Monday

Keadaan terkini PM Najib semakin sembuh - Rosmah



Sebelum ini dilaporkan bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak mengalami simptom awal chicken pop sebaik sahaja pulang dari lawatan ke luar negara. Namun begitu keadaan terkini beliau dilaporkan beransur pulih dan akan memulakan tugas kembali secepat mungkin seperti yang dilaporkan oleh Rosmah Mansor isteri beliau.

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Datin Seri Rosmah Mansor hari ini memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin pulih dari penyakit cacar dan kini tidak sabar untuk kembali menjalankan tugas rasmi.

Rosmah berkata, Najib yang pertama kali diserang penyakit itu menunjukkan perkembangan positif hasil rawatan moden serta tradisional.

"Doktor pun dah datang tengok, sapu krim supaya merah-merah di kulit dia (Najib) reda. Dia dinasihatkan banyak minum untuk membuang toksin dalam badan, jangan garu dengan kuku dan elakkan makanan yang menyebabkan kegatalan,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kemalangan bas di Km 38 Genting Sempah, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Rosmah berkata, beliau turut memberi suaminya minum air kelapa dan mengalas tempat tidur dengan daun bambu agar cepat sembuh dari penyakit cacar yang dialaminya itu.

Ditanya sejak bila Perdana Menteri mula berasa tidak sihat, Rosmah berkata ia bermula sejak mereka berada di Hanoi, Vietnam bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-17 lagi.

"Saya sendiri pun tak sedap badan ketika di sana. Tapi dah okay tak lama lepas itu. Cuma bila sampai di Malaysia dan doktor periksa, didapati ada tanda-tanda cacar. Jadi doktor nasihatkan berehat. Semalam kita tengok ada merah-merah lagi di muka, tapi hari ni dah kurang dan kulit dia dah semakin cantiklah,” katanya. - Bernama


ReJaM©

2 comments

Elokla tu PM cepat sembuh..sebelum TPM kat rumah tu semakin meracau melibatkan diri dalam upacara2 rasmi secara tidak berhemah. Kalau lambat nanti PM pegi ofis tengok2 bini dia dok kerusi tgh sain kelulusan projek sana sini...Jangan main2, ini bukan lawak ni...Kalau dah menguasai semua gerak geri suami, apa pun boleh jadi...semua dirasakan hak dia...

Moral of the story : Nak cari isteri biarlah yg cerdik sikit...tapi tidak terlalu pandai.

kembang kempis idung wak din sembab sebab ada orang tolong naikkan saham TPM . mana2 jamuan rosakmah nie hadir, suara dialah paling nyaring mengilai2 cam org sakit mental kronik...
tu bintik2 merah kesan nasi kangkang rosakmah


EmoticonEmoticon