Serangan tentera ke atas gereja, 37 terkorban


Sekurang-kurangnya 37 orang terkorban setelah pasukan tentera keselamatan Iraq menyerang sebuah gereja Katolik di Baghdad untuk membebaskan puluhan tebusan.

Korban jiwa itu turut melibatkan 25 tebusan dan tujuh tentera keselamatan Iraq, serta sekurang-kurangnya lima dari pihak pejuang bersenjata.

Sekitar 100 orang individu berada di dalam gereja Our Lady of Salvation pada malam minggu.

Kumpulan bersenjata itu dilaporkan menuntut pembebasan pejuang al-Qaeda yang ditahan.

Stesen TV tempatan melaporkan ada menerima panggilan dari seseorang yang mengaku sebagai pemberontak dari kelompok Negara Islam Iraq, sebuah organisasi yang melindungi berbagai kelompok pejuang Sunni, termasuk jaringan al-Qaeda di Iraq.

Laporan-laporan menyebutkan kumpulan pemberontak bukanlah warga Iraq sebaliknya warga Arab yang datang dari luar negara.

Rahib terbunuh

Sekitar 100 individu berada di dalam gereja semasa serangan berlaku.

Penduduk wilayah Karada, Baghdad -tempat serangan berlaku- mengatakan mendengar letupan besar yang pertama sekitar pukul 17.00 waktu setempat atau sekitar 20.00 WIB.

Pihak Polis mengatakan sekumpulan lelaki bersenjata menyerang gudang Bursa Irak dan kemudian menguasai gereja Katolik yang berada di seberang gudang.

Pasukan keselamatan mengepung dan menyerang gereja untuk membebaskan tebusan.

Seorang tebusan yang terselamat mengatakan kepada pejabat berita AFP bahawa kumpulan bersenjata menyerbu ke dalam ruangan ibadat dan terus membunuh rahib.

Laporan-laporan menyebutkan para penyerang melempar bom tangan dan meletupkan vest mudah letup mereka.

Para saksi mengaku melihat pasukan tentera Amerika Syarikat turut dikerahkan ke medan pentempuran dan juga helikopter AS terbang di atas tempat kejadian.


ReJaM©

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan