Rashid Sidek disahkan H1N1




H1N1 kembali lagi kali ini melibatkan seorang personaliti terkenal iaitu bekas jaguh Badminton negara yang kini merangkap Jurulatih badminton perseorangan Rashid Sidek disahkan positif Influenza A (H1N1). Bagi anda diluar sana dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan gelombang baru H1N1 ini. Utamakan kesihatan anda dan keluarga.


KUALA LUMPUR 1 Mei - Jurulatih badminton perseorangan lelaki negara Abdul Rashid Mohamed Sidek disahkan positif Influenza A (H1N1).

Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz berkata, perkara itu disahkan oleh hospital swasta yang kini merawat Rashid dan seorang anak perempuannya yang juga disahkan positif jangkitan tersebut.

"Kami telah dimaklumkan oleh pihak hospital yang mengesahkan perkara itu dan tindakan susulan akan diambil oleh pihak ISN bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung wabak tersebut daripada tersebar,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini malam ini.

Rashid dan anak perempuannya yang berusia lima tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan petang tadi setelah menunjukkan simptom-simptom dijangkiti H1N1. - Bernama

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan