Tuesday

Wajah pembunuh adik Aminul Rasyid





Mesti ramai yang teringin nak tengok wajah pembunuh adik Aminulrasyid, kali ini anda boleh lihat secara jelas wajah Polis yang telah meragut nyawa adik Aminul Rasyid kerana menyangka Allahyarham adalah seorang penjenayah (Dia sendiri pun tak pasti siapa dalam kereta tu, tapi main tembak je ikut suka hati!) Samaada si Polis berpangkat kopral ni bunuh dengan sengaja ke tak sengaja atau lain-lain alasan biarlah mahkamah yang tentukan, apa pun dia telah menyebabkan kematian adik Aminul Rasyid maka secara rasminya dia mendapat title 'pembunuh' jadi jangan ada yang nak pertikai tajuk entry ni. Berikut gambar Polis tersebut sila klik kalau nak tengok muka dia dengan lebih jelas.









SHAH ALAM 10 Mei - Selepas kira-kira dua minggu Aminulrasyid Amzah mati akibat terkena tembakan polis, seorang koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian remaja berusia 15 tahun itu.

Jenain Subi, 48, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim M. Gunalan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 10 Jun ini untuk sebutan semula kes tersebut. - Utusan

30 comments

Kamen Rider Black~ delete 11 May 2010 at 07:11

sorang aje...bkn ade 4 org ke mase tu......yg len tu xkne ape2 ke...diorg x stop si jenain ni mase tembak, kire bersubahat le nih....xkan lepas cenggitu je..

ada muka dia yg lebih jelas di http://modern2talking.blogspot.com/

kesian anak bini dia.. (T_T)

btol tu...kesian anak bini cucu cicit....

kalo nk bwt sseuatu fikir btol2..jgn pkai tembak je...ikot prosedur....dh jdi cmni bru nk trigt ank bini cucu cicit??? xgune dh la...

POLISSSSS....ala kes sure xda apa2 nye.....malaysia kannnn...faham2 je la....

gimik je bwk pembunuh masuk mkamah...last2 lepas cam tu je.....mana ada keadilan kat malaysia ni......semua bleh beli dgn duit....tambah2 ni kes libatkan krjaan ......

btol la, mn 3 org lg ????, ni br sorang ja

Berjuta ringgit dibelanja utk jadikan polis professional tapi akhirnya jadi pembunuh.

Berjuta ringgit dihabiskan utk melatih polis menembak dgn berhemah, buat kursus dan peperiksaan PTK, tapi inikah hasilnya?

Lepas ni beribu2 ringgit pula dihabiskan utk bagi makan free kat pembunuh tu di penjara.

Tapi apa yang keluarga arwah dapat? Pembangkang pula dituduh jadikan isu ini politik. Apakah keluarga arwah itu orang kuat parti2 politik? Apakah mereka tidak puashati kerana hasutan politik? Anak sendiri mati dibunuh, apakah perlu kepada hasutan politik untuk merasa tidak puashati.

Cara nak fahamkan org umngok senang je. Tunggu anak korang pula kena. Insyaallah fahamlah.

kat facebook koperal ni mmg nampaklah semangat 1 malaysia dia...
so dah tau lah jenis yg cam mana koperal ni

This comment has been removed by the author.

rileks la..kepoh korang ni.

tunggu la bicara.

Komen semua emosi tak de komen yang matured...keh keh keh..

Mcmanapun secara umum aku masih sokong polis malaysia.

memang sedih ingat kes adik aminul rasyid ni
2 orang anak buah i satu bas dgn dia ke sekolah..
tapi bila tgk wajah abg polis ni...terasa kesian kat wife dan
anak anaknya...
kita tak mampu melawan takdir...

muka mcm penjenayah la...heh3
muka adik amirul y baik tu plak die bleh aggap penjenayah..
ngok btul

Bukan dia seorang sahaja yang terlibat, mana polis yang lain? Kenapa tidak dakwa mereka yang subahat dan mereka yang terajang azam sebagaimana cerita azam sabagai saksi? Bila nak bersih nama Aminulrayid yang di lebel sebagai penjenayah termasok saksi? Polis mesti istihar ada parang atau tidak dalam kereta. Seolah2 polis nak lepas anggota yang bersubat pada malam itu. Adakah seorang sahaja yang di hukum ringan nanti, cuma kena penjara beberapa tahun dan lepas.

Hakim //////BODOH PUNYE POLIS....kate nk selamatkan org...ni bunuh org je reti

bunuh pnjahat xpe..ni org2 baik pon n bunuh jgk

sebelom bunuh penjahat...
polis berlatih bunuh org baik dulu...
bunuh bdk sekolah, arga tua dan sebagainya...
nanti dah mahir baru polis bunuh penjahat... perompak, penyamun dan sebagainya...
janganlah marah Polis... Polis hanya berlatih!

Aku rasa macam tak kena ja kat mamat polis ni.Buat muka sedih.
Apapun selamat berbicaralah kamu di mahkamah nanti,Jgn cakap tipu
cakap yg jujur,kita patut bangga ngan polis ni.Kalau boleh serapkan dia kat polis israil,sebab org macam ni layak dok kat sana ja.

Tak payah la emosi sangat.Kita semua bukan ada kat tempat kejadian pun masa tu.Setakat cakap pung pang pung pang boleh la.

Kita tak tau apa yang polis tu rasa masa tu.Kita tak tau pun apa yang arwah rasa.Masing-masing ada matlamat sendiri.Sorang nak pulun lari..sorang lagi pulun nak hentikan.Kalau la takdir yang polis tu kejar mmg seorang penjenayah...kemudian terlepas.Ntah2 besok lusa penjenayah tu bunuh orang pulak,aku rasa korang jugak bising2 salahkan polis.

Ye la..polis tu pun bukannya tahu umur budak tu.Kerja polis ni bukan macam kerja posmen.Diorang mengadap kes tak tentu masa.Ingat polis tu macam x-men punya ketua ke nak baca fikiran orang.

Yang si jalak atas tu mengomel pasal kos juta-juta la..apa ke bengap.Ingat semua polis ke terlibat? Cerita sikit negara mana polis tak buat salah? Polis kutub utara?

Letih la aku tgk orang-orang jenis bising tak tentu hala macam ni.Mengalahkan family arwah.

haihhhh....

Aku sokong...budak2 kat sini terlebih fantasi sbb byk tgk movie polis.

huh.. semoga pdrm tetap d landasan yg benar.. kpd tertudh KPL J... kami sentiasa bersma-sama.. jasa dan pengorbann ttp d kenang.. hanya manusia berdarah perwira yg snggup bergelar anggota.. bukan senang nk senang.. bukan susah nk susah.. jika apa yg berlaku pada beliau.. kesan akan terjadi pda anak2 bini beliau... seperti mana yg berlaku pada ahli keluarga arwah adik amirul.. belom lg degar operasi jenayah berat.. nk mengadap penjenayah bukan mudah.. mcm lepak kedai kopi.. nk lahirkan anggota bertauliah bukan mudah.. dari bwah hingga tetggi.. aku rasa yg hentam pdrm nie.. mmg x bersyukur dgn nikmat keamanan yg terjaga sekian lama.. apa2 pon.. terima kasih pdrm.. keranamu kami semua aman dan damai.. berjalan bebas tanpa ancaman...

owh...betul la org luar kata..org Malaysia pandai cakap je..cuba buat tengok..

You can talk the talk, but can you walk the walk?

bg aku senang je..bila kita masuk satu pihak dengan bahagianya kita kutuk pihak satu lagi..cuba korang bayangkan korang polis..dengan kes ragut, kes rompak, kes bunuh, kes rogol, kes curi moto, kes mat rempit, kes PATI, kes pelacuran, kes dadah, kes pukul, kes samseng, kes berlagak samseng dll boleh ke survive jika polis kita sopan semasa mengejar suspek?

lepas ni kita kasi polis pakai pistol air..hampeh..aku pun ade pistol air..siap boleh buat baka lagi..

Ceritanya mudah saja. Yang berhak berkata2 samada masih maafkan polis atau tidak ialah keluarga mangsa.

Orang lain lum kena lum tau.

yg jadi persoalan lain adalah adakah ada dalam alquran..hadis ..sunnah. apabila kita jadi polis kita tidak berdosa membunuh orang,adakah darah org lain halal utk ditumpahkan? kita dering bicara soal dunia tapi kurang soal akhirat...jomosan

bagi aku polis ni cuma menjalankan tugas. ape yg die buat tu dh mmg kerja die. cuma, he did a big mistake at a very wrong person and a very wrong time....so, he has to pay for it la.

ape2 pn, Malaysia is 'boleh land'..any outcome from the court later on will not suprise me at all. dh boleh agak ape akan jd..

Hampa tak jadi polis boleh sembanglah... Cakap pembunuh la... Senang je no... Kalaulah yang ditembak tu betul2 hardcore punya manusia... perompak, pembunuh... mcm mana ? Nak kena salam dulu ke ? Dalam keadaan malam , mcm2 boleh berlaku... Kamu janganlah terpengaruhi dengan dakyah komunis yang suruh rakyat benci polis... Ingat... darah daging komunis yang mengalir telah pun pindah d bandar2.... Fikirlah.... Rasanya... esok2 ... kalau rumah engkau kena rompak ke, anak atau bini kena rogol ke.... Tak payah minta bantuan polis.... Minta je kat komunis2 tu.... Kalau jalan jam ke tak perlulah minta bantuan polis... Sama2 kita keluar kereta dan tolong menolong atasi jam.... PDRM... ramai yang salute dan menghargai pengorbanan anda... kecuali... puak2 komunis...

bukan sume polis kt mas ni teruk,
cume skarang ni, kes polis berperangai teruk da menjadi2...
so, jgn salahkan org yg komen, kalau polis sendiri dah bnyk masalah...
ak pun pnah kne dgn polis2 yg bermasalah ni, (mmg betul laa)
hehe...dorg jd polis diberi gaji, bkan free...so, bwat laa keje korg,
jgn nk merungut kt sni...so, nk sedap lagi, bwat keje biar ikhlas...
xla mkn gaji bute...n jagan sedap2 amal rasuah, amal ibadat xpe...
xde puak2 kominis, puak2 yahudi ad laa...kt mas ni, rayak xble bwat ape2, so kteorg just ble ckp..luahkan perasaan...itu je yg termampu...

polis2....
reputasi polis skang mmg teruk...
pasal rasuah , xyah ckp....
sogok rm10 pun die ambek....

skang nih nk maen2 tembak2 plak....
aduhai...ap la nk jadi...
nk cpat naek pangkat ke ap xtahu lah......

Allahyarham Aminulrasyid Amzah dalam kenangan...

Saya sumbangkan video kenangan allahyarham dan...al-fatihah.

http://www.facebook.com/fuzzlei

Hampa tak jadi polis boleh sembanglah... Cakap pembunuh la... Senang je no... Kalaulah yang ditembak tu betul2 hardcore punya manusia... perompak, pembunuh... mcm mana ? Nak kena salam dulu ke ? Dalam keadaan malam , mcm2 boleh berlaku... Kamu janganlah terpengaruhi dengan dakyah komunis yang suruh rakyat benci polis... Ingat... darah daging komunis yang mengalir telah pun pindah d bandar2.... Fikirlah.... Rasanya... esok2 ... kalau rumah engkau kena rompak ke, anak atau bini kena rogol ke.... Tak payah minta bantuan polis.... Minta je kat komunis2 tu.... Kalau jalan jam ke tak perlulah minta bantuan polis... Sama2 kita keluar kereta dan tolong menolong atasi jam.... PDRM... ramai yang salute dan menghargai pengorbanan anda... kecuali... puak2 komunis...
...........................

Dah sah.kata2 yg diatas 2 mmg sah kata2 org Umngok...!!!


EmoticonEmoticon