Sunday

Rumah paling mahal di dunia


MUMBAI - Bilionair India, Mukesh Ambani mengadakan parti mewah bagi memperkenalkan rumah barunya di atas sebuah bukit di sini yang dibina dengan kos AS$2 bilion (RM6.3 bilion) sekali gus kediaman persendirian termahal di dunia.

Akhbar Times of India melaporkan sekitar 80 individu berpengaruh dan selebriti Bollywood termasuk Preity Zinta dan Aamir Khan menghadiri parti tersebut pada malam kelmarin di kediaman 27 tingkat itu yang dinamakan Antilia.

Digelar Taj Mahal kurun ke-21, Antilia adalah setinggi 174 meter dengan ruang dalaman seluas 37,161 meter persegi dan dilengkapi ruang parkir enam tingkat, beberapa kolam renang dan sebuah panggung wayang.

“Satu kelegaan dapat menghirup udara segar di tempat tinggi dan meninggalkan pencemaran bandar Mumbai di bawah sana,” kata seorang tetamu parti itu.

Menurut akhbar berkenaan, Ambani memerlukan kira-kira 600 kakitangan bagi menyelenggara kediaman barunya itu

Ambani, 53, merupakan lelaki terkaya di India dengan anggaran kekayaan mencecah AS$27 bilion (RM85.1 bilion). – AFP

Sumber : Kosmo

ReJaM© "Betul ke rumah paling mahal? Tengok gambar macam pondok buruk je?"

6 comments

bahaya brita ni, takut ada yg minat nk tiru kt malaysia ni

Apa nak bahayanya berita ni..gitu gini pun dah ada yang minat nak buat menara setinggi 100 tingkat kat mesia ni...

Tiada yang mustahil jika ada kemampuan

a'a... mcm lego la.. tp le buat tggi lagi 2.. tak rebah punya... buat bagi abis duit dia tgk tggi mana dapat..


EmoticonEmoticon