Tuesday

Bola sepak Chelsea lawan Malaysia 2011



Pelawanan bola sepak persahabatan antara Chelsea menentang Malaysia akan diadakan tahun hadapan pada bulan Julai 2011 sempena program jelajah asia kelab gergasi England itu.

Kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea, akan mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan dengan skuad pilihan Malaysia XI pada 21 Julai tahun depan dalam program pra musim Siri Jelajah Asia 2011 pasukan itu ke rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents, Julian Kam, iaitu promoter Siri Jelajah Chelsea ke Asia, dalam kenyataan hari Selasa berkata perlawanan itu akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selain itu, pasukan 'Blues' itu juga telah mengesahkan penyertaan pada Kejohanan Trofi Asia Barclays di Hong Kong bagi melengkapkan jelajah pra musim pasukan itu tahun depan.

Kejohanan Trofi Asia Barclays itu disertai oleh Aston Villa, Blackburn Rovers, kedua-dua pasukan EPL dan juara Divisyen Satu Hong Kong pada 27 hingga 30 Julai depan.

Kam berkata sebuah program menyeluruh akan dirangka bagi menyambut ketibaan pasukan Chelsea ke Kuala Lumpur dan harga tiket perlawanan akan dimaklumkan kemudian.


ReJaM©

1 comments so far

boleh ke tak ????


EmoticonEmoticon