Samy Vellu akhirnya menggunakan kuasanya dipercayai kerana didesak untuk meletak jawatan oleh orang bawahannya. Lantaran panas hati dengan timbalan ketua pemuda MIC, Timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan hari ini dipecat daripada parti itu.
Ketua jawatankuasa disiplin parti, Tan Sri KS Nijhar ketika dihubungi Malaysiakini memberitahu dia dimaklumkan berhubung pemecatan itu.
Bagaimanapun, katanya, pemecatan itu tidak dilakukan oleh jawatankuasa yang diketuainya.
Menurut perlembagaan MIC, keahlian anggota parti itu boleh ditamatkan oleh jawatankuasa disipilin dan juga melalui kuasa presiden setelah berunding dengan timbalannya.
Menurut Mohan, pemecatan Mugilan bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau sering kali membuat kenyataan yang membidas pemimpin MIC, khususnya Samy Vellu.
Katanya, keputusan menyingkirkan Mugilan itu dibuat berdasarkan dua faktor.
Katanya, jawatan timbalan ketua pemuda akan dikosongkan sehingga pemilihan parti itu yang dijadualkan pada tahun 2012.
Desas-desus Mugilan akan disingkirkan bertiup kencang sejurus sebelum pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 April lalu.
MIC pada mulanya mencalonkan Palanivel di kerusi berkenaan tetapi ia ditolak oleh ahli akar umbi Barisan Nasional, khususnya Umno yang mendakwa timbalan presiden kurang berupaya.
Sejak itu, Mugilan yang kecewa terus membidas presidennya dan mendesak pemimpin yang telah menguasai MIC hampir 31 tahun supaya berundur.
Terbaru, pagi tadi, dia mencabar Samy Vellu presiden MIC itu untuk berdebat secara terbuka dengannya pada Ahad ini untuk membuktikan sepanjang 11 penggal menerajui parti India itu, Samy Vellu gagal menaikkan taraf hidup masyarakat India.
Semalam, Mugilan pada satu sidang akhbar di Petaling Jaya, berkata bahawa beliau sanggup berhadapan dengan apa-apa tindakan parti setelah merujuk kepada peguamnya.
tak kisah la...samy vellu ke..mugilan ke..najib ke..semua tu kroni busuk...diorg juga yg bunuh bangsa melayu,india,cina,iban..diorg juga yg makan duit kita semua.so,yang penting,tolak BN dari menerajui negara Malaysia yg tercinta ni di masa hadapan..kami suara pemuda dah muak dgn kroni2 umngok-BN ni...
ReplyDeleteikhlas dari - PEMUDA UMNO MALAYSIA
diam la
ReplyDeletesammy bullu? kah kah kah.... :D
ReplyDeleteAWANG SEMPAI
berubah la wahai BN kalau nak sokongan rakyat....kaji sikit apa keperluan rakyat...bukan keperluan kroni korang...dari dulu asyik pakai taktik sama je....duit,media,janji manis...tapi rakyat susah jugak,barang mahal,gaji rendah,rokok naik,minyak naik,gula naik......cukai sana-cukai sini...tapi rakyat masih susah....kita terima pembangkang bukan sebab pembangkang tu bagus sgt tapi sebab BN teruk sgt...hampeh
ReplyDeletePost a Comment