Saturday

Barack Obama cedera, terima 12 jahitan di bibir



Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dirawat di pejabat doktor Rumah Putih selepas terlibat dengan sukan permainan di Fort McNair.

Presiden itu menerima 12 jahitan apabila bibirnya dipercayai terhentak semasa permainan bola Keranjang.

Menurut Rumah Putih, bibir Obama telah dihentak oleh siku seseorang secara tidak sengaja semasa permainan bola keranjang pagi Jumaat lalu.

Tidak lama selepas itu, Obama dilihat di dalam Rumah Putih sedang memegang sesuatu yang kelihatan seperti bungkusan ais untuk menekap bibirnya.

"Selepas secara tidak sengaja dihentak dengan siku pemain lawan di bibirnya... Presiden telah menerima 12 jahitan hari ini, oleh Unit Perubatan Rumah Putih," Menurut Jurucakap Rumah Putih Robert Gibbs di dalam sebuah kenyataan.

Encik Obama telah diberikan anaesthetic (Ubat bius) semasa menerima jahitan tambahnya.

"Unit Perubatan yang merawat Obama telah menggunakan filamen lebih kecil berbanding yang biasanya digunakan, di mana ia menambahkan jumlah jahitan namun memberikan jahitan yang lebih ketat dan bakal menghasilkan parut yang lebih kecil," Kata Gibbs lagi.

Sumber: BBC News
ReJaM©

1 comments so far

huhuuh..kena buang negara la org yg suku dia tu


EmoticonEmoticon