni dan tidak setuju dengan judi ini.

Cuba bayangkan kalau PR memerintah Malaysia, tentu jiwa2 yang baik yang pro BN selama ini akan menjadi pemerhati yang baik kepada sebuah kerajaan yang baik. Hihihih jangan marah.

Tahniah.

This comment has been removed by the author.

To : Mr Puaka ( Evil )

Sila buktikan yg Guan Eng menghidang minuman keras dalam setiap keraiannya bersama umat islam di P.Pinang..??

Setahu aku semua lesen2 arak, kelab malam dan judi di pulau pinang adalah kepunyaan pemimpin2 gerakan bersama2 rakan kongsi mereka cina singapura.. jgn nak temberanglah kawan..

Memang org asli pun faham Arak, judi dan zina itu haram bagi org islam, tapi yg mereka peliknya knp setiap kali nak pancing undi org UMNO yang jamu mereka dgn Tuak dan sebagainya.. ( pening kepala tok batin dibuatnya )- kes UMNO jamu org asli dgn tuak bukan lagi kes terpencil.. di hulu selangor, di gua musang dan di Pahang itulah habuan yg mereka dapat..

So aku setuju org asli pun faham haramnya arak, judi dan zina dalam islam tetapi UMNO yg sememangnya islam baka sampai hari ni buat2 tak faham je...

Aku Canpur ramai org2 UMNO gak, salah satu perang saraf diorang kat org2 melayu bila DAP perintah P.Pinag Umno kata Lim Guan Eng Akan gadai malaysia kepada negara singapura, cina dan hong kong..

Tup..tup...!!!
Najib Monggolia yang gadai tanah melayu kat singapura..( KTM tanjung pagar, tanah di kranji, woodland, bukit timah dan lain2nya- 271 hektar ) kononnya nak tubuh syarikat M-S ltd.. dgn alasan Khazanah negara pegang 60% ekuiti dan Temasik Holding pegang 40%.. wakaka...!! gadai macam tu jerr..

Kata win-win situation.. kalau dah tanah tu beralih tangan dan berada dalam negara singapura alamat esok lusa singapura akan tuntut 100 % ekuiti, macam apa yg terjadi pada pulau batu putih.. sbb tu aku kata UMNO ni memang Bahalol, pulau batu putih tempat paling stategik dapat kat singapura dan dua tongkol batu yg bila air surut timbul bila asing pasang tengelam pun UMNO kata win2 situation jugak... wakaka...

Sape yg serahkan singapura kepada cina..??
jangan lupa sejarah.. kalau bukan pemimpin agung UMNO si Tonggkol Bedol Raman tu sapa lagi..!!!

La.. ni Tongkol Najib Tantuya Pulak yg gadaikan KTM.. tak dak maruah ka..??? kata pejuang melayu sejati...!!

May 26, 2010 11:35 AM


EmoticonEmoticon