Suruhanjaya Kesatuan Eropah siasat Google

Suruhanjaya Kesatuan Eropah, EU melancarkan siasatan kepada Google selepas enjin carian lain merungut bahawa firma tersebut telah penyalahgunakan kedudukan dominannya.

Badan itu berkata bahawa ia akan mengkaji sama ada enjin carian terbesar dunia itu merendahkan kedudukan perkhidmatan-perkhidmatan carian lain yang bersaing di dalam keputusannya.

Penyiasatan itu dilakukan berikutan aduan-aduan yang dibuat oleh firma-firma termasuk tapak perbandingan harga Foundem dan enjin pencarian sah ejustice.fr

Jurucakap Google berkata ia akan bekerjasama dengan suruhanjaya itu untuk "menyelesaikan sebarang keraguan".

Lebih awal di dalam tahun ini peguam negara Texas melancarkan satu penyiasatan yang sama berikutan aduan-aduan dari firma-firma termasuk Foundem.

Bantahan-bantahan di dalam kedua-dua kes ialah daripada para pesaing yang mana mereka menuduh Google memanipulasi keputusan cariannya.

"Suruhanjaya Eropah telah memutuskan untuk membuka satu siasatan bebas terhadap tuduhan-tuduhan yang dibuat ke atas Google yang dikatakan telah menyalahgunakan kedudukan dominannya untuk carian dalam talian," Kata pengawainya dalam satu kenyataan.

Ia berkata tindakan itu mengikuti "aduan-aduan oleh para penyedia perkhidmatan carian tentang layanan yang tidak menguntungkan perkhidmatan mereka di dalam Google tidak dibayar dan tajaan keputusan carian memadankan dengan satu tetapan memberi keutamaan kepada hanya perkhidmatan Google sendiri."

Suruhanjaya Siasatan tidak menggambarkan sebarang kesalahan yang dilakukan oleh Google.


Sumber: BBC News
ReJaM©

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan