Sunday

Semakan pinjaman PTPTN melalui SMS




*info masyarakat*

Kini anda boleh membuat semakan pinjaman PTPTN melalui SMS (Sistem Pesanan Ringkas) di telefon mudah alih anda. PTPTN kini telah mewujudkan satu kaedah semakan pinjaman PTPTN melalui SMS iaitu melalui Handphone anda. Cara ini dijangka akan memudahkan para pengguna untuk membuat semakan berkaitan dengan pinjaman PTPTN secara terus di hujung jari pengguna.

Kemudahan kemudahan ini ditujukan kepada peminjam untuk mengetahui baki pinjaman pendidikan dan penyimpan untuk mengetahui baki deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) secara cepat dan tepat dengan menggunakan telefon mudah alih. Anda hanya perlu menghantarkan sms ke 33199

Terlebih dahulu anda perlu mendapatkan nombor pin. Untuk mendapatkan nombor pin, sila taipkan:

PTPTN NOPINNOKP
Contoh: PTPTN NOPIN 82050415963

Selepas itu anda boleh terus menggunakan perkhidmatan ini secara terus di telefon mudah alih anda. Berikut arahan SMS yang boleh dihantar:

Bagi menyemak baki pinjaman pendidikan anda:
PTPTN PINJAMNOKPNOPIN
Contoh: PTPTN PINJAM 880512019989 123456 atau PTPTN PINJAM RF123456 987654

Untuk semakan baki Skim Simpanan Pendidikan Nasional anda:
PTPTN SSPNNO AKAUN SSPN
Contoh: PTPTN SSPN 017704190598986

Untuk semakan status pelajar Senarai Hitam di PTPTN:
PTPTN LEGALNOKPNOPIN

Untuk semakan jumlah pelepasan cukai bagi tahun 2007 untuk SSPN:
PTPTNSSPNCUKAINOKP
Contoh: PTPTN SSPN CUKAI 670211029119 atau PTPTN SSPN CUKAI RF1700150000

Hantarkan arahan di atas ke nombor lima angka PTPTN: 33199

Sistem ini beroperasi 24 jam sehari
Caj yang dikenakan bagi setiap SMS adalah sebanyak 50 sen.


ReJaM©

2 comments

Tiada sebarang respond setelah sms di hantar???? Mohon respon

No repliment.
Scammers ke apa??


EmoticonEmoticon