Keputusan bola sepak Piala Malaysia Kelantan lawan Selangor


Berita baik untuk para penyokong The Red Warrior, Akhirnya setelah berhempas pulas di suku akhir, keputusan perlawanan bola sepak di antara Kelantan menentang Selangor tahun 2010, ternyata tuah menyebelahi Kelantan dengan kemenangan selesa 3 gol berbalas 0. Dengan itu Kelantan berjaya melayakkan diri ke separuh akhir bertemu sama ada Kedah ataupun Terengganu. Berikut berita yang dipetik dari Utusan Malaysia.

KOTA BHARU 15 Okt. - Kelantan melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menang selesa 3-0 ke atas Selangor pada perlawanan suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad ke-1V, di sini malam ini.

Kemenangan itu menjadikan The Red Warrior pasukan pertama ke separuh akhir dan menanti pemenang antara Kedah dan Terengganu yang akan berlangsung esok.

Pada suku akhir pertama di Stadium Shah Alam, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam perlawanan yang dicemari dengan gelagat penonton kedua-dua pasukan. - Utusan





ReJaM© "Majulah sukan untuk negara keh keh keh"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan