Sunday

Kenaikkan harga barang tak jejaskan rakyat!


Rakyat Malaysia terutama yang taksub kepada pihak pembangkang heboh memperkatakan tentang kenaikkan harga minyak dan barangan keperluan harian baru-baru ini. Mereka menuduh kerajaan pimpinan Najib dengan pelbagai tohmahan kerana menaikkan harga barang tanpa memikirkan kebaikkan dari kenaikkan harga barang tersebut.

Salah satu sebab kenaikkan harga barang terutama minyak adalah disebabkan kenaikkan cukai yang dikenakan oleh kerajaan terhadap pengusaha. Kenaikkan cukai ini akan meningkatkan pendapatan negara sekaligus meningkatkan jumlah dana negara. Justeru peningkatan cukai ini membenarkan pengusaha meningkatkan harga barangan mereka.

Rakyat perlu sedar kerajaan Malaysia sudah banyak menggunakan wang di dalam pelbagai urusan negara, termasuklah kempen Pilihanraya untuk Barisan Nasional dan di dalam mengumpul dana untuk menyiapkan Menara Warisan Merdeka setinggi seratus tingkat.

Sekiranya harga barangan tidak dinaikkan, dari mana kerajaan nak dapatkan wang dengan cepat untuk buat projek-projek mega? Dari mana nak dapatkan wang untuk kempen Barisan Nasional pada PRU akan datang di dalam keadaan ekonomi negara yang sedang merudum ini?

Apa yang penting kenaikkan harga barang langsung tidak menjejaskan rakyat, sekiranya semua orang mengikut seruan kerajaan yang dilaungkan oleh Najib untuk mengubah gaya hidup anda!

Rakyat harus mengambil langkah-langkah bijak di dalam menyesuaikan diri terhadap kenaikkan harga barang seperti, memasak menggunakan dapur kayu, menaikki basikal tau berjalan kaki ke pejabat, minum air tanpa gula untuk menjaga kesihatan dan sebagainya.

Mungkin dengan kenaikkan harga gula, rakyat boleh memilih untuk menanam tebu beramai-ramai dan menghasilkan sendiri gula dengan harga yang lebih murah. Atau menggunakan tebu secara terus untuk dicampurkan di dalam makanan dan minuman yang memerlukan gula sebagai pengganti.

Dengan berbasikal ke pejabat pula, kita akan dapat mengurangkan kesesakkan lalulintas dan mengurangkan kemalangan maut di Malaysia. Selain itu alam persekitaran akan lebih terjaga tanpa asap kenderaan dari kenderaan yang menggunakan bahan api petrol.

Sekiranya anda bimbang sampai lewat ke tempat kerja, anda boleh bergerak lebih awal ke tempat kerja contohnya memulakan perjalanan ke tempat kerja seawal 3 pagi atau mungkin lebih awal dari itu bagi mereka-mereka yang tinggal jauh dari tempat kerja. Lebih elok lagi anda bolehla memulakan perjalanan sehari lebih awal dari hari bekerja, dengan mengayuh basikal atau berjalan kaki
. Selain itu anda juga boleh mula mengemas pakaian dan barang-barang untuk tinggal atau menyewa di kawasan yang lebih dekat dengan tempat kerja lebih elok lagi terus saja tinggal di tempat kerja, tak payah balik rumah, jimat duit sewa rumah.

Di atas hanyalah sebahagian penyelesaian terhadap kenaikan harga barang. Anda boleh berfikir dan mencari idea sendiri untuk menyelesaikan masaalah kenaikan harga barang. Jangan ikut perangai pembangkang yang hanya tau menyalahkan kerajaan sahaja! Kita sendiri yang memilih kerajaan Barisan Nasional, pilihan kita adalah yang terbaik. Jangan salahkan kerajaan tetapi bertindak bijaklah untuk diri anda sendiri.



ReJaM© "Jangan salahkan kerajaan tetapi salahkanlah diri anda sendiri!"

40 comments

Betul tu, ubahlah gaya hidup anda!

Nak salahkan kerajaan pun mereka memang jenis penyangak dan perompak terhormat. Nak salahkan mak cik dan pak cik Felda pun, mereka ni taksub sangat menonton media UMNO dan memang suka hari-hari kena tipu. Kalau ASTRO Awani 501 pun sekarang ini lebih sudu dari kuah pula penipu dan berpihaknya. Nak salah diri sendiri pun, 3 x PRU yang lalu dah pangkah (pilih) pembangkang, tak boleh juga menjatuhkan UMNO korupsi tu. Sabar aje lah, semoga perancangan Allah jugalah yang amat ditunggu dan pasti akan terlaksana, kerana Allah jua yang menjadikan manusia dan Allah jua lah yang akan menghancurkan mereka (penzalim). Insyaallah.

sindiran terbaik dri ladang...

bukan nk salah seratus peratus kerajaan, tpi pk la tyme pru ckap x mau naik harga barang, tpi naik gak. petrol pun naik, barang kaperluan pun naik. kita kena beringt tidak suma berpendapatan tggi utk beli keperluan harian, belum bab tanggungan, bg mereka tg berkeluarga besar, anak2 masih kecil bagaimana pulak tu? bg pengangkutan pula, jika tidak mengguna kan kenderaan sendiri, cukupkah kenderaan awam untuk pengguna?? tidakkah tidak rasional utnk pergi keja seawal 3 pg?? pikir pikir kan la rakyat sama..

tunggu la ko wahai UBN PRU 13 nanti..betapa tinggi ke rendah langit tu...!!!

salam kpd semua...
berkata2 lbih sng dr melakukannya... kenaikan brg tidak bgitu terjejas kpd mereka yg brpendapatan sederhana dan juga tggi..tp pd mereka yg bpendapatan rendah. sy tidak akn mrungut jika harga brg2 naek(sy bukan bpendapatan tggi maupun sderhana,malah sy tidak brpendapatan..),tp sy kasihan kpd mereka yg bermati2an bkerja semata2 utk mncari sesuap nasi... zaman nabi dulu xde pun parti itu,parti ini utk mggerakkan sbuah kerajaan, tp org melayu kte sndri berpecah belah dgn adanya parti itu,parti ini...ape slhnye sume pihak bkerjasama mnyelesaikn isu2 kerajaan tanpa ada pngaruh2 ataupn unsur2 fitnah maupun negatif...sy tidak mnyebelahi sesiapa krn manusia tak sempurna..cuma sy sarankan,sblm siapa2 mnuding jari mnyalahkn sesiapa,baek muhasabah diri dlu krn buruk baek sbuah krajaan,bgantung kpd pmimpin dan juga rakyatnya...
sekian..salam..

oh ye..memasak dgn dapur kayu..?brjalan kaki ke pjabat?dan pergi kerja seawal 3 pagi?....tu bg idea mngikut akal ataupun prasaan..? ;) kernanya,kn byk kes2 samun,rompak,rogol,bunuh,etc2 yg blaku dlm negara kte ni...agk x kena dgn situasi dan keadaan-pmbangunan-negara cdgn2 itu... hrapnye penulis tidak terlalu mggunakan emosi dlm menulis ye,takut mesej utama dlm penulisan tak tersampai tp laen pula yg jdnye nnt...sekian saje pndapat dr sy...
salam...

buat apa nak tukar gaya hidup....
tukar pemerintah terus...

kah kah kah sya ni tau ke maksud "sarcastic"? n00b la. orang nk troll pun tak dapek. kah kah kah

AKU YG risau..

naik la apa2 pun.. kita ni timun je...xleh nk lawan durian....sbb kita yg sendiri pilih sapa nak jadi durian..renungkan lah...sy baru berusia 25 tahun tapi sepanjang hidup saya di negara ni dah macam2 benda dah berlaku..x tak pasti la akan datang macam na... jauh lagi perjalanan hidup ni....risau dengan keadaan negara ni....

saya adalah saya.. delete 5 December 2010 at 22:03

haha..terbaik punya sindiran.
biasala kan,kita bngun pagi x makan pun xpa.puasa ja terus..kalau najib tu...bukan pagi ja x makan...setiap hari 6 kali x makan...dia ingat kat rakyat..bagus2..

mcm karangan murid-murid sekolah rendah je...
idea itu kurang baik bg taraf melebihi pelajar spm...
pelajar spm pown xpk mcm nie kot...
hahaha...
ape2 pown bgs la, ade gak idea dan pandangan...
hehehe...

Adui banyak btol orang BENGAP lagi kat cni.... patut la BN boleh menang....sindiran pun tak faham, SINDIRAN ada paham?

Penulis ni memang budak sekolah tadika kot,
Alasan tak masuk akal... itu pun tak boleh fikir!
Kerajaan BN dah bina macam-macam untuk rakyat, jalanraya, bangunan tinggi-tinggi, elektrik, talipon dan sebagainya pembangkang pulak tau membangkang je... jadi kita ni sabarlah sikit kalau barang naik, sabar separuh dari iman!

setuju dgn cadangan di atas tu...
yg duduk di kota ubahle cara hidup...keje gaji sikit (keje kilang)
tapi nk belagak macam org kaya....pastu salahkan kerajaan..

MiloSuam...100% setuju dengan anda...

kita sebagai rakyat Malaysia kena ingat, negara kita ni kan negara 'BEBAS CUKAI'...lagi pula, Satu sen pun rakyat tak perlu keluarkan untuk negara...semua belanjawan untuk pembangunan, bantuan dan subsidi kan semuanya datang dari dari 'DUIT POKET KERAJAAN' sendiri...jadi kita tak perlulah bising-bising...kita biar mereka yg uruskan semuanya...

kan Malaysia ini, mereka yg punya...oleh itu, sudah tentu mereka berhak berkata,

"Kalau tak setuju ngn kerajaan pimpinan umno/bn, sila berambus dari sini"

kita ambil contoh-contoh dan teladan dari pejuang Islam tulen umno...meredhai SEGALA-GALANYA perilaku tindakan pemimpin kita...ini baru dinamakan rakyat yg 'PROAKTIF'...

sama-sama kita berpegang kepada,
"BIAR RAKYAT PAPA KEDANA, ASALKAN PEMIMPIN TIDUR LENA"

ini baru patriotik!!!


*terbaik la posting MloSuam kali ni...pedas sindiran tu...

Tukar kerajaan adalah yg terbaik...
mereka dah cukup selesa dgn memerintah selama 50 tahun...& pelbagai corruption dh kita lihat bagi yg melihat...
sedarlah wahai temanku, yg boleh berfikir..FIKIRLAH!!!
apa yg dharapkan adalah gunakan keistimewaan yg Allah berikan utk kita berpikir yg hanya ada pada manusia iaitu AKAL...
Adakah anda masih tidak sedar & masih tdk muak dgn pimpinan kerajaan skrg. At least, bagi peluang utk merubah kerajaan yg sedia ada ini for our good, for good of our generation and our people.
sistem kehakiman yg x telus, rasuah, corruption dh cukup jelas. Amik contoh kerajaan negeri selangor sahaja, yg telah berjaya mendedahkan kerajaan BN sblum ini yg penuh coruption.
Bukan mata, luaskan minda dan pandagn anda, jgn kerana taksub pd BN hancur bangsa,agama dan negara. FIKIR2kan lah.
ikhlas dr org yg berfikir...TQ

wakakakak,,adoi,ade jugak org yg amek seyes ape yg penulis tulis..ahhahah,,adoi

kah3 kelakar giler artikel. Tak boleh bla time bace, tibe-tibe ada gambar dapur kayu. wei ak tak abis gelak lagi kah kah kah.

yang tak patutnya barang naik..gaji tak naik-naik..tak ke budget asyik lari aje...yang kaya bertambah kaya...yang miskin bertambah miskin..

sebenarnya kesian dgn kwn2 yang masih terpengaruh dgn media arus perdana.sbb 2 mereka anggap PR akan menggadaikan Malaysia.renungkanlah sejenak dah 53 tahun maruah diri , bangsa agama dan negara digadaikan tanpa sedar.
cadangan aku TGK TV3 . BACA UTUSAN pas2 CARI INFO KAT INTERNET dan BACA PANDANGAN PEMBANGKANG>>>>GUNA OTAK DAN NILAI SENDIRI>>>>tak payah bagi komen yang tak berasas

ye la kerajaan dah sediakan segala galanya. letrik, bangunan tinggi smpi angkasa, jalan keretapi etc. ni memang kan dah tanggungjawab kerajaan. pergi kat kenya pun kerajaan kenya pun buat yang sama. ada kerajaan yg buat lebih dari tu. free education, free healthcare. kerajaan kita dicabar buat macam tu. tapi kerajaan buat semua tu kan... guna duit sapa ye? duit ihsan ke? ke duit subsidi? anon tu tak musykil ke mana datang duit tu?

This comment has been removed by the author.

Aziz Johor wrote...

"Kerajaan BN dah bina macam-macam untuk rakyat, jalanraya, bangunan tinggi-tinggi, elektrik, talipon dan sebagainya pembangkang pulak tau membangkang je... jadi kita ni sabarlah sikit kalau barang naik, sabar separuh dari iman!"

I want to puke!

Aziz, Johor | December 5, 2010 6:30 AM

Kerajaan BN pun dah buat macam-macam untuk menyusahkan rakyat..
mudahnya berkata sabar separuh dari iman!..
bila ada orang kata kau dungu...jangan marah...kau sabarlah ya...

arip | December 5, 2010 6:30 AM

semua yang di kota belagak macam org kaya ke?
tulis tak guna akal je kau ni...

lawak2 jugak...tp kalau nk fkkan secara logik akal..mmg xbleh la nk laksanakan cdngn tu..bab gne dapur kayu..nk cr kayu lg..timbul mslh len..abes sume pokok tumbang...pastu tkt kecelakaan lak yg menimpa..mklum la..gne dapur kayu..bila2 pn bleh ada kebakaran..sibuk bomba nanti...tentg gula..mmg kna jg kshtn..naik mahal mna skali pn..org ttp bli..bab myk..apa bleh bt..xkan kita nk gali telaga myk... semua tu kalau bg org yg sederhana hidup dan mewah ni xpe...tp kalau bg org yg susah..mmg susah...tambah2 lak ank ramai...mna la nk cekau duit....bukan mrh kerajaan tp risau fkkan ms depan anak2...yg kecik lg...xmnm milo pn xmampu..nk wat kenduri pn susah...dah gula mahal...semua kna sumbang sorg 1 sudu..ok gak...

Namapun BN Barang Naik ,Biasale kalau naik barang.

aduh susah sangat ke nak tangkap post yang berbentuk sindiran? pelik jugak macam mana ye segelintir orang yang beria undi tu tapi nilai sarcastic pun taktau. hidup ni takkan nak puji/suap semata-mata? :)

soo sarcastic this post.. i like it.. tp apsal la ramai komentar kat ats (x sume)x fhm ape yg milo suam tulis.. itu cm lah ayt2 sarcastic, jd jgn la nak ckp.."klau nak fikirkan scra logik akal, mmg la x leh nak lksanakan cdgn tu.. bla2..." ini bukannye ayt berita harian ataupun utusan Melayu, ini ayt sarkastik.. ada fhm ka.. hadoi laa..

Guna akal. sindiran yg milo suam guna ni memang pedas, tapi ada jugak yg tak faham???????????? patutler bn blh perkotak katik kan orang melayu?????? teruslah sokong kerajaan bn korubsi ni k

klu nak beli brg atau isi minyak, cakap jd ahli atau pencacai umno, atau kata org miskin dapat harga murah takpe gak..ni sama jer..tak ke diperbodohknnya duk bwh kerajaan Barang Naik ni..

puak chai ape tau?tau cacai aje janji dpt kain pelekat dgn RM50 kwang² kwao wao²

UMNO Bengong..!!

pedas panas menyengat... sape y xphm sindiran sila ke tadika y berdekatan... hahaha XD

Siyesly, skrg bau ak tau knape bn trus memerintah negare wlpn dorg slalu buat 'baik' dan 'berjasa' pd rakyat.
sbb org2 mcm sya, imusq, aziz johor ni laa...
apeke mslh dorg ni??! ak xnak komen dorg ni skola ke x, sbb nk bg perkataan x baik pon x gune, tp siyesly, xde pkataan ak bleh describe org2 mcm ni... adoiyai... apekehal la...
hrp2 dorg ni cuma minoriti jela drpd rakyat msia...
haish... ksian ak kat korg, ad otak tp.... huhuhu lu pk la sdri
(tu pon kalo mampu pk la, kalo x mampu... hmm ko trus jela ampu bn tu smp dorg mati, mlas ak nk layan)

to mojo jojo, ak rse msuk tadika pon x layak dowh bdk2 tu, ntah2 nurseri pon x trime bdk2 camtu... hahaha

penulis yg sebeginilah yg menarik, sekali bace &m terus mengajak kita berfikir..hahah

yg x paham tu x blajar agaknye... cikgu dah penat ajar hiperbola gitu gini..masa cikgu ajar bkn nk dgr.

-penat cikgu-

KEPALA HOTAK HANG !!!! MENYUSAHKAN RAKYAT JE !!!!!!

mula2 trgelak giler2 ngan posting nih. tp lepas tu lg la trgelak bagai nk runtuh dunie bile trbaca tulisan mrk2 yg masih x paham bhs sarcastik nih.

cammana otak mrk xleh menilai maksud trsirat dlm posting nih? heran... heran...

agaknya, sebabtu la mrk xleh nmpak betapa besarnyer ke"BAIK" pemerintahan umno. oppsss... ke"buruk"an. ssshhhh... hati2 bile menulis nnt ade org yg x paham2. ish... ish... ish... XD


EmoticonEmoticon