Pasar Chow Kit Terbakar 20 gerai musnah


Malam tadi ada seorang kawan memberitahu belaku kebakaran di Pasar Chow Kit Kuala Lumpur. Baru sekejap ReJaM© terbaca di Utusan Malaysia tentang berita Pasar Chow Kit di Kuala Lumpur Terbakar Malam tadi. Berikut laporan Utusan Malaysia.

KUALA LUMPUR 18 Okt — Kira-kira 20 buah gerai yang menjual barangan harian di dalam pasar basah Chow Kit di sini, hangus dalam satu kebakaran malam ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata antara gerai yang terlibat dengan kebakaran itu adalah gerai menjual barangan plastik, pakaian dan barang harian lain.

Beliau berkata bomba yang tiba empat minit kemudian berjaya memadamkan keseluruhan kebakaran itu yang bermula pada pukul 9 malam, dengan bantuan 52 anggota dan sembilan jentera antaranya dari Balai Bomba Chow Kit, Jelatek, Pudu dan Setapak termasuk satu jentera dari bahagian Forensik.

Punca kebakaran masih dalam siasatan tetapi menurut salah seorang saksi, beliau nampak kebakaran itu berlaku dari salah sebuah gerai yang menjual daging sejuk beku.

Semasa mengawal kebakaran juga, beliau melihat satu letupan kecil berlaku dari sebuah peti ais gerai menjual daging sejuk beku itu.

Azizan berkata langkah berjaga-jaga juga diambil untuk mengelak daripada kebocoran gas ammonia juga diambil, katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Tindakan pantas bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke 30 gerai lain di dalam pasar itu.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, katanya sambil menambah kerugian dianggarkan ribuan ringgit.— BERNAMA
[update: Sila klik untuk menyaksikan video kebakaran tersebut]



ReJaM© "Syukurlah tiada kemalangan jiwa"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan