Email Facebook dilancarkan hari ini

Laman sesawang sosial paling popular di dunia, Facebook, hari ini (Isnin 15 November) akan melancarkan perkhidmatan emailnya.

Jika kemudahan email ini benar-benar dilancarkan, maka email Facebook akan menjadi pesaing serupa yang dimiliki oleh Google, Yahoo dan Microsoft.

Sehingga July 2010, Facebook dicatatkan sebagai memiliki 500 juta pengguna aktif di seluruh dunia.

Bukan sekadar menjadi pesaing, perkhidmatan email itu dilihat bakal menjadikan laman sesawang ciptaan Mark Zuckerberg itu menjadi semakin popular.



Sebelum rencana pelancaran perkhidmatan email ini, persaingan antara Facebook dan Google di dalam menarik pengunjung ke dunia maya sudah begitu sengit.

Serangan Facebook

Wartawan Teknologi BBC di Silicon Valley, California Maggie Shiel, mengatakan persaingan kedua gergasi internet itu semakin memuncak apabila Google menyekat data kontak yang biasanya diperolehi Facebook dari layanan surat elektronik Gmail.

Laman sesawang pencari terbesar itu mengambil langkah tersebut kerana Facebook terus memiliki sistem untuk menjaga privasi informasi kontak pengguna yang dimilikinya, sementara Google sangat meyakini keterbukaan dan perkongsian data.

Selain itu Google juga menaikkan gaji pekerjanya sehingga 10% untuk menghalang perpindahan para pekerjanya ke Facebook, yang dikatakan memiliki budaya inovasi yang lebih baik kerana fokus yang lebih kecil.

Apabila Facebook melancarkan emailnya. Para penganalis internet menjangkakan pelancaran Email Facebook adalah satu serangan secara langsung terhadap Gmail, yang direkodkan memiliki 170 juta pengguna di seluruh dunia.

Langkah Facebook ini menjadi medan saingan terbaru di dalam pertarungan yang semakin sengit di dalam merebut supremasi internet global.



ReJaM©

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan