Wednesday

SPR tidak suka Tuan Guru Nik Aziz Islamkan Orang Asal



Suruhanjaya pilihanraya, SPR dilihat sebagai anti Islam apabila hari ini Timbalan Pengerusinya mengeluarkan satu kenyataan yang benar-benar diluar jangkaan ReJaM©. Beliau mengatakan walau apa sekalipun duit zakat yang diberikan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kepada orang asal yang baru masuk Islam dianggap sebagai rasuah.

Benar-benar sangat mengejutkan! Sedarkah beliau bahawa orang asal yang masuk Islam itu termasuk di dalam asnaf yang layak untuk menerima zakat? Pemberian zakat sebagai hadiah selepas seseorang menjadi saudara baru adalah satu perkara biasa dilakukan. Adakah timbalan Pengerusi SPR ini Anti Islam? Secara asasnya jelas sekali beliau tidak suka bila Tuan Guru mengislamkan orang asal terbabit kerana ia memberikan tanggapan baik kepada Tuan Guru.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan walau apapun penjelasan PAS mengenai wang yang diberikan kepada beberapa Orang Asli Isnin lalu, ia masih dianggap sebagai sogokan di bawah undang-undang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, walaupun PAS berkata ia adalah zakat, tetapi di mata undang-undang, wang yang diberikan oleh siapapun kepada pengundi yang boleh mengubah undi mereka, dianggap rasuah mengikut Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan raya 1954.

Katanya, SPR telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu.

"Mereka telah melihat video, dan mereka mungkin mengambil inisiatif untuk menyiasat kes ini," katanya dalam satu sidang akhbar di Gua Musang.

Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada calon, penduduk Galas atau parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu untuk melaporkan kes tersebut supaya SPRM boleh mengambil tindakan -Malaysiakini


ReJaM© "Korang lihat sendirilah perangai bangang SPR ni!"

8 comments

assalamulaikum

Sedih melihat orang melayu Islam terlampau mempolitikkan agama meletakkan undang-undang ciptaan manusia lebih dari apa yang Islam kehendaki.Sebagai orang Islam kita patut bersyukur dapat menarik saudara baru meganut agama Islam tapi sebalik lebih mempolitikkan duit sedekah yang diberikan kenapa saudara baru.Sedarlah sekarang bukan orang cina atau india yang takut pada Islam tetapi orang Melayu yang beragama Islam lebih takut kepada Islam yang sebenarnya.Ingatlah kepada pencipta kerana dia adalah segalanya jangan hanya memandang sesuatu benda itu kerana ia dilaksanakan oleh pihak yang digelar pembangkang tetapi bersyukur masih ada alim ulama sebegini sanggup memperjuang kejalan allah wasalam

Ini antara antara tanda2 kemenangan yang lebih besar semakin menyerlah. Semakin hampir, semakin byk cabaran yg akan dihadapi. Sehinggakan perkara2 sebegini pun telah menjadi keluh kesah kpd BN untuk mancari & mempertikaikan "kesalahan" PAS. Soal lempar batu, dn sembunyikan tangan serta fitnah sudah menjadi lumrah kpd BN. Oleh itu, istoqmahlah kita semua.

tak payah nak bising la timbalan pengarah spr.....kalau ko tu bagus sangat pegangan islam macam zul kulim tu pegilah islamkan orang asal tu....lepas tu bagi duit...suruh dia org pangkah bee end...memang sah suruhanjaya penipu rakyat....

penyakit sekularisme dan liberal adalah darah daging geng2 b-end, berkurap2 dan menjijikkan....

tengok si mahakutik tu, ke hulu ke hilir menjaja penyakit kurap kusta, apa dia ingat kata2 dia yg busuk bernanah boleh laku ker...

inilah kejahilan UmGok yg semakin terserlah.. rakyat dah bosan, ya Allah, engkau hancurkanlah pemerintahan BN di malaysia

JKKK

mmaybe yes ,maybe no.terpulang pd individu utk membuat tafsiran. Kalo nak kata zakat semua org sokong sbb TGNA yg bagi. Apa plak kalu puak UMNO yg bg dan kata itu zakat selepas peluk islam.Apa org PAS kata ..mana bleh ..ini semua rasuah sebab dibuat dlm kempen...Masaalah nya rmai org tak hormat perasaan dan pdndangan org lain bila bg pendangan seakan org lain semua salah dia saje yg betul. ..
Ini SPRM kena tegas ...TGNA sebaik didakwa dan ia kena jawab di mahkamah .Pedulki apa dgn TGNA kalu ia wajar di tuduh SPRM mesti mahu tuduh.Mcm polis tuduh DSAI..Nah sekarang sedang dibicara...tak siapa pun peduli dia lagi.

Test kes pd TGNA mesti di buat utk jadi panduan dan ikutan umat kenudian hari..Kalu TGNA betul ..makne nya setipa kali musim kempen kita cr org asli yg baru masuk Islam..daftar dan beri zakat...BN dan PAS akan sebuk cr muallaf..Tak salah pun..Cuma Tuhan Ketawa berdekah dekah ...
Kalu TGNA salah..makne nya zakat pd muallaf patut di uruskan oleh pejabat agama secara teratur bukan sesukahati nag bagi semasa musim kempen...
Mcm jugak BN...tak sebut projek itu ,projek ini lulus masa musim kempen...Rasuah jugak kan ???
tq - Alitopan

Bukti sikap permusuhan, berat sebelah, zalim, bodoh, sekongkol dgn umngok, buta kayu, tiada kredibiliti, tidak kompeten, cuai dlm tugas, berniat jahat penyalahgunaan kuasa Timbalan Pengerusi SPR tersebut.

Tapi ada hikmahnya, rakyat semakin membenci SPR dan umngok, semakin menyokong PR dan TGNA. Ia umpama mencurah minyak ke dlm hati sanubari penyokong PR yang bersemangat membara dan seperti mencurah najis ke dalam peti undi umngok.

Elokla tu....

bebaskan diri dan fikiran anda dari di perbodohkan dan menjadi pengikut dan penyokong yg buta tuli serta tidak ada kewarasan.
Jgn jadi pak turut semata kerana topeng agama,pemimpin yg tak berapa betul ... pengikut jadi haru biru...


EmoticonEmoticon