Monday

Lebih 700 peneroka saman FELDA


Seramai 766 orang peneroka Felda telah memfailkan saman sejumlah RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu (Felda) berkenaan dakwaan terlibat dalam kes penipuan dan pecah amanah hal jual beli hasil kelapa sawit.

Tuntutan itu telah difailkan oleh seorang peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting juga Gugusan Raja Alias, berhampiran Jempol, Negeri Sembilan.

Mereka telah menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd kedua-duanya masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.

Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi di dalam melakukan penipuan dalam untuk jual beli hasil buah sawit" selama 15 tahun.

Menurut Sivarasa, dalam pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus - seperti kajian Lembaga Kelapa Sawit Malaysia.

Katanya, pihaknya mempunyai dokumen bagi membuktikan bahawa pada tahun 2008 sahaja, setiap peneroka kerugian RM20,000 ekoran kadar itu.

"Ini bermakna selama 15 tahun, Felda menyebabkan kesemua 766 peneroka ini kerugian sebanyak RM200 juta," kata Sivarasa.

Sehubungan itu, Sivarasa yang juga naib presiden PKR memberitahu, kesemua plaintif menuntut ganti rugi am dan teladan, bersama faedah untuk penipuan dan pecah amanah yang berlaku.

Sementara itu, sejak jam 9.30 pagi tadi, kira-kira 300 peneroka Felda mula berkumpul dan memenuhi mahkamah tinggi tersebut bagi menunjukkan sokongan mereka.

Kedengaran mereka bersorak kuat berulang kali tanda sokongan ketika ahli parlimen Subang itu membacakan kenyataaan medianya kepada pemberita selepas memfailkan tuntutan itu.

Dua lagi peguam peneroka tersebut Latheefa Koya dan T Kumar turut hadir.

3 comments

erm..
nampaknya sape saman sape nih?
kononya dulu felda nak saman keadilan..
tapi peneroka plak saman felda... sape yg bohong???
felda skg di bawah najib..ahaks..


-amri-

Hari raya menjelang tiba, marilah kita berkunjung sanak dan saudara. Sungguh meriah suasana raya di felda2 yang warganya hidup harmoni penuh kesungguhan dan sentiasa bersyukur kepada Illahi kerana rezeki yang diberi.

Dan dengan sikap baik hati org2 Islam felda inilah para penyamun separuh botak dan kuncu2nya mengambil kesempatan menyelewengkan harta mereka sehingga kesusutan luar biasa wang felda didedahkan oleh menteri mereka sendiri.

Ayuh bangun anak2 felda. Gunakan hari raya untuk membincangkan isu nasib kamu sendiri ditangan pengkhianat felda. Kalau apa yang dibina oleh bapaknya dulu pun dia boleh selewengkan tanpa rasa derhaka da berdosa kepada bapak sendiri, inikan pula warga felda yang masih ditahap sederhana bukan darah daging dia.

Sebarkan maklumat penyelewengan felda pada hari raya nanti kerana ia adalah perjuangan menuntut hak kamu sendiri. Apa gua melaung marahkan israel kerana menceroboh Gaza sedangkan pengkhianat depan mata yang sudah pun merompak wang felda dibiarkan begitu saja.

Bawa maklumat penyelewengan felda, fotostat banyak2 dlm saiz A5 dan jadikan ianya kad ucapan hari raya yang paling bermakna kepada peneroka felda.

Kepada org2 bukan warga felda yang ada saudara mara taulan warga felda, hantarkan kad hari raya berinfomasi penyelewengan felda kepada mereka. Mereka perlu disedarkan kejahatan yang sedang mereka hadapi tanpa sedar. Mereka perlu dicelikkan segera.

Ingat ! warga orang asal sudah bangkit bangun menolak BN dan umngok. Orang asal melayu jawa yang ramai di felda bila lagi? Pemimpin umngok melihat kamu tidak lebih daripada sebatang pokok getah yang hanya sedap untuk ditoreh setiap hari bagi diambil susunya.

Berjuanglah untuk mengembalikan maruah dan hak warga felda. Tidak ada jalan lain selain daripada menolak umngok dan BN. Hapuskan papan tanda parti mereka di bumi felda.

Bersyukur kamu hanya kepada Allh bukan kepada umngok yang mengkhianati kamu. Bukan mereka yang menghidupkan pokok getah dan kelapa sawit. Titik peluh kamu yang diberkati Allah yang menjayakan felda. Tiba2 mereka datang bagia perompak merompak wang kamu.

Cuba bayangkan betapa munafiknya penyamun separuh botak itu. Konon ambil alih felda kerana sangat nostalgia dgn usaha bapaknya membuka felda. Maka ditunjuk di TV konon seorg anak mengingati kembali bapa kesayangannya dengan mewar-war nama arwah bapaknya, Semua itu lakunan si munafik saja.

Selepas org nostalgia sama, emosi rakyat ditarik, maka dirompaknya felda siang-siang buta. Ingat ! tolak umngok dan bn jika sayangkan negara ini.

orang melayu dah mula sedar...tapi mengambil puluhan tahun ...


-DonJuanDeMarco-


EmoticonEmoticon