Sunday

Pemimpin BN gambarkan PAS akan 'kudakan' DAP



Biasanya bila berucap di hadapan orang-orang Melayu, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (Be End) akan memainkan sentimen kaum sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia seperti, Cina akan jadi Perdana Menteri, Cina akan rampas Malaysia, Orang-orang Melayu akan merempat dan sebagainya. Pemimpin-pemimpin Be End akan mewujudkan perasaan bimbang di kalangan orang-orang Melayu tentang keistimewaan mereka, supaya Be End akan dapat terus memerintah dan terus berkuasa untuk terus merompak negara.

Satu isu yang popular dan sering diucapkan berulang kali oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional ialah, kononnya Parti Islam Se-Malaysia(PAS) diperkudakan oleh Demokratic Action Party (DAP) yang didominasikan oleh orang-orang Cina. Mereka (Pemimpin Be End) sering memberi amaran agar orang Melayu tidak menyokong PAS kerana DAP telah menunggangi PAS. Mereka sering mengatakan kerjasama antara PAS dan DAP hanya akan memberi kelebihan kepada DAP. Mereka menafikan sekeras-kerasnya tentang pendekatan PAS yang bekerjasama dengan DAP untuk memberi ruang Orang-orang kafir memahami Islam.

Namun hari ini pemimpin Be End mengeluarkan kenyataan yang berlainan pula apabila berdepan dengan Orang-orang Cina. Mereka memainkan isu sebaliknya pula, Kali ini mereka menggambarkan PAS pula yang memperkudakan DAP berikut bukti kenyataan pemimpin Be End.

KUALA LUMPUR, 10 Okt — Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) hari ini secara terbuka menzahirkan isyarat bahaya di kalangan pengundi Cina dengan menegaskan sebarang sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) hanya akan membuka ruang kepada PAS mengepalai ikatan muda itu.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi amaran, meskipun PAS memperlihatkan kesederhanaan parti Islam itu pasti tidak akan mengetepikan “pendirian autokratik Islam” jika PR menguasai Putrajaya.

Kami merasakan jika Pakatan berkuasa, PAS akan berada di tempat kapten".

“PAS tidak akan melupakan dasar autokratik Islam dan jangan terkejut jika PAS memperoleh kuasa, ia akan kembali keterbelakang,” tegas Dr Chua dalam ucapan dasar presiden MCA pada Perhimpunan Agung Tahunan Ke-57 hari ini.

Dr Chua mendakwa sejak pilihan raya umum 2008, DAP dari PR, yang kelihatan seolah-olah sekedudukan dengan MCA, hanya berjaya dalam membawa sokongan Cina kepada PAS.

“Kami (BN) tidak mendakwa kami adalah kerajaan yang sempurna, tetapi (kami) berharap rakyat Malaysia akan menghalusi dengan mendalam jika mereka meraskaan Pakatan adalah pilihan yang baik,” katanya lagi. -Free Malaysia Today


ReJaM© "Senang betul pemimpin Be End mainkan isu perkauman, depan Melayu kata Cina jahat, depan Cina kata Melayu jahat! Parti yang memperbodohkan rakyat"

7 comments

Dah dia kata yang PAS kudakan si DAP pulak untuk raih sokong kaum Cina? Eh, hari tu bukan UMNO dia kata DAP kudakan PAS untuk tarik sokongan Melayu-Islam?

Doggy arggy bargy ... yg betulnya UMNO sedang memperkudakan/memperbodohkan/mengelirukan rakyat - pada mereka rakyat tu hanya yang sokong mereka - kepentingan? atau memperjuangkan kebenaran?

hehe

Umno ada PERKASA sbg juru ckp..
UmNo secara zahirnya akan mengelak dr dituduh oleh parti2 komponennya meraih sokongan atas dasar perkauman, tetapi seolah2 menampakkan PERKASA pula yg memainkan peranan ini bg melindungi Umno.

Begitu juga MIC ada hindraf...

MCA ada.... atau mengkritik secara terang terhadap agama Islam dgn dasar autokratik (kuku besi) wlaupun beliau percaya & nampak kejayaan Pas dalam mentadbir kerajaan dgn baik. Ini adalah sifat siapa? Walaupun sejuta kebaikan pun yg kita bawa, mereka tetap akan menafikannya dgn pelbagai alasan.

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

Inilah sifat2 yg jelas di bawa oleh Pemimpin MCA yg menjadi Rakan Pejuangan "Islam" UMNO bersama BN.

p/s: APCO - Penasihat

Mungkin ramai yg akan pertikaikan juga bahawa Pas juga bkerjasama dgn DAP.. Disini dijelaskan serba sdikit berkenaan jenis-jenis kafir.

Orang-orang kafir yang haram untuk dibunuh adalah tiga golongan:
1. Kafir dzimmi (orang kafir yang membayar jizyah/upeti yang dipungut tiap tahun sebagai imbalan bolehnya mereka tinggal di negeri kaum muslimin)
2. Kafir mu’ahad (orang-orang kafir yang telah terjadi kesepakatan antara mereka dan kaum muslimin untuk tidak berperang dalam kurun waktu yang telah disepakati)
3. Kafir musta’man (orang kafir yang mendapat jaminan keamanan dari kaum muslimin atau sebagian kaum muslimin)

Sedangkan orang kafir selain tiga di atas yaitu kafir harbi, itulah yang boleh diperangi.

Ruj: http://aiman-smkak.blogspot.com/2009/08/jenis-jenis-kafir.html

Alah biasalah diorang bukan pk apa pun, yang penting dapat kekalkan kuasa untuk terus merompak harta rakyat....

bagi teman semuanya terletak di hati dan pemikiran kita. jika kita rasa pemerintah yang sedia ada ini begitu zalim sehingga menyebabkan masyarakat mengalami kesusahan dan kehidupan kita merasa terancam adalah patut kita mengambil langkah yang wajar untuk menukar pemerintah.. sepanjang kehidupan menjangkau usia 30-an,teman merasakan tidak ada langsung ancaman malah kesusahan jika kita membeda dengan negara2 jiran kita.. rasa syukur teman di panjatkan kepada illahi diatas takdir yang menentukan siapa yang telah dapat memimpin negara ini sehingga dapat mencapai kemajuan serta kemakmuran.. ya... teman tahu memang ada salah dan silap ketika pemimpin kini dan yang lalu di dalam merancanakan agenda kepimpinan negara, namun kita hanya sekadar manusia biasa yang tidak tahu nasib dan hala tuju yang bakal kita lalui jika kita berada di kedudukan tersebut.. apa yang temankan inginkan adalah untuk melihat kita sebagai masyakat Melayu yang beragama Islam tidak mencampuri faktor agama di dalam politik... seperti mana saudara sekalian mengetahui apa itu politik??? tidak perlu teman panjangkan isu ini.. fikirlah sebelum kuasa yang miliki ini ( orang Melayu ) jatuh ke tangan orang lain dan jangan pada ketika itu kita menyesali dan akan di persalahkan oleh generasi akan datang di atas ketaksuban kita sehingga memporak perandakan kemakmuran yang telah sedia tercipta.. salam untuk semua saudaraku yang beragama Islam.. ALLAHHUAKBAR!!!!

kepada Anonymous | October 10, 2010 11:09 PM

cukupkah kita sekadar selesa hidup di sini, tapi korbankan keselesaan ukhrawi kita?ya kita bebas mengamalkan pendirian masing2..tapi dalam masa yang sama kita lihat kesannya terhadap masyarakat..seks bebas, buang bayi, maksiat 24 jam, rompak, bunuh dll...itu kesannya bila kita tak ikut ajaran Allah dalam life kita..Islam is a way of life..includes politics..masyarakat yang baik terhasil drpd pimpinan yg baik.jadi bagaimana kita nk pisahkan politik dgn agama?It is our responsibility to choose a good leader that can lead us both in the world and hereafter..nk harapkan bangsa sahaja??tak dapek...


EmoticonEmoticon