Tuesday

Selamat Hari Raya Korban (Aidiladha)


Kami warga MiLo SuaM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban 2010 kepada semua pembaca setia blog jalanan ini yang beragama Islam tanpa mengira fahaman politik dan bangsa. Semoga hidup anda dilimpahi Rahmat Dari Allah SWT. Bagi yang mendapat kesempatan bercuti diucapkan selamat bercuti, bagi yang sebaliknya kami ucapkan selamat bertugas. Kami doakan anda selamat pulang ke kampung meraikan Hari Kebesaran umat Islam tahun ini.



ReJaM©:

2 comments

selamat hari raye yer ...

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam...umno maupun PR serta yg tidak berparti.

Kepada umat Islam umno, marilah sama2 berkorban nostalgia, berkorban kebiasaan, berkorban sikap, berkorban minda yang tertutup, berkorban berani kepada perubahan, berkorban prinsip2 yg usang...demi masa depan dunia dah akhirat.

Mengorbankan sokongan kepada parti usang kepada pemerintahan baru PR bukan bermakna menjahanamkan negara, bukan bermakna tidak patriotik, bukan bermakna tidak sayangkan bangsa, bukan bermakna memberi negara kepada org asing, bukan bermakna memberi negara kepada cina(yg selalu berlegar dlm fikiran umno) sedangkan dihadiahkan singapura kepada orang lain itu bukan perbuatan PR.

Mengorbankan sokongan lama dan tukar kepada PR adalah anjakan paradigma, adalah wawasan yang positif, adalah gerakan pemulihan kearah lebih baik.

Kalau hari raya terdetik naluri instinct kita utk menjamu selera, hari raya org tak makan ikan kembung seperti kebiasaan, terdetik hati utk menukar langsir dan mengindahkan rumah, menukar baju lama kepada baju, menukar kasut lama kepada baru...maka apakah dalam pemerintahan yang usang masih dibiarkan hanyut tanpa kawalan mengharung arus jeram yg deras dan bakal menuju jurang air terjun yang dalam.

Marilah sama2 kita melakukan perubahan kepada yang lebih baik. Yang lepas dan sudah tu sudah lah...berikan sokongan dan berkorban utk menyokong PR.

Semuga cahaya mentari pagi perubahan lebih baik akan menjelma sedikit masa lagi. Amin


EmoticonEmoticon