Tuesday

Lebihan bakal doktor, kurang hospital di Malaysia



Berita yang agak mengejutkan. Sebuah akhbar luar negara melaporkan bahawa Malaysia mengalami kekurangan hospital untuk menempatkan limpahan bakal-bakal doktor dari universiti dalam dan luar negara.

Akhbar berkenaan, Chinapost melaporkan kebimbangan kepada pelajar perubatan yang mungkin mengalami kekurangan pengalaman semasa latihan klinikal. Dengan peningkatan jumlah institusi tempatan yang menawarkan kursus perubatan di samping penurunan bayaran yuran institusi dari luar negara, dijangkakan kira-kira 4000 pelajar Malaysia akan bergraduat setiap tahun dari lebih 350 institusi di dalam dan luar negara.

Chinapost juga memetik kenyataan Penasihat Senior Hospital Kuala Lumpur, (HKL) Datuk Dr. S. Jeyaindran, "5 tahun dahulu nisbah doktor kepada pesakit adalah 1:10 dalam satu-satu masa pada setiap ward. Namun kini nisbahnya adalah seorang doktor untuk empat pesakit".

Ikuti berita lanjut di Chinapost.com

Kalau dilihat kepada matlamat kerajaan sebelum ini, Malaysia menginginkan sasaran 1 doktor untuk setiap 4 pesakit. Oleh itu ramai pelajar-pelajar Malaysia yang berlumba-lumba untuk menceburi kursus perubatan. Namun apa yang berlaku kini, apabila matlamat itu sudah dicapai, timbul pula kebimbangan terhadap lebihan doktor. Kerajaan yang nak ramai doktor, sekarang doktor dah lebih pulak sebab tak cukup hospital!

Daripada sibuk berlumba-lumba untuk projek mega, buat bangunan tinggi-tinggi, menara warisanlah, jambatan bengkoklah yang berbilion RM, bukankah lebih baik masaalah yang sedia ada ini diselesaikan? Buatlah hospital secukupnya! Selesaikanlah yang penting dahulu barulah fikir yang lain-lain.

Di bawah ini salah satu penyumbang kepada kekurangan hospital di Malaysia, apabila projek pembinaan sebuah Hospital di Shah Alam dipenuhi dengan agenda politik dan gagal disiapkan pada masa yang sepatutnya.

Bila ReJaM© banyak membangkang, nanti ada yang kata ReJaM© ni bias asyik nak salahkan kerajaan saje. Tapi cuba korang lihat projek siapa ni? Sila klik gambar untuk membesarkan image, lihat pada anak panah tu...




ReJaM© "Tak apalah ramai Doktor, Jangan jadi doktor sendiri sudahlah..."

20 comments

berita karut ni. cuba g hospital kerajaan tu tgk. cukup ke xk cukup dokor?

saya ni pelajar perubatan gak ni...takut lak bace mender nih...
di universiti saya pon tak der hospital sendiri....tlg lah bantu kami nih...sbb nak kater taraf kesihatan penduduk kat malaysia ni setaraf negara2 maju belum lagi...kerajaan harus ambil tindakan segera!

kalau dah sumer org ckp...even lecturer pon ckp takkan lah tipu lagih...btw...i'm a medical student!

saye juga medical student.
memang kat hospital kerajaan sendiri houseman belambak.
ward round tu sesak ngan houseman.

Saya juga medical student! Even lecturer saya kata hospital di Malaysia kurang. Kurang doktor juga.

Argh ini berita palsu yang sengaja
dibuat oleh blog Milo utk memporak perandakan rakyat!
Tak payah nak temberanglah buat cerita karut!

Aku rasa pembaca blog ni semua bijak-bijak!
Link rujukan dah ada, bukti dah diberi, nilailah sendiri..
jangan main bantai karut palsu je... kalau berita ni salah
buktikan salah... aku tak kisah.. jgn merapu je lebih...

salam.....macam mane lak an bidang pergigian????

Pro UMNO: kami tak sebodoh tu untuk ditipu.
berdasarkan pengamatan saye sendiri sebagai pelajar perubatan di Malaysia, memang kita akan menghadapi lambakan doktor di hospital2 kerajaan pada masa hadapan.
saudara jangan lupa bahawa banyak IPTS seperti Masterskill, MAHSA dsb telah diberi kelulusan untuk menubuhkan fakulti perubatan walaupun IPTS ni tiada "teaching hospital". teaching hospital ni penting untuk melatih skil2 kedoktoran kepada para pelajar, UM ada UMMC, UKM ada HUKM, USM ada HUSM dan banyak lagilah.
pendek kata, dahla banyak graduate baru ni tiada training yang sempurna sbb tiada teaching hospital sendiri, pastu ratio pesakit kepada doktor semakin kecil. maka bila dah jadi doktor pun kurang patient untuk doktor2 baru ni memahirkan skil2 kedoktoran mereka.
trend ini memang membimbangkan. jadi janganlah suka2 hati je nak menolak tulisan2 yang tidak memberi kelebihan kepada kerajaan, fikir dulu dan tanya orang2 di dalam bidang ni.

jangan malukan diri sendiri dengan komen2 yang menunjukkan kecetekan pemikiran.

kalo otak dah cetek, mmg tunjuk taik dpn mke pon bole kate wangi...pro umno ko better g tampar mke sendiri sampai lebam! ko sggh annoying tahap kerbau pendek laa..

aku dok s.alam. btol dow, hospital gmbo kt atas tu da bpe kali tukar tower crain. ble tah nk siap.

"kalo otak dah cetek, mmg tunjuk taik dpn mke pon bole kate wangi...pro umno ko better g tampar mke sendiri sampai lebam! ko sggh annoying tahap kerbau pendek laa.."

same lah ngn pembangkang pun, klu dh name pembangkang, org kencing tepi jalan pun nk salahkan kerajaan. ye xk?

Kalau dah ramai sangat doktor terpaksa lah doktor yang lebeh2 nie gi berhijrah jadi doktor kat negara lain...
ada banyak lagi tempat yang perlukan orang yang boleh mengubat orang lain nie...

-Afiq-

well pasal hospital shah alam tu besar sangat mainan politik dalamannya, punca dari sikap dengki-mendengki antara sesama bangsa sendiri (korang mesti tahu bangsa mana). untuk menjaga kepentingan poket sendiri sanggup terminate company yang telah bekerja keras untuk menyiapkan projek tersebut.. last2 hampir terbengkalai dah. tahniah kepada mereka2 yg berkenaan

-dodol-

Cuba bayangkan, malaysia belum menjadi negara maju, wawasan 2020 masih lama lagi tetapi sudah berlaku lebihan graduan dn ramai yg tiada kerja. Kalau negara maju eropah berlaku lebihan graduan logik juga. Mengapa berlaku semua ini?

Ini adalah kerana setiap dasar negara dibuat tanpa perancangan rapi dan tindakan susulan serta master plan sehingga ke tarikh sasarannya. Dasar2 dibuat lebih utk retorik pemimpin berkenaan. Bila bertukar pemimpin diabaikan dasar sebelumnya dan dicipta dasar baru yg menaikkan nama pemimpin. Mahathir dgn waswas 2020nya, paklah dgn islam ada..harinya dan kini 1 malaysia pula.

Dipihak IPT mereka berusaha mengeluarkan graduan semaksimum mungkin. Tindakan susulan kemana hendak disalurkan graduan tidak ada. Spekulasi sering diguna utk tujuan pengeluaran graduan. Dulu sibuk dgn kempen IT kerana adanya MSC tetapi malap selepas beberapa lama, maka berlakulah lambakan graduan IT.

Kini dikatakan kekurangan doktor maka selepas dihasilkan graduan yg ramai, tercetus pula kekurangan hospital seperti artikel di atas.

Bagaimana mahathir hendak mensasarkan penduduk 70 juta hari itu kalau baru 30juta pun sudah tidak dapat menampung pekerjaan dlm negara.

Satu ketika dulu kita telah meneroka negara2 dunia ke tiga seperti Maldives, Mauritius, Madagasar dll. Tetapi tiada kesinambungan dan susulan tindakan. Sepatutnya graduan malah agensi kerajaan sudah boleh mengekspot kepakaran kedunia ketiga. Hantar graduan berkhidmat di negara ketiga. Jajah mereka secara diplomatik. Maka tidak timbullah tiada pekerjaan dlm negara yg masih banyak dgn hutan ini. Apa yang berlaku mahathir membina istana dia disetiap negara ketiga tersebut. Projek kereta proton recon kedunia ketiga tinggal kenangan saja.

Malah wawasan 2020 pun tersekat tengah jalan dn menjadi retorik saja kerana tiada tindakan susulan hingga ke peringkat micro. Cuba tanya apakah setiap kementerian dan agensi kerajaan ada wawasan 2020 masing2? Apakah wawasan 2020 kementerian pelajaran misalnya..sedangkan lebihan graduan tidak dapat ditangani.

Apakah pula wawasan 2020 setiap individu dan rakyat? Apa rupa dan cara kehidupan, kemajuan diri sebagai rakyat malaysia yang disasarkan pada 2020?

Yang pasti ialah harta dan wang negara semakin disalahguna. Penyalahgunaan perbelanjaan daripada kepentingan utama kepada tidak utama dibuat. Pengkayaan individu melalui usaha yg tidak bermanafaat atau sangat sedikit manafaat kepada rakyat dibiarkan.

Sampai hari ini kita tidak dapat menangani sistem penyembelihan halal pun yg sepatutnya sudah menjadi usaha peringkat nasional. Sekolah 1 sesi pun masih tidak boleh dilaksanakan. Sungguh memalukan.

Dan akhirnya usaha Halal Hub dizaman PakLah dan impian mengujudkan supermarket halal setiap daerah seolah2 tinggal mimpi(kebetulan paklah suka tidor) dan digantikan pula dgn Hiburan Hub zaman najib.

Dari halal hub bertukar kepada haram hub. Tanya hati kecil masing..apakah kita rasa masa depan negara semakin kritikal atau semakin menyakinkan? Apakah kita akan menuju negara maju atau akan turun menjadi negara ketiga pula? Setiap ibubapa risaukan masa depan anak mereka walaupun berkelulusan tinggi kerana masa depan lebih susah dari sekarang.

Apakah tidak mustahil hari ini pendatang asing indonesia akan bertukar menjadi pendatang asing malaysia disatu masa nanti?

Marilah kita tukar pemandu dan kereta buruk yg sedang hilang balancing dan alignmentnya ini dalam memandu negara tercinta ini.

Sekian terima kasih.

tipu jer nie..karut..tajuk tu pon da edit..font lain..agak2 la nk menipu ponn

huhuhu apapun aku ambik aktuari yang memang kurang. jadi doktor payah. byk sgt dah doktor!. hahaha abis la sapa ambik doktor. dah la kerja sakit.. tapi bagus la tolong owang.. eh apapun ni kenyataan yang betul. sekrang doktor dah byk..hospital mmng kurang... kalau nak tgk hari tu aku pi hospital tungku ampuan rahamah, kerajaan la. pesakit sampia kat tgh2 jalan2. wat la hospital baru adui...

lecturer sy kata kalau hosp. kurang jgn pegi kt hosp. klinik pun jd lah

dont believe it


EmoticonEmoticon