Monday

KFC dan Mc Donald tidak Halal!







MAKANAN YANG MENGANDUNGI BAHAN BABI

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI

-MINYAK MASAK LAM SOON (CAP HELANG & BURUH)
-UBAT PEARL CREAM ARCHE (THAILAND)
-AJINOMOTO (THAILAND)
-AIS KRIM RM1.00 KR ATAS
-SEMUA TAUHU BUATAN ORANG CINA
-SABUN LUX & LOTION BADAN BUATAN MALAYSIA, USA & THAILAND
-SABUN FAB BERBUKU
-LOBAK JERUK
-MEE & KUETEOW BASAH BUATAN ORANG CINA
-KRIM MUKA HAZELINE SNOW
-SEMUA JENIS SERBUK MEE SEGERA TERUTAMA MAGGI
-PUCUK, KULIT POPIA, FISH CAKE & BEBOLA IKAN BUATAN ORANG CINA
-DAGING BURGER IMPORT
-SARDIN, KARI AYAM DALAM TIN YONG TAU FU BUATAN ORANG CINA
-KASUT BOLA JENIS 'GOLD CUP'
-BERUS GIGI 'REACH'
-MEE KERING (SANGGOL)
-MEE REBUS TULANG & KIUB PERASA AYAM
-SEMUA SABUN MANDI YANG DIIMPORT
-AJINOMOTO KECUALI KELUARAN KILANG LOT 5710 JALAN KUCHAI LAMA KL
-SEMUA JENIS SHAMPOO KECUALI KELUARAN ORANG ISLAM
-HAVE PEARL CREAM
-RAMUAN KENTUCKY FRIED CHICKEN & MC DONALD
-UBAT KURAP BUATAN ORANG CINA
-BEEHON SEGERA SIAM
-SABUN MANDI YANG BERMINYAK

MENGANDUNGI ALKOHOL DAN UNSUR-UNSURNYA

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL DAN UNSUR-UNSURNYA

-BARANG AVON KESELURUHANNYA
-PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
-MINYAK RAMBUT BRYLCREM (HIJAU)
-RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI, SHELTOX, BAYGON & MORTIN
-SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
-KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
-TONIL BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

SEMEMANGNYA BANYAK LAGI BARANGAN YANG ADA DI NEGARA KITA YANG TIDAK DIKETAHUI DENGAN JELAS, YANG PASTINYA JANGAN TERTIPU DENGAN PENGGUNAAN TANDA HALAL DI BARANGANNYA, LIHAT DAHULU DI BAHAGIAN KANDUNGANNYA SEBELUM MEMBELI...........

RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS, UNIVERSITI MALAYA, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA, MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM CAP DAN TURUT SERTA MENYEBAR, PERAKAN MALAYSIA (Badan Penyelaras Perakan Malaysia Caw. Batu Pahat, Johor)

Sila klik gambar berikut untuk membaca risalah sebenar,



42 comments

"HALAL" adalah hak mutlak org2 islam, bukan setakat bersih, tetapi suci dalam & luarnya. Umpama air minuman adalah bersih utk diminum, tetapi kenape tidak boleh dgunakan utk berwuduk? Dalam erti kata lain, dikatakan sebenar HAK HALAL apabila syarat utamanya adalah penyedia sst makanan tsbut dr awalnya adalah org Islam. Soal ada org islam sendiri yg adakalanya mengabaikan sifat2 halal ini, kita serahkan saja pd Allah yg Maha Mengetahui. Tetapi kalu kite sendiri serahkan HALAL kpd org yg tidak boleh dipertanggungjawabkan (org bukan Islam), apakah kita nk persalahkan mereka dihadapan Robbuljalil?
Halal haram, bukanlah sst yg boleh dicop atau ditanda "HALAL" krn hakikatnya org Islam sahaja yg mempunyai nilai-nilai dosa & pahala.
Pada perkiraan mata kasarnya, tahap penilaian JAKIM mungkin ada caranya tersendiri utk menentukan status halal ni, tetapi apakah "kuasa" yg ada pd JAKIM utk memastikan sst bragan itu halal selamanya?. Apakah JAKIM 24 jam memantau penyediaan sst brangan? SEBELUM mendapat kelulusan "HALAL", apa yg JAKIM syaratkan tentunya pengusaha akan patuhi. Tetapi apakah JAMINAN SELEPASnya?
Oleh itu, kita sebgai pengguna, biarlah brgan HALAL itu datangnya dr pengusaha atau org2 Islam sendiri. Mungkin kita tidak mati dan tidak menjadi darurat kalau kita tidak membeli barangan2 tertentu. - Wallahua'lam

salam aku tak percayas sangat benda macam nie..
kalau betul2 daripada jakim aku percaya

milo tabur -

kalu benar semua makanan ni xhalal..pihak jabatan agama dan pihak2 berkenaan perlu jalankan tindakan tegas termasuk memberikan kenyataan sebenar berkenaan dgn isu ini..jika benar ia benar, manakala pihak berwajib tidak mewar2kn hal ini secara mutlak, maka segala dosa umat islam yg mengambil makanan ni adalah di bawah tanggungan anda..sbb da banyak aku bace email2 camni..tp xde pe pn..cmner org awam mcm aku nk caye..

Bila bukan Islam diberi kepercayaan menjaga Haq Halal beginilah jadinya... apapun di dalam isu Halal, adalah lebih baik mengutamakan barangan buatan orang Islam....

bukan kfc dah di take over oleh j corp ke

betul ke ni?

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan

pernah baca benda ni.tapi ragu2 dgn fakta2 yg dihujahkan sbb
cara kajian ni dilakukan.maaflah.pernah juga baca ulasan pihak jakim.ok je.tp dulu la.skrg tak pasti.dan pernah juga dengar ikim, pasal kfc mcd ni.seingat saya tak ada masalah.cuba cari ye;)

yang aku tau ade JAKIM, MAIM tak tau plak exist ke tak. kalau MAIM tu exist, takkan la JAKIM boleh approve sijil halal untuk McD ngan KFC kan?

uishh jgn la duk memain benda halal haram nih wei....jgn main sedap mulut jerk cakap...makanan apo pon klu nk makan dah ader rase was2 halal n haram....dah jadik tak ley makan dah....jgn main2 wooo

Wa lagi percaya apa yg di inform oleh CAP drpd jakim..CAP lg serius pntau bab halal haram nie..kalau nak lebih sahih..sila rujuk buku halal haram yg dikeluarkn oleh CAP..buku tu sgt lengkap dengan info sal halal haram..

@Abdul Hakim

JAKIM wujud untuk membolehkan kita hidup tanpa was-was. kita hidup dalam negara Islam tapi takde pengawasan menyeluruh tentang Islam. Kalau takde JAKIM, semua makanan kita boleh cakap haram, sebab kita hidup dalam was-was. Kalau kita masak, kebanyakan bahan-bahan kita beli kat kedai, macam mana kita nak pastikan bahan-bahan tu halal? nak check satu2? mati la macam tu. unless la orang Malaysia ni semua sembelih ayam sendiri, tanam sayur sendiri, buat tepung sendiri, Tu pun kalau kita masak sendiri, orang-orang kat bandar, ada masa ke nak masak sendiri?

Dalam KFC dan McD ada rempah rahsia (secret recipe) yang
dicipta oleh org bukan Islam dan tidak diketahui kandungannya, even JAKIM pun tak tahu kandungan secret recipe tu... wallahua'lam.... JAKIM keluarkan sijil berdasarkan maklumat yg diberikan oleh pengeluar....

Jangan paranoid la. Cuba fikir siapa yang keluarkan senarai itu? Lembu mana entah yang keluarkan pun engkau orang semua percaya? Ada sesiapa sahkan? Ada laporan makmal? Macan nielah orang Melayu/Islam senang diperbodohkan. Siasat dulu! Ini menjadi fitnah. Jangan samdol/dungu macam Saifool!

-Anjang Aki

j corp dah amik alih kfc laa...dan mereka ade komiti syariah nye. maka jangan lah ragu2 lagi..sebab itu dah jadi tanggungjawab mereka...Insya"Allah..kena yakin...KFC luar negara..memang kena was2...sekian.

"Jangan paranoid la. Cuba fikir siapa yang keluarkan senarai itu? Lembu mana entah yang keluarkan pun engkau orang semua percaya? Ada sesiapa sahkan? Ada laporan makmal? Macan nielah orang Melayu/Islam senang diperbodohkan. Siasat dulu! Ini menjadi fitnah."

- Aku sokong kenyataan ini.... kalau stakat print senarai aku boleh.. letak jer bawah senarai tu JAKIM ....
-J Corp dah ambil alih kfc... tu fakta.... bukan statement auta!!!!!!!!

abis tu ayam kat super market @ pasar tu halal x? daging suma halal x? ko tau x org yang sembelih tu wajib attend kursus sembelih... and yang attend tu plak x suma melayu... yang cina, india yang attend tu kompem ker islam? pesal ko x ckp jer suma barang yg dijual kat malaysia ni haram..

dear xordy

Tak nafikan peranan JAKIM antara peranannya dalam mengenal pasti sejauh mana halal haram sst barangan tersebut, tetapi sejauh mana kewajaran HAK HALAL itu DIBERI kpd Non_muslim? Tak tahu lah sejauh mana keyakinan masing2 sekiranya anda makan dikedai muslim (wpun tiada tanda halal) berbanding kedai Non-muslim wpun ada logo halal. p/s: rata2 kalu sekitar KL nih main bedal jer..
Persoalan yg cuba disampaikan adalah kekuatiran wujudnya manipulasi ke atas sijil yg diberikan dengan lebih 80% sijil logo halal diberikan kepada Non-Muslim!!! Berapa byk laporan yg kite dengar, sijil halal ditarik balik, sijil halal palsu dan seumpamanya. Ini menandakan tahap "HALAL" yg diberikan adalah bersifat sementara. Kalu diperhalusi lg, apakah mereka memikirkan dosa pahala sekiranya menyediakan brgan haram pun sekali ditambah apabila ada ruang2 utk mereka berbuat demikian? Dalam aspek perniagaan, memaksimakan keuntungan dan meminimakan kos. Apakah kita yakin mereka benar2 jujur selamanya? Ini adalah bab pemakanan yg sukar kita nilai dr sifat fizikalnya samada HALAL atau haram. Bolehkan anda membezakan antara ayam yg dsembelih atau tidak? Soal pengusaha menyediakn barangan yang bersih lg suci adalah menjadi t/jwb penguasa (melalui JAKIM sbg cntohnya) tetapi kewajaran HAK HALAL sama sekali TIDAK WAJAR diberikan kepada mereka (Non-Muslim).

Kamen Rider Black~ delete 17 May 2010 at 20:56

Salam,
Cilik, imho:

1) aku pun susah nk percaya benda camnie...unless ade bukti mcm barcode @ number yg menunjukkan produk tu mmg dr unsur2 yg xhalal.

2)aku setuju gak ngan beberape point yg dikemukakan oleh abu hakim.

3) aku mmg dh xmkn McD, Pizza n KFC sejak boikot hr tu...walopon kfc n pizza jcorp dh amik...tp diorg still kne bayar royalti pd YUMS........

Salaam,

Flyers ni dah melayang semenjak 90an dan banyak pihak dalam senarai tu dah menafikan diorang terlibat dalam penyediaan senarai tu..

Krilll...

Salam,
semangat sesetengah saudara Islam kita ini untuk mengingatkan sesama saudara Islam yang lain amatlah dihargai.. Tapi fakta2nya hendaklah tepat dan mengikut keadaan semasa.

Seingat saya senarai barangan diatas telah dikeluarkan sekitar tahun 80an & 90an, sebelum tanda Halal Jakim lagi. Jenama2 seperti minyak CAP HELANG HAZELINE SNOW KASUT BOLA JENIS 'GOLD CUP'BERUS GIGI 'REACH'JENAMA VITALIS TONIk BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND, semua jenama lama ,dah hampir tak wujud dah.. cuba tanya 'old timers' kalau tak caya

KFC dulu memang dipertikaikan, sekarang mereka dah ada majlis syariah mereka sendiri..
Apa2 pun periksa tanda Halal sebelum membeli..


-saleh

ini flyers lama punya daaa...
kita harus ada daya fikiran untuk berfikir bukan main hentam haram jaaa....aku rasa ralat dengan sesetengah syarikat Melayu cara nak melariskan barang adalah dengan cara menegeluarkan pendapat bahawa barang saingan mereka yg bukan islam adalah HARAM...mana punya fatwa ni??? contohnya MLM sebuah syarikat ni dia kata semua barangan dalam Malaysia kelauran bukan Islam ada lemak babi padahal barang2 tu ada pengesahan JAKIM...sila rujuk website JAKIM

teringat kata2 ust. asri (bekas mufti perlis)..kat Malaysia ni x perlu cop halal..sepatutnya ada cop haram...cuba fikir baik2, agama rasmi negara kita adalah agama Islam, dan kita mengatakan negara kita negara Islam..jadi, sepatutnya kita x perlu risau pun nak pilih barang ke, nak was-was benda ni haram ke tak ke..contoh kita pergi Arab Saudi or Jordan..kita da tahu negara tu negara Islam dan kita x takot pun nak cari makanan kat sane..banding kalau kita pergi France or Italy..kompem kita kelam kabut nak cari cop halal sebab kita tahu negara tu mmg bukan negara Islam..so, negara kita ni golongan mane?? sepatutnya kita x perlu risau pun..dan kalau buat cop haram, x akan ade masalah tiru cop haram..haha...syarikat mane yg nak buat cop haram tiruan..kompem x ade sape2 nak beli..tapi cadangan cop haram ni x pernah diterima oleh JAKIM..

kalau ko percaya dengan sepenuh hati makanan yang kau makan tu halal walaupun haram tetap xde ape2 masalah.cuma ko kena percaya betul2.ko kena elakkan was-was..

bender nir tak silap ak da lame da,,, beberapa tahun da mender ni kuar,,,
x byk yg betul atas nirr..
statement di atas takda bukti kajian secara terperinci,,, tak da bukti sah kajian dari pakar,, ..
...

i'm bot sure about mcD, tapi KFC sekarang di bawah anak syarikat Johor Corporation.xkan syarikat islam tu nak jual barang xhalal?

Setuju dengan Abu Hakim...
Bila ada orang datang membawa perkhabaran, berlapang dada untuk mendengar. Jangan terus menuduh dusta dan jangan juga lekas percaya. Perhatikan saja isi khabar. Fikirlah kenapa mesti ada orang yg cuba memberitahu kita. Tidak ada kepentingan pun dari orang yang menyebar... Saya merasakan ia lebih kepada rasa tanggungjawab sesama muslim. Bila dah ada orang yang bagitau kita, klu tak nak terima, semak. Atau itu bukan tanggungjawab kita? Kita wajib mencari yang halal.

saya menyokong hak halal untuk muslim sahaja. Kerana muslim yang mukmin tahu dan sedar, mereka ada tanggungjawab untuk menjawab dengan Allah di akhirat nanti tentang apa yang mereka keluarkan untuk digunakan oleh muslim lain. Jika takut pada Allah, pengeluar produk ini takkan berhelah dalam busines mereka. InsyaAllah, setiap yang MUKMIN itu takut pada tuhanNya...tapi MUSLIM belum tentu. kalau muslim boleh diragui, apatah lagi non-muslim?

Jangan pula kita lemas dengan sebaran yang begini kerana kita masih gagal menguasai nafsu untuk mengekang diri jika ia benar. Jangan sekadar menghempas tanggungjawab ini kepada JAKIM etc. Sebaiknya, perhalusi apa sahaja yg kita konsum kerana ia melibatkan apa yang mendarah daging dalam tubuh kita. Biar ada gentar dalam hati jika tubuh pemberian Allah ini kita cemar dengan produk yang samar status halal dan haramnya.

Ambillah peranan masing2 dalam isu ini. Kerana yang haram akan menghijab doa dan ibadat kita kepada Allah.

mardhatillah

orang yang tak tahu erti islam dan tak mengenal Allah itu adalah haram kita makan dia sembelih walau pun dia orang melayu tetap haram

Salam, mungkin benar informasi ini. Tetapi valid pada tarikh bila? Mungkin betul pada tahun 2005, tetapi mungkin tidak sekarang. Sebahagian mungin betul sehingga kini. Namun, setiap info perlu diberikan tarikh ianya diperolehi dan sumber asalnya. Pada saya, lebih penting tahu kesahihannya pada masa sekarang. Sebagai muslim, kita kene pastikan ianya benar. Yang yakin kita teruskan, yang ragu-ragu tinggalkan dan jelas haram pun kita tinggalkan juga. Berpandukan fakta dan bukan fitnah dan palsu. Jangan takut kebenaran dan buktikannya sebagai hujah yang jelas dan tepat. Pihak berwajib perlu mainkan peranan. Wallahua'lam.

aku x percaye langsung statement2 yang xde bukti ni..
jgn la nk ckp ikot sedap je.. fitnah tu lagi terok dr membunoh..
kasi bukti baru la boleh post macam2..
untuk mengelakkan berlaku slah faham.. si penyebar berita palsu.. sile delete post ni k..

Salam Si Cilik @ MiloSuam.

Thanks for the info. Tapi kalau boleh lu forwardkan benda ni kepada JAKIM dan mintak penjelasan dari pihak berkenaan. Gua? Malas la bro..biasakla...Melayu. Nak komen dalam ni pun makan masa.

Kekalkan kredibiliti blog ni. Macam lu explain 1Malaysia klon 1Indonesia. Walaupun ramai kondem lu, tapi lu ada asas untuk cerita. Gua respect lu bro!

Tapi isu 1Malaysia tu isu politik, halal haram ni isu agama kita ISLAM. Tolong bro, gua harapkan lu...sebab gua memang tak boleh harap.

Chaossss...

sebaiknya pihak JAKIM dan PPIM bersama-sama memastikan isu halal haram ini ditangani secara telus....tanpa ada double standard...yang halal itu jelas..yang haram itu jelas...sekrg ni yang was-was sepatutnya diperjelaskan...agar tidak timbul keraguan lagi di kalangan org Islam di Malaysia...semua ini akan memberi kesan kpd ibadat dan sikap org Islam yg akhir-akhir ini yg byk terlibat dlm isu2 sosial...spt buang anak, anak bunuh ibu, bapa bunuh anak dll...yg mana sedkt sebyk berkait dgn apa yg kita makan....wallahhua'lam

apsal la suka sgt wat teori sendri...pegi la wat research..g tnye ngn mta kpala sdri..bkn men google je..

haih...btol tu...suka sgt buat teori sendri..ops! lupe lak..skrg kn zaman facebook dan youtube..sume org kn rujuk facebook dan youtube je..bnda2 reseacrh neh org xmain dh....wat quiestionaiire ke ape ke..haha..

Soal hala Haram ni memang menjadi suatu isu yang sensitif.
Dan kalau kita nak mengharamkan yang halal..kena fakta dan disokong dengan bukti yang kukuh...bukan sekadar sekeping kertas yang telah di scan..yang kita sendiri tak tau dari mana datang nya..dan mungkin juga sekadar suatu provokasi..
Negara kita sekarang ni telah perihatin terhadap perkara ini..
Kalau tengok sendiri dan teliti dengan betul...beberapa barang yang disenarai tu...tidak sepatutnya mengandungi "lemak" tak kira la babi ke unta ke kambing ke kura-kura ke....kerana sifat "lemak" itu sendiri tidak sesuai untuk di campurkan dengan sebahagian daripada barang yang disenaraikan itu....
kerana dari sifit kimianya ianya tidak sesuai untuk dicampurkan bersama....so gunakan akal yang rasional..dan analisa setiap fakta yang kita terima...jangan terus percaya je..{just to share the knowladge- by me- Fancie)

kalau duit yang kita pegang dan pakai hari-hari tu dari pasar babi, kira halal jugak ke? kalau duit gaji kita yang dibayar oleh kerajaan datangnya dari cukai magnum dan toto pun dikira halal ke? kenape orang cina yang suka makan babi dan makanan lain yang tidak halal namun statistik menunjukkan bahawa mereka ni hidup lebih panjang dari bangsa lain? bangsa cina adalah bangsa yang paling banyak mendaftar untuk menderma organ bila mereka mati, tapi boleh kah kita menerima organ dari mereka sedangkan darah mereka mengandungi najis? kenape bila kita desperate dan minoriti kita kata semua boleh dan halal, tapi bila kita senang dan majoriti kita kata tak boleh dan haram? boleh tak kita jawab nanti dengan Yang Maha Esa kalau diaju soalan ini? siapa antara kita kat sini yang pernah sampai ke syurga dan neraka dan balik semula ke dunia ini untuk menceritakan bahawa ajaran agama kita adalah yang benar dan semua ajaran agama yang lain salah? kita boikot barangan us dan eropah kerana kita tuduh barangan dia tak halal, tapi yang jadi mangsanya orang kita sendiri, sebab orang kita yang paling bekerja kat kfc & macdonald, terutamanya penuntut ipt mcm saya yang buat part time kat situ. susah lah hidup kalau semua tak boleh, tapi malaysia boleh kan???? kompius dah ni.

aq masih x paham pasal alkohol ni.kalo kite pakai minyak wangi alkohol slh ke?sbb tidak melalaikan kite.harap dapat terima repl yg positive

Pendekar Panji Hitam delete 16 December 2010 at 00:48

bercakap tentang HALAL di MALYSIA, sememangnya tahap makanan HALAL di MALAYSIA memang berada di tahap yg MEMBIMBANGKAN. Sebabnya, pemimpin2 pemerintah tak kisah pun samada makanan yg di makan masyarakat Islam di negara ini HALAL atau tidak. Ini kerana, JAKIM tak melakukan pemantauan terus menerus disebabkan peruntukkan untuk melaksanakan tugas2 tersebut tidak mencukupi. JAKIM hanya mengeluarkan saja Sijil HALAL kepada pengusaha2 tersebut setelah pemeriksaan dibuat pertama kali & selanjutnya namun GAGAL melaksanakn pemantauan berterusan & penguatkuasaan yg lemah disebabkan hal kewangan tadi. Maka tak hairanlah, di Malaysia ini semakin banyak makanan yg berlogokan HALAL namun diragui status HALAL tersebut. Ajaibnya, pemerintah2 Melayu yg namanya je ISLAM tak mengambil peduli secara serius pun tentang hal tersebut.

tadi ada terbaca yang semua jenis ubat sirap itu termasuk dalam senarai tidak halal,tak mungkin KKM tak semak semua uabt yang dikeluarkan????

RISALAH TERSEBUT MENYATAKAN " KAJIAN DIBUAT OLEH ... "
Haha.. kalau benar kajian yang mereka buat tunjukkan dimana bukti yang menyokong semua data di dalam risalah mereka itu. Apa method yang mereka gunakan, makmal mana yang mengesahkan dan sebagainya.

Wahai rakyat Malaysia, jangan mudah sangat percaya dengan khabar angin dan fitnah sebegini rupa melainkan terdapat bukti2 yang kukuh. Kaji lah dahulu dan fikir semasak-masaknya kerana sekiranya apa yang kita sebarkan mengandungi fitnah, penipuan dan ia mendatangkan DOSA yang berpanjangan. Risalah sebegini aku lihat fitnah yang simple tetapi bahaya kepada umum, kerana orang yang suka ambil sesuatu tanpa usul periksa suka merosakkan kebaikan. Ancaman fitnah lebih besar lagi lah dasyat.

yang haram itu jelas..kalu tanak pecaye sudahla tapi jangan menyesal kt akhirat nt ...byk lg pilihan lain yang boleh djadikan makanan..

alaa orang yang bercerite nie pown tengok2 makan gak meggi pejadah kat kedai cm die leh tau halal ke tak..

apa yg aku tahu, KFC kat Malaysia under KFC Holding,semua produk KFCH adalah buatan malaysia, pemilik semua melayu..ini aku dengar taklimat dari pgerusi KFCH sndiri tan sri Muhammad ali hashim..wallahualam..


EmoticonEmoticon